Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Perkahwinan Jarak Jauh~

0 comments
Kalau percintaan jarak-jauh tu memang biasa la kan kita dengar. Tetapi, tahukah anda, hubungan perkahwinan jarak-jauh pun ada juga berlaku. Perkara ini boleh terjadi samada suami atau isteri yang bekerja di berlainan negeri. Ataupun ada juga sesetengah kes di mana isteri bekerja di Malaysia tetapi suami sedang masih meneruskan pelajaran di luar negara. Ataupun yang disebaliknya.

Walaupun benua yang memisahkan mereka, tetapi perasaan cinta dan kekuatan jodoh tidak mampu memisahkan hati mereka. Cewah, macam berpuisi la pulak kan ;-)

Ok, berikut saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan jika anda berada dalam situasi seperti ini. Memang ada sesetengah pasangan yang walaupun telah berkahwin, mereka terpaksa juga tinggal berjauhan oleh kerena tuntutan kerjaya.

Berikut adalah tips-tipsnya demi menjaga hubungan jarak-jauh anda:-

TIPS 1: Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari-hari! Ya, setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit hanfon anda tu untuk telefon pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘good night’ pun sudah mamadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk siapa yang akan hubungi siapa dulu.

TIPS 2: Gunakan Facebook, YM Messenger atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma saja, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasangan.

TIPS 3: Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum, jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali.

TIPS 4: Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat, Allah sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan anda akan tahu juga akhirnya.

TIPS 5: Kerapkan lah anda berdua saling ber-SMS. Tak perlulah sampai setiap jam anda menghantar SMS kepada dia. Mungkin anda boleh SMS tiap kali bangun tidur sekali, waktu petang sekali dan waktu malam sekali.

TIPS 6: Anda boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing. Apa yang perlu anda ada ialah hanyalah sebuah webcam yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai-kedai komputer dan perisian Skype. Yang best nya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara percuma dan perisian ini pun adalah percuma sahaja.

TIPS 7: Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan anda turut akan mempercayai anda jua.

Itulah dia beberapa tips yang boleh anda amalkan bagi menjaga hubungan perkahwinan jarak-jauh.

Sebenarnya dengan adanya pelbagai teknologi masakini seperti Facebook, email, chatting, anda mampu mengekalkan hubungan perkahwinan anda berdua walaupun terpaksa berjauhan. Tetapi adalah sangat dinasihatkan agar anda cubalah juga cari jalan bagaimana anda boleh tinggal sebumbung.

Friday, February 17, 2012

MemBacA

1 comments

Muhasabah Diri

|
|
|
|
|

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."



|
|
|
|
|

Semai MINAT MEMBACA dalam DIRI SENDIRI

Thursday, February 16, 2012

:: Ibu Mithali + Isteri Sejati ::

0 comments
Ibu mithali adalah satu gelaran yang mulia dan tahap yang paling tinggi yang boleh di capai oleh para ibu yang mengikut segala suruhan Allah dan Rasulnya dengan seikhlas hatinya dan sanggup mengorbankan dirinya untuk mendidik, menghasilkan anak-anak yang soleh dan solehah. Bukan anugerah dan kata-kata pujian dari manusia yang di harapkan tetapi keredhaan dari Allah itulah yang paling utama.



Ibu Adalah Pendidik


Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :

* Berdoa memohon keredhaan Allah
* Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
* Membersihkan hati dan pemikiran
* Membina kebahagiaan secara proaktif
* Mendidik diri sendiri
* Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
* Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
* Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga
* Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
* Pembangunan fizikal dan kesihatan
* Muhasabah diri

Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, anda patut bangga. Namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi, ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.

Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu:

- Positif Terhadap Perubahan
- Positif Terhadap Diri Sendiri
- Positif Terhadap Kepimpinan
- Positif Terhadap Masalah
- Positif Terhadap Orang Lain
- Positif Terhadap Keadaan Emosi
- Positif Terhadap Idea Kreatif
- Positif Terhadap Membuat Keputusan
- Positif Terhadap Qada Dan Qadar

Antara petua untuk menjadi ibu mithali:


> Analisis diri daripada pandangan anak
> Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
> Bercakap benar
> Kotakan kata-kata
> Didik anak mengenai kemahiran sosial
> Gunakan masa jitu untuk mengajar
> Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
> Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
> Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
> Melatih anak berfikir
> Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
> Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
> Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
> Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
> Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
> Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah:


~ Pendidik keluarga
~ Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
~ Penasihat
~ Doktor dan jururawat
~ Mendisiplinkan anak-anak
~ Kawan atau sahabat
~ Penyelesai masalah
~ Merangsang perkembangan mental anak-anak
~ Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
~ Model pada anak-anak
~ Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
~ Mengawal ekonomi rumah tanggaMenjaga harta suami dan keluarga

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu:


# Ibu menyerlahkan keunikan sendiri
# Tidak berebut kuasa dengan anak-anak
# Memahami teknik memuji dan mengkritik anak
# Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak
# Mendidik anak berdikari
# Mempunyai nilai diri tinggi
# Bersedia meminta maaf daripada anak-anak
# Bertindak secara jamaah
# Mengorbankan kepentingan peribadi
# Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan
# Meneroka dan merangsang potensi anak
# Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan
# Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.

Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi "ibu mithali, isteri sejati".


Harapan saya pada para ibu dan isteri di luar sana juga ingatan utk diri saya sendiri, jadilah IBU MITHALI kepada anak-anak, kelak mereka yang akan mendoakan kita sewaktu kita di alam sana... dan jadilah ISTERI MITHALI kepada suami untuk menjamin Syurga ALLAH....

Thursday, January 19, 2012

19 Sikap Melampaui Batas

0 comments
Hayatilah 19 sikap yang melampaui batas dan penyebab perselisihan faham/masalah di tempat kerja:

*Bongkak (The Cut-Tou-Downer)
Angkuh,tidak bertmbang rasa,memperkecilkan orang lain,menganggap dirinya selalu benar,merendahkan martabat orang lain,berkuasa,menyakitkan hati,mengkritik,tidak menghormati orang lain,membuat tipu helah,mencari kesilapan orang lain.

* Mulut Murai (The Chatterbox)
terlalu banyak bercakap,jahil,menaikkan kemarahan orang lain,kagum dengan diri sendiri,tidak menghormati orang lain dan membosankan.

*Kecil Jangan Disangka Anak,Besar Jangan Disangka Bapa (The Silent But Deadly Volcano)
Tidak stabil,tidak berkomunikasi dengan orang lain,berkonspirasi,terlalu memilih,sering membuat kesilapan,tidak boleh dipercayai,tidak rasional,bersifat marah,bertindak di luar kawalan

*Mengumpat (The Gossip)
Membuka rahsia orang lain,sering mencari silap orang lain,sering melakukan kesilapan,mudah menjatuhkan hukuman ke atas kesilapan orang lain,hipokrit,sering melukakan hati,menganggap diri selalu di pihak yang benar,berfikiran cetek,sering mengeluarkan kata-kata yang�pedas,mengkritik,suka campur tangan urusan orang lain

*Talam Dua Muka/Menikam Dari Belakang (The Smiling Two-Faced Backstabber)
Mengada-adakan cerita,licik,perahsia,tidak jujur,suka menggoda,mensabotaj,pentingkaan diri sendiri,palsu,hipokrit,cetek pemikiran,pengecut,tidak boleh dipercayai dan penipu

*Mengambil Kesempatan (The Opportunistic User)
Pentingkan diri sendiri,suka campur tangan,memanipulasi,tidak setia,tidak menghargai,membuat tipu helah,mempunyai keyakinan yang teguh dan suka menggoda

*Tidak Bersungguh-Sungguh/Tidak Serius (The Jokester)
Suka mengacau,tidak selamat,lemah,berperangai yang menimbulkan rasa meluat,tidak serius,pentingkan diri sendiri,menyakitkan hati,kasar,terdesak untuk mendapatkan perhatian,berfikiran singkat,tidak menghormati dan bercakap dengan nada yang tinggi

*Mulut Jahat,Mengarah dan Membuli (The Bitchy,Bossy Bully)
Mendera,menentang,berkuasa tidak terkawal,marah,suka bertelagah,keras,menolak,kurang ajar,berleter,meminta di luar kemampuan,cepat meradang,tidak rasional,suka melakukan penyeksaan,kejam,payah membantah,sombong,mengugut,mencari kesilapan orang lain,mendesak,menyakitkan hati,mengancam,cepat berubah,bongkak dan keras kepala.

*Menghadapi Masalah Mental (The Mental Case)
Tidak stabil,mudah beremosi atau tidak beremosi,tidak boleh dipercayai,cepat berubah,sukar dijangka,tidak terkawal,mendera,bertelagah,kasar,sedih,paranoid,payah,keras,gopoh,membenci,tidak siuman dan tidak rasional

*Suka Mencampuri Urusan Orang Lain (The Meddler)
bersifat ceroboh,suka menghukum,menguasai,menghasut,menganggap dirinya benar,cemburu,memalukan,berlidah tajam,suka bertanya,menyampuk,kurang ajar,mengganggu dan campur tangan.

*Orang ynag Berkata "Ya" (The Yes Person)
Suka melihat orang lain gembira,menjauhi perbalahan,berkata "ya" tanpa berfikir,menunjukkan tindak balas yang cepat tanpa berfikir,menunjukkan tindak balas yang cepat tanpa berfikir kesannya,terlalu mengikut hati tanpa memikirkan dirinya sendiri.

*Aku,Diriku & Bangga Dengan Diriku (The Me,Myself And I Narcissist)
Pentingkan diri sendiri,bersifat angkuh,berfikiran singkat,bongkak,membosankan,hanya memikirkan kepentingan dirinya sahaja dan suka menunjuk-nunjuk

*Pasti Dengan Kebenaran Sendiri (The Self-Righteous Priss)
Pentingkan diri sendiri,pasti dengan kebenaran sendiri,sombong,mencari kesilapan orang lain,tidak mesra atau suka mengasingkan diri,bermusuhan,ego,suka menghakimi,tidak mudah berkawan,menolak,kasar dan kurang ajar

*Sangat Sombong (The Snooty Snob)
Berlagak,pasti dengan kebenaran sendiri,sombong,mencari kesilapan orang lain,tidak mesra atau suka mengasingkan diri,bermusuhan,ego,suka menghakimi,tidak mudah berkawan,menolak,kasar dan kurang ajar

*Suka Bersaing (The Competitor)
Bersifat menimbulkan kemarahan,tiada ketakutan,berperangai yang menimbulkan perasaan meluat,gangguan fikiran,mudah tersinggung,mendesak,agresif,bersifat marah,mudah tercabar,suka berkonfrontasi dan suka mencari gaduh

*Orang Yang Suka Merungut (The Whiner)
Berasakan dirinya tidak dibantu,dikuasai oleh perasaan berlakunya ketidakadilan di dunia,mahukan kesempurnaan mengikut standard dirinya dan tiada orang yang menepati standardnya,suka menceritakan masalah dirinya kepada orang lain,tetapi sering memberikan penyelesaian yang tidak disukai oleh orang lain dan menambah lagi rungutannya.

*Mencari Kesalahan Dengan Mengkritik (The Accusing Critic)
Suka mengadu,mencari kesilapan orang lain,berteus terang,sempit fikiran,tidak puas hati dan mahukan kesempurnaan dalam segalanya

*Berlagak Serba Tahu (The Arrogant Know-It-All)
Berlagak serba tahu,konfrontasi,orang yang bertindak secara licik,bersifat menghakimi,pasti dengan kebenarannya sendiri,banyak bercakap,mengkritik,rendah tahap kesabaran pada kebenaran dan berlawanan

*Menghasut (The Instigator)
Mensabotaj,mengganggu,menyakitkan hati,cemburu,tidak bersemangat atau lemah,memanipulasi,sering mendatangkan masalah dan menipu.

Saturday, January 14, 2012

HALAGEL – Minyak Kelapa Dara

0 comments


THINK HALAL, THINK HALAGEL!

Halagel (M) Sdn Bhd is the sole importer, manufacturer and distributor for Halal food & pharmaceutical grade gelatine, Halal empty hard gelatine capsules and Halal gelatine softgels for Malaysia & South East Asia markets.

Halagel® Virgin Coconut Oil

Virgin Coconut Oil contains high and various nutrition and made from 100% pure organic coconut and free cholesterol. Nowadays, Virgin Coconut Oil is very popular as medium for healthy body, and medicinal treatment for various health problem.



Virgin Coconut Oil is rich of lauric acid, which is “medium chain fatty acid” as an additional function. It’s very important to help monolaurin (anti viral, anti bacteria and anti protozal) inside the human body.

Virgin Coconut oil can only be achieved by using fresh coconut meat or what is called non-copra. There are no chemicals and high heating used in further refining, since the natural, pure coconut oil is very stable with a shelf life of several years.

Benefits Of Virgin Coconut Oil
* To help reduce risk of cancer.
* To help prevent bacteria, viral, fungal & parasite infections
* To help control diabetes
* To help supply important nutrients to body
* Keep skin soft & smooth
* To help prevent osteoporosis
* To help promote loss of excess weight by increasing metabolism
* Natural anti oxidant

Each Halagel® Softgel contains 500 mg of Virgin Coconut oil. The outer shell of each Halagel® softgel is made from HALAGEL® gelatin, certified Halal by JAKIM.

*** sesiapa yg belum dapat kan ini, cepattt !! dapatkan di mana-mana kedai yang menjual product Halagel ini... Selain daripada membantu kecantikan dalaman dan luaran, ia juga adalah HALAL~

COLLAGEN RENEW 20 PLUS 5000 MG

0 comments


Collagen Renew 20 Plus 5000 MG
HARGA RM49.00/10 sachet


FUNGSI COLLAGEN

Menghaluskan kulit
Menegangkan kulit
Menghilangkan garis-garis halus pada kulit
Menggebukan kulit
Menghilangkan jeragat


L Gluthione
mencerahkan kulit mencantikkan menghaluskan dan mampu menghilang jeragat.

Aloe vera
melicinkan menyihatkan melembapkan kulit dan menyihatkan kuku dan rambut.

Lobata

menganjalkan menaikkan punggung dan payudara, menegangkan struktur kulit dan menaikkan seri wajah.

Serapat
membaik pulih otot-otot dalaman wanita menghilangkan keputihan dan menyihatkan rahim wanita khususnya bagi wanita yang baru lepas bersalin.

CARA PEMAKANAN COLLAGEN RENEW 20PLUS:


Hanya diambil sekali sahaja dalam sehari.
Diminum setiap pagi sebelum makan.
Dibancuh dengan air sejuk sebanyak 250 ml.

**** Kepada kawan-kawan, cubalah product ni, insyaALLAH sgt membantu untuk anda menjadi cantik dan sentiasa disayangi suami tercinta... saya dah cuba, alhmdulillah berkesan dan saya akan terus gunakan product ni utk kecantikan dalaman dan luaran...

DENGKI

0 comments
Assalamualaikum

Entry kali ni nk berkongsi cerita ttg Hasad DENGKI... korang mesti pernah melalui kes dengki mendengki ni kan?? sakit hati kan... tp, lumrah alam manusia semua x perfect dan pasti ada antara nye dengki ngn sengaja atau tanpa sengaja...kemungkinan kite diri sndiri juga mmpunyai perasaan dengki... Namun, kte kne laaa tahu dengki kte tu sejauh mana kebaikan or keburukan nye samada pada diri kte atau org lain.

Baiklah dengki tu dtg nye dari org yg kita tak kenal..tapi bukanla dari org yg kite kenal x kira la kawan or sedara kan, x laa touching or terasa hati... tp tu laa hati masing2 kita bkan kenal sepenuhnya kan.. kadang2 mmg susah nak menilai hati seseorang tuh.. cuma kita je kena jaga hati kita sendiri.. hindarkan perkara atau niat yg tak baik...

Di dalam kita mengharungi mehnah perjuangan, namun sudah pasti kita akan mengharungi seribu kepahitan dan keupayaan, justeru itu dengan berbekal keimanan dan ketaqwaan yang utuh sudah pastinya kita dapat melayari kehidupan dengan penuh ketenangan. Seandainya kesukaran dan kepayahan sentiasa bertamu di dalam, buktikan kekuatan yang sentiasa bersama kita.

Jangan kamu melawan hukum alam kerana hukum alam itu begitu berkuasa, namun kuasailah ia, gunakanlah ia, apabila kita dah mampu guna ia alihkan haluan ia dan gabungkan segala elemen yang ada, selepas itu nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu perolehi tidak lama lagi…..

Buat renungan kita bersama……….

FAKTOR YANG MENYEBABKAN HASAD DENGKI


Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan sebab-sebab yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.

1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian

Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.

Pendekkata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan.

2) Merasa Diri Mulia

Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap takabbur terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

3) Takabbur

Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan memperhambakan seseorang. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi merelakan kepongahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya, atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.

4) Ujub

Pernah Allah Subhanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa ta’jub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujjah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al-Quran :-

“Bukankah kamu tak lebih dari manusia(biasa) seperti kami juga?”

Dan ungkapan yang berbunyi: “Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?”

Golongan tersebut merasa aneh melihat orang yang Berjaya mendapat pangkat kerasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanuahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.

5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.

6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingnya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan – bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu – telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandinganya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.

7) Busuk Hati

Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehinhamba Allah yang lain. Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kekacauan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.


Fikir2lah... adakah ada dlm hati anda dan sejauh mana kedudukan itu dlm hati anda...Tepuk dada~tanya iman....


Salam

Monday, December 12, 2011

Bajai SYURGA RUMAHTANGGA

0 comments

“Selamat pengantin baru Semoga kekal sampai ke anak cucu.” Inilah antara kata-kata ucapan yang sering menjadi pilihan setiap kali mengunjungi majlis perkahwinan rakan ataupun saudara mara. Namun, tidak semua perkahwinan kekal selamanya. Banyak yang kecundang di pertengahan. Mengapa?

Kepada yang belum pernah melaluinya, perkahwinan dianggap sebagai syurga. Segala-galanya manis dan indah belaka. Sama seperti ketika sedang hangat bercinta dahulu. Namun, hakikatnya banyak ranjau yang terpaksa ditempuhi setelah sah bergelar suami ataupun isteri. Orang sering berkata cinta itu buta. Tapi sebenarnya, perkahwinan benar-benar membuka mata. Memang masa bercinta dahulu, semua keburukan pasangan anda tidak nampak. Tup,tup lepas sahaja berkahwin, terbukalah segala pekung di dada. Kelemahan dan keburukan terbongkar. Tapi, apa nak dikata, ikatan sudah termeterai. Teruskanlah sahaja dengan seribu tekad di dada, memperbaiki kelemahan diri agar mahligai yang dibina tidak kecundang di tengah jalan.

Dalam zaman yang serba moden ini, perkahwinan juga sudah moden. Berkahwin dan kemudian bercerai sudah menjadi lumrah bagi sesetengah orang. Bahkan ada yang berbangga dengan pencapaian mereka. Mampu kahwin dan berkahwin lagi. Berbeza dengan zaman dahulu, perkahwinan hanyalah sekali. Itulah pasangan sehidup semati, walaupun pada mulanya tanpa persetujuan. Dek kerana tidak mahu menderhaka, kehendak ibu dan ayah terpaksa dituruti. Dan syukurlah, ramai yang mampu bertahan hingga ke akhir hayat.

Berbicara tentang kisah rumah tangga ini, semua orang lebih banyak mendengar cerita yang buruk daripada yang baik. Kisah suami isteri bercerai-berai sudah terlalu biasa didengar. Hinggakan ramai yang malas hendak ambil kisah tentangnya. Namun, pada hakikatnya, kisah inilah yang perlu kita terokai. Cari sebab mengapa perceraian
itu terjadi. Yang buruk jadikan sempadan dan yang baik jadikan teladan. Bagi sesetengah orang, perkataan cerai ini memang boleh meremangkan bulu roma. Begitu jugalah dengan saya. Nauzubillah, minta dijauhkanlah daripada kita semua.

Rumah Tangga Berseri
Agar rumah tangga anda sentiasa berseri dan bercahaya, banyak yang boleh dilakukan. Tahukah anda yang sebenarnya perkahwinan adalah permulaan sebuah kehidupan dan bukannya penamat. Banyak yang perlu anda pelajari apabila telah menjawat jawatan suami ataupun isteri.

Akan tetapi, ramai yang tidak menghiraukannya. Setelah berkahwin dan dapat apa yang dihajatkan, mereka lupa untuk terus membajainya. Segalanya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Akibatnya, hidup berumah tangga semakin membosankan. Jadi, apa lagi? Mulalah ada yang cari makan di luar. Semuanya bermula dengan sikap tidak endah. Menganggap semua perkara mudah.

“You ni, Sara, asyik dengan kawan-kawan saja. Habis suami you kat rumah tu macam mana? Tak marah ke dia,” kata Salina kepada rakan baiknya, semasa mereka berkaraoke dengan rakan-rakan lain. “Alah, tak payah risaulah. Rumah tangga I okey saja. Tak ada apa-apa masalah pun. Hubby I tak pernah bising pun fasal rumah tangga kami. Dia pun tak pernah larang I nak keluar dengan kawan-kawan,” balas Sara.

Rumah tangga seperti inilah yang bahaya wahai Sara. Walaupun perkahwinan anda berada di dalam keadaan yang baik, anda haruslah sentiasa memeriksanya. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Dalam diam-diam, dia “ngap” kita. Jika semasa memeriksa rumah tangga kita, dan didapati ada masalah, segeralah cari jalan untuk mengatasinya. Janganlah tunggu sehingga masalah tersebut menjadi parah. Bahaya! Kalau nasi sudah menjadi bubur, semuanya sudah tidak berguna lagi.

STRESS gugat PERKAHWINAN

0 comments

.. Entry kali ni juz nk share info + tips.. Credit to: pama online yg byk sgt info menarik yg leh kite baca dan share pd semua...

...................................................................................

Masalah stres di kalangan orang ramai semakin ketara dan membimbangkan. Lihat sahaja di akhbar-akhbar beberapa tahun kebelakangan ini. Ada sahaja kes dera, pembunuhan kejam, bunuh diri dan seribu satu masalah lain telah dilaporkan sehingga kita tertanya-tanya, apakah kemajuan kehidupan menjadi penyebabnya?

Peratus penduduk yang mengalami masalah stres semakin lama semakin bertambah. Hal ini berikutan gaya hidup yang mula berubah terutamanya kos sara hidup yang semakin tinggi. Perkara-perkara ini akhirnya mewujudkan stres yang mengancam kehidupan. Yang dikhuatiri ialah sekiranya stres itu menyerang ibu bapa yang akan dirasai akibatnya oleh anak-anak.

Bayangkan situasi ini. Sepasang suami isteri yang tertekan akibat beban kerja di pejabat pulang ke rumah dengan hati panas kerana terpaksa merentas kesesakan lalu lintas. Sesampai di rumah, kemarahan semakin membara apabila melihat keadaan rumah yang bersepah dan tidak teratur. Apabila ditanya kepada anak-anak, tidak seorang pun mahu mengaku. Akibat hilang sabar, mudah sahaja tangan naik ke tubuh anak-anak.

Tidak cukup dengan itu, sebarang benda yang mudah dicapai akan dijadikan ‘alat penyeksa’ untuk memaksa anak-anak mengaku. Akhirnya anak-anak mengaku. Si suami dan isteri rasa puas. Jika amalan ini berterusan dan menjadi tabiat, kesannya buruk sekali. Dalam masa yang sama, anak-anak sudah menanam dendam. Dendam ini pula akan bercambah dari semasa ke semasa. Lama-kelamaan anak-anak akan rosak akhlaknya akibat membesar dalam persekitaran yang menekan dan negatif.

Sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan tekanan? Tekanan ialah apabila ada unsur-unsur yang mengganggu sesuatu atau seseorang daripada keadaan rehat dan mendatangkan kesan kepada individu terbabit. Kesan ini seterusnya akan merebak kepada individu lain dan persekitaran.

Dalam konteks keibubapaan, apakah yang menyebabkan tekanan kepada mereka? Dr. Brian Scott, seorang pakar psikologi, dalam ceramahnya bertajuk Pengurusan Tekanan untuk ibu bapa telah menggariskan empat penyebab utama tekanan.

1. Perubahan
Sebarang perubahan yang berlaku pada diri seorang seperti perubahan imej atau perubahan pada persekitaran seperti bekerja di tempat baru boleh menyebabkan tekanan.

2. Kekecewaan
Berlaku sesuatu musibah yang menghalang kita mencapai perkara yang dihajati seperti ketiadaan wang menghalang keluarga ataupun sekiranya mengalami kegagalan atau kehilangan.

3. Tekanan
Berlaku apabila penyebab tekanan berlaku sepanjang masa. Dua jenis tekanan adalah tekanan untuk menurut dan tekanan untuk melakukan.

4. Konflik
Tiga jenis konflik asas ialah pendekatan-pendekatan, penolakan-penolakan dan pendekatan dan penolakan.

1. Tekanan dikenali sebagai penyebab penyakit. Didapati, tekanan akan menyebabkan badan tidak lagi mempunyai pertahanan dan mudah terkena penyakit. Unsur yang paling penting untuk mengatasi tekanan adalah melalui rehat. Mengamalkan cara merehatkan tubuh yang betul bukan sahaja dapat diperbaiki tubuh malah mampu menampilkan imej diri yang positif.

2. Terdapat pelbagai cara untuk merehatkan diri dan hal ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu secara informal dan secara formal. Antara yang tergolong dalam teknik informal seperti tidur, melakukan aktiviti regangan, melakukan aktiviti fizikal, melancong, mandi, minum teh dan mendengar muzik.

3. Manakala teknik kedua pula ialah teknik formal. Teknik ini lebih kepada perlakuan yang berikan kesan kepada sistem tubuh secara langsung. Kaedah yang boleh digunakan termasuklah bernafas dalam-dalam, bermeditasi dan urutan kendiri.

**TANGANI STRESS DALAM RUMAHTANGGA DENGAN BIJAK...

Monday, March 14, 2011

Merokok adalah HARAM : Fakta atau Auta???

0 comments

Terlebih dahulu aku nk mnta maaf lah andai entri aku ni boleh wt blogger2 marah+sakit hati+ mcm2 lg lah... bukan niat aku pun. Tapi aku juz nak kongsi info. Terpulanglah pada individu trsebut untuk mnjadikan Merokok adalah haram itu adalah FAKTA ataupun AUTA.... Tepuk dada tanye selera yee~

MEROKOK ADALAH HARAM

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju membuat keputusan bahawa merokok adalah haram.
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”-Surah Al-Baqarah : 195

MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK

Nikotin dalam rokok merosakkan saluran darah. Dinding salur darah tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan akan lumpuh dan mungkin membawa maut.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KELAHIRAN PRA MATANG


Merokok semasa hamil mengakibatkan risiko kelahiran bayi pra-matang dan kurang berat badan.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KANSER MULUT

Merokok merupakan sebab utama kanser mulut. Kanser ini akan menyebabkan pesakit memerlukan pembedahan yang rumit serta menimbulkan masalah pemakanan, pertuturan serta kecacatan kekal.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KERACUNAN

Apabila anda merokok, anda akan menyedut asap rokok yang mengandungi arsenik dan naphthalene. Keduanya adalah bahan utama dalam racun tikus dan ubat gegat.

Hah !!! Ini pula KANDUNGAN yang ada dalam ROKOK.... IsHHh, menakutkan woOOo....

* Ammonia (Pencuci lantai)
* Toluidina (Pelarut industri)
* Uretana
* Hidrogen Sianida (Racun untuk hukuman mati)
* Naphthylamine (Kapur barus)
* Arsenik (Racun anai-anai)
* Dibenzakridine
* Naftalena (Ubat gegat)
* Metanol (Bahan api)
* Aseton (Penanggal cat)
* Kadmium (Bateri kereta)
* Butana (Bahan bakar pemetik api)
* DOT (Racun makhluk perosak)
* Nikotin (Membuat PVC)
* Karbon Monoksida (Gas beracun dari ekzos kereta)
* Tar (Bahan membuat jalanraya)
* Fenol
* Polonium – 210


** Ok lah bloger2, nanti kalo ade info yg leh di share, pasti akan di share di Next Entri *** Daaaa~

Khusus untuk WANITA

0 comments
Salam 1 Malaysia. Kali ni terasa nk share tentang CINTA. Tetapi Khusus tuk golongan kaum hawa. Dalam bab ni, lebih ditumpukan kepada perempuan yang ada bf atau pasangan yang baru sekarang.Kalau still single tu bab lain ya.

1. Kekasih atau pasangan sekarang ni tak sebaik dulu.

Ex-bf tak pernah pun tengok perempuan lain depan anda,bf sekarang ni buat pulak macam tu.Ini baru satu contoh yang banyak berlaku.Pasangan anda sekarang ni tidak seromantik yang dulu.Suka mengambil ringan perasaan anda dan banyak lagi perkara yang tindakannya membuatkan anda secara tidak langsung merindui dan teringat cara dan sikap kekasih lama.


2. Anda masih sayangkan kekasih yang lama.

Perasaan sayang masih lagi wujud dalam hati anda terhadap kekasih lama.Perasaan tersebut seolah-olah sukar sangat nak dibuang walaupun anda rasa dalam masa yang sama anda sayangkan kekasih sekarang ini.Walaupun sayang anda pada kekasih dulu tu dah kurang, tapi tetap ada sayang padanya yang membuatkan anda selalu jugak teringat kat dia.


3.Cinta yang sekarang hanya cinta bidan terjun

Selepas anda putus dengan ex dulu tu…adalah seorang lelaki(bf/pasangan sekarang la ni) yang jadi tempat anda curahkan masalah dan perasaan anda.Maklumlah tengah serabut fikiran dan “lonely” la katakan.Jadi perhubungan semakin rapat…lama-lama lelaki tu pun curahkan perasaan dia pada anda.Anda pun tak fikir panjang terimalah dia mungkin sebab masa tu anda rasa dia boleh mengisi dan mengubat hati yang lara.Jadi cinta sekarang yang bidan terjun ni takkan dapat melupakan perasaan anda pada ex dulu tu


4.Anda benci Lelaki

Ya,anda benci lelaki.Walaupun tidak anda sedar,pengalaman pahit anda dulu membuatkan anda membenci dan tidak percaya pada lelaki termasuklah pasangan anda sekarang.Oleh itu,masih ada ingatan tentang ex lama termasuk kenangan manis bersama dia yang kadangkala membuat anda masih teringat padanya.Kalau anda dalam golongan ini,anda perlukan bantuan!


5.Anda sebenarnya sekarang ini tidak bercinta!

Anda rasa bersama pasangan anda sekarang ini adalah satu perhubungan yang dinamakan cinta dan anda sedang berpasangan dengannya.Tetapi hakikat yang sebenar,jauh di sudut hati anda,anda tau anda masih menyintai bekas kekasih anda.Anda juga mungkin sedar perasaan ini dan masih meneruskan perhubungan dengan kekasih sekarang dengan harapan perasaan cinta terhadap kekasih anda sekarang akan wujud.

Monday, February 7, 2011

KENALI SIKAP WANITA….

2 comments
Wanita Tanah

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20
Mei),Virgo(24 Ogos-23 September)dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yg boleh dijangka,berwibawa & praktikal.
*Penyabar & bertolak ansur,mempunyai kehendak dlmn dri segi emosi & material.
*Semangat produktif & gigih yg disertai dgn sikap berhati-hati
menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dlm
perniagaan.
*Kebijaksanaan & kepintaran yg diperolehi sering tersembunyi oleh
air muka semulajadi yg pendiam dan tenang.
*Sifat marah yg terkawal serta keperluan utk keteguhan & kawalan
sering terbawa-bawa dlm perhubungan yg amat konservatif, serius & sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah
seorang kekasih yg setia & berwibawa.

WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April),Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri & biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yg artistik & sukar dijangka,tetapi biasanya romantis & tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai & mendominasi tetapi blh
mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yg pemurah,mesra & menunjukkan sifat yg mendalam terhadap sesuatu yg disukainya.
*Suka berterus terang & tidak berselindung menyebabkan orang yg dikasihi mersa sedih & terhiris.
*Jujur & mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun),Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Detik Umur

0 comments
Masa berjalan begitu laju
Tidak pernah berhenti walaupun sedetik
Ertinya detik umur kita meninggalkan kita
Kalau begitu setiap detik umur kita berkurang
Tapi kita tidak terasa
Setiap detik dunia meninggalkan kita jauh
Setiap detik pula akhirat mendekati kita
Kalaulah kita cintakan dunia
Apa yang kita cinta makin jauh terpisah
Sedangkan Tuhan dan akhirat
Tidak pernah kita cinta, makin dekat
Alangkah terseksanya jiwa
Meninggalkan apa yang disuka dan dicintai
Bertambah terseksa lagi yang dihadapan kita
Tidak pernah kita cinta
Ertinya kita pergi ke akhirat tidak membawa apa-apa
Yang kita cinta hendak ditinggalkan
Yang tidak cinta akan berhadapan
Aduh! Dua kali penderitaan
Meninggalkan yang kita cinta
Hendak bertemu dengan yang tidak kita cinta
Ingatlah roda umur kita makin laju ke hadapan
Dunia dan yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan
Tidak terfikirkah oleh kita
Apakah yang hendak kita bersama
Untuk satu kehidupan yang begitu lama.....

Adakah Anda Bijak Memilih Pasangan Hidup

0 comments
My new entri kali ni nak share la kepada pasangan bakal pengantin, yang ingin mencari kekasih hati, bakal bertunang, yang masih buntu dan bingung dalam memikirkan masalah hubungan...Diharap entry kali ni membantu anda~ lets reaD~

Kebahagiaan dan kejayaan hidup berumahtangga adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang memilih pasangan hidupnya. Pemilihan yang bijak ialah pemilihan yang didasarkan di atas keserasian dan persamaan watak-watak peribadi, persamaan taraf keluarga, persamaan agama, persamaan kecenderungan dan memilih kawan teman, hobi dan hiburan. Perkahwinan-perkahwinan yang berlangsung tanpa mempunyai keserasian-keserasian yang pokok ini seringkali terkandas dan gagal.

Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan Ya atau Tidak?
(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan Ya sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab Ya kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan Ya itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian

Pape pun, tepuk dada tanye iman....
p/s : jgn ikut nafsu, nanti lesu, jgn ikut hati, nanti mati...
Renung2kan....
daaaa~

Wednesday, September 22, 2010

Morning Sickness

0 comments


Setiap hari yang berlalu aku lalui dengan tabah, ku anggap ini salah satu ujian dan anugerah dari ALLAH SWT. Dengan bakal kehadiran cahaya mata, aku terpaksa melalui "MORNING SICKNESS" yang biasa dilalui oleh wanita2 hamil.

Aduhaiii... aku x leh mengeluh, normal lah kan kalo muntah2 tiap pagi. Memang agak menyakitkan setiap kali muntah di pagi hari atau setiap bangun tidur.

Pada mulanya aku agak pelik, kenapalah diri aku x leh langsung bau apa2 yang BUSUK dan juga WANGI... normal kah aku? hehehe.... sampaikan Sabun dan perfume kesukaan aku sendiri pun aku x leh nk bau... asal bau je aku muntah. Selain tu, aku jugak alahan pada bau tumis2 masakan terutama yang mengandungi apa jua bawang tidak kira lah bawang besar ke bawang putih ke...sangat meloyakan !

Setelah kandunganku berusia 2 bulan, aku barulah ingin mengetahui punca dan cara mengatasi "Morning Sickness" yang aku hadapi...
Ni aku nk share salah satu artikel yg agak best dan leh dikongsi bersama...

*********************MORNING SICKNESS

Tahukah Anda bahwa morning sicknes, atau mual-muntah pada kehamilan merupakan salah satu anugerah Tuhan yang patut kita syukuri? Bersyukurlah, bahwa Tuhan Yang Maha Hebat ini selalu detail dalam setiap perancangan terhadap kehidupan. Tidak satu hal pun luput dari pengawasanNya. Salah satunya adalah keadaan yang kita sebut morning sikness yang terjadi pada wanita hamil pada masa awal-awal kehamilan.

Morning sickness sesungguhnya adalah keadaan yang khusus dirancang sebagai suatu mekanisme perlindungan bagi wanita yang sedang mengandung benih agar tidak terlalu sering terpapar oleh toksin yang berasal dari lingkungan yang dapat mengancam kehidupan janin. Sehingga wanita di-create menjadi lebih sensitif dengan zat-zat yang akan masuk ke tubuhnya pada awal-awal pertumbuhan benih di rahim.

Morning sickness adalah efek dari peningkatan hormon-hormon kehamilan, terutama hormone HCG (Human Chorionic Gonadotropin). Hormon ini meningkat drastis pada awal-awal kehamilan untuk pembentukan plasenta (ari-ari bayi) sebagai pusat nutrisi janin selama dalam ruang nyaman yang bernama rahim ibu. Dan, proses inipun memiliki makna yang mendalam bagi kehidupan umat manusia, bagi kelestarian umat manusia.

Muntah saat awal-awal kehamilan ini merupakan pengalaman yang kadang membuat frustasi para wanita hamil memang telah khusus dirancang bagi pertahanan tubuh janin Anda untuk melindungi susunan gen, terutama pada masa-masa awal kehamilan yang biasa disebut sebagai masa trimester pertama, karena masa ini sangat rentan terhadap toksin sekecil apapun.

Muntah merupakan pengalaman traumatis bagi hampir sebagian besar orang, namun dibalik peritiwa itu kita perlu bersyukur dari cara alam ini dalam membersihkan tubuh kita dari racun-racun dan toksin yang akan membahayakan tubuh kita.

Jadi, bersyukurlah karena kita telah dilindungi bahkan sebelum nyawa kita ditiup sang khalik, maka pantaskah kita sombong?

***************** TAMAT

Tuesday, August 24, 2010

Persediaan awal Ibu Mengandung

3 comments



Pengalaman mengandung sulung bagi sesetengah ibu amat menyeronokkan dan bagi sesetengah ibu yang lain pula, mungkin mendatangkan masalah dan dibelenggu perasaan takut, kerana perubahan yang ketara dari segi fizikal dan mental. Ibu yang mengandung seharusnya membuat persediaan rapi dalam menghadapi saat-saat kehamilan. Ini bagi memastikan kesihatan diri dan kandungan berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, suami juga perlulah memberikan sokongan kepada isterinya agar si isteri tidak menghadapi tekanan dalam tempoh kehamilannya.

Kesan-kesan Semasa Kehamilan.

Dalam tempoh kehamilan, si ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan juga anak di dalam kandungan. Pada waktu ini anda tidak digalakkan melakukan kerja-kerja berat. Satu jam selepas makan tengah hari, anda digalakkan berbaring dan membaca bahan bacaan yang ringan. Rehatkan fikiran anda dengan melakukan kerja-kerja yang ringan seperti menjahit, menyulam dan sebagainya.

Dalam proses pembesaran bayi dalam kandungan, si ibu akan merasakan lenguh di bahagian kaki. Bahagian betis, peha dan jari-jari kaki akan terasa sakit dan adakalanya ia boleh menyebabkan kebas atau kejang. Sakit seperti ini biasa berlaku di kalangan ibu yang mengandung. Oleh itu, para ibu tidak perlu takut jika ia sekali sekala menyerang anda.

Semasa mengandung, kulit di bahagian perut dan payudara akan menjadi tegang, ini kerana anak di dalam kandungan yang semakin membesar. Ketegangan kulit di perut dan payudara akan menyebabkan ia kering dan gatal. Bagi mengelakkan kekeringan kulit, ibu-ibu digalakkan menyapu bahagian yang kering itu dengan baby oil atau minyak zaitun. Ibu-ibu juga diingatkan supaya tidak menggaru kulit yang kering itu kerana ia akan memudaratkan.

Pada 12 minggu pertama kehamilan, payudara akan mula membesar. Ini kerana proses pembentukan susu dan adakalanya payudara akan membengkak. Tetapi ia boleh diatasi dengan penjagaan yang lebih teliti. Perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah pemakaian anak baju. Anak baju yang paling sesuai ialah daripada jenis kapas berbanding nylon, kerana ia berupaya menyerap udara.

Anda dikehendaki memakai anak baju setiap masa apabila usia kandungan menjangkau lapan bulan. Pada waktu inilah payudara memerlukan penjagaan yang paling baik. Payudara perlu ditampung setiap masa pada waktu ini. Bagi ibu yang mengandung sulung, anda akan dapati puting susu akan mengeluarkan sejenis cecair, iaitu ‘coloestrum’. Jangan risau, kerana itu adalah bahan permulaan untuk mengeluarkan susu. Jika anda berasa tidak selesa, lapikkan payudara anda dengan kain dan tukarlah ia apabila telah basah.

Menurut seorang pakar Neurosains, Prof. Dr. Haji Azizan Haji Ismail, ibu yang mengandung adalah tidak digalakkan meminum minuman yang berkafein seperti Nescafe atau kopi. Hal ini akan menyebab tumbesaran anak di dalam kandungan terganggu. Makanan yang mengandungi alkohol dan karbohidrat (roti, kentang, gula dan cokelat) juga perlu dielakkan. Makanan berkhasiat seperti telur, ikan, keju, daging dan hati perlu diambil ketika mengandung. Buah-buahan seperti limau, pisang, betik, tembikai, dan sebagainya juga baik untuk dimakan. Minumlah susu sebanyak mungkin kerana ia mempunyai kalsium yang baik untuk anda dan anak anda.

Dalam tempoh kehamilan, si ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan juga anak di dalam kandungan. Pada waktu ini anda tidak digalakkan melakukan kerja-kerja berat. Satu jam selepas makan tengah hari, anda digalakkan berbaring dan membaca bahan bacaan yang ringan. Rehatkan fikiran anda dengan melakukan kerja-kerja yang ringan seperti menjahit, menyulam dan sebagainya.

Mungkin ramai ibu yang tertanya-tanya adakah boleh melakukan persetubuhan semasa mengandung? Dari segi kesihatan, hal ini tidaklah menjadi masalah pada awal kehamilan, cuma apa yang perlu difikirkan adalah caranya menyenangkan anda dan pasangan anda.

Pada empat minggu terakhir kehamilan, anda tidak digalakkan melakukan persetubuhan. Ini kerana dalam tempoh ini anda memerlukan rehat yang cukup. Tidak salah jika ia perlu dilakukan, tetapi ia akan menyebabkan anda merasa sakit. Sebaik sahaja melahirkan anak, persetubuhan haruslah dielakkan sekurang-kurangnya enam minggu. Ini membolehkan bahagian-bahagian kelahiran untuk berehat dan pulih seperti sediakala.

Saturday, May 22, 2010

Urusan di Pejabat Agama

0 comments
21 Mei 2010 (Jumaat)

Alhamdulillah selesai sudah segala urusan di Pejabat Agama. Jam 3 ptg, aku bersama tunang aku dan ditemani ayah aku ke Pejabat Agama untuk mnghantar borang kahwin 1 dan 2. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Niat aku dan tunang aku Cuma nk hantar borang jek la, mana lah tahu leh set tarikh tuk temubual tu.. skali tu, kerani pejabat agama tu suruh aku dan tunang aku terus masuk jmpe pegawai utk temubual. Ya ALLAH…gementar nye aku. Hhehe… yelah, tak de preparation…Pulak tu ayah aku ada…Kalo kami tak lulus, malu nyeeee~~ Ahakz.

Soalan per soalan di ajukan kpd kami berdua secara berselang seli… Meh aku kongsi skit ng korang ape bentuk soalan yg di ajukan….

1) Istighfar 3 kali (diajukan kpd tunang aku)
2) Mengucap 2 kalimah syahadah (diajukan pd tunang aku)
3) Pengertian mengucap (diajukan utk aku)
4) Baca Al~fatihah (Diajukan pd tunang aku)
5) Baca Doa Qunut (Diajukan utk aku)
6) Apa maksud Toharah (Diajukan utk aku)
7) Lafaz hadas besar (Diajukan utk aku)
8) Tanggungjawab suami (Diajukan kpd tunang aku)
9) Tanggungjawab Isteri (Diajukan kpd aku)

Alhamdulillah segala persoalan kami dpt jawab. Syukur~~ Cuma, Maksud Toharah aku tak tahu dan tunang aku pun tak tahu, tp, pegawai tu terangkan… rupanye Toharah tu mksudnye “bersuci”… :-)

Selesai sudah temubual, kami baru dpt borang permohonan nikah (90 hari sblum nikah) bru leh apply. Hehe…Then, disebabkan ayah aku yg sebagai wali dan juga akan menikahkan kami… jd, ayah aku uruskan utk mendapatkan cop pengesahan drpd kadi dan juga deal kan Imam yg aka nada di hari pernikahan kami.

Ya ALLAH… terima kasih Ya ALLAH… dengan kehendak-Mu segalanya berjalan dengan lancar. Amin.

Monday, January 4, 2010

Indahnya Bahasa

2 comments

Yang kurik itu Kendi,
Yang Merah itu Saga,
Yang cantik itu Budi,
Yang indah itu Bahasa.

Budi bahasa merupakan adunan pelengkap dalam hidup insan. Terasa manisnya perhubungan jika disulami dengan budi dan bahasa yang baik dan indah. Menjaga hati dan hak rakan, menjaga tutur biar bersopan. Andainya ada terlebih dan terkurang bercakaplah terus terang, agar kekusutan tidak berpanjangan.

Mari nyanyi sama-sama...
Budi Bahasa Budaya Kita
Nyanyian : Dato Siti Nurhaliza

Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia

Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria

Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita


Renung-renungkan dan Selamat Beramal...

Berazamlah tahun baru anda (2010) dgn mengubah cara berkomunikasi dgn lebih baik, eratkan hubungan silaturrahim sesama manusia tanpa menyakiti dan disakiti. Mudah2an hidup akan lebih bahagia dan diberkati oleh ALLAH. Amin.

Sunday, December 20, 2009

The Last lecture

0 comments

Ni aku nak berkongsi mengenai satu buku bertajuk "The Last Lecture" by Randy Pausch... Buku ni mengisahkan ttg all aboout life. In this book, Randy Pausch has combined the humor, inspiration and intelligence that made his lecture such a phenomenon and given it an indelible form. It is a book that will be shared for generations to come.

Buku ni harga nya tak lah mahal. Duit Malaysia RM 38 kalo x silap aku. Cuba cari di MPH pasti ada. Aku teringin nak mmbelinya... hari tu baca sikit je buku ni, langkah2 by chapter. Memang sedey...

On September 18, 2007, computer science professor Randy Pausch stepped in front of an audience of 400 people at Carnegie Mellon University to deliver a last lecture called “Really Achieving Your Childhood Dreams.” With slides of his CT scans beaming out to the audience, Randy told his audience about the cancer that is devouring his pancreas and that will claim his life in a matter of months. On the stage that day, Randy was youthful, energetic, handsome, often cheerfully, darkly funny. He seemed invincible. But this was a brief moment, as he himself acknowledged.

Randy’s lecture has become a phenomenon, as has the book he wrote based on the same principles, celebrating the dreams we all strive to make realities. Sadly, Randy lost his battle to pancreatic cancer on July 25th, 2008, but his legacy will continue to inspire us all, for generations to come.

Leh lah dapatkan buku ni di pasaran...

Author: Randy Pausch

Title : The Last Lecture

Price : USD 14.27

URL : http://www.thelastlecture.com

http://download.srv.cs.cmu.edu/~pausch

Ok.... Selamat Membaca. Daa~

Wednesday, December 9, 2009

Menjadi Wanita Paling Bahagia = Be a happiest woman

3 comments
Wanita adalah asset penting bagi sesebuah Negara. Wanita boleh menjadi penghancur negara dan pembina sesebuah negara. Di belakang kejayaan seorang lelaki tentu ada wanita di belakangnya. Ini lumrah dan memang aturan ALLAH.

Jadi, hari ini aku mahu kongsikan dengan sahabat-sahabat pembaca tentang sebuah buku menarik yang dapat menaikkan semangat seorang wanita. Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia.

Melihat tajuknya, hati berbicara, selama ini wanita tidak bahagiakah? Bukan itu sebabnya. Buku ini memberi ubat pada wanita yang rasa berduka atau rasa gagal atas sesuatu sebab.

Jadi bangkitkan kembali semangat anda dengan menatap buku ini!

"Allah menjadikan isteri Nuh dan isteri Lut sebagai perumpamaan bg org kafir, Allah menjadikan isteri Firaun sebagai perumpamaan bg org beriman".

Lihatlah betapa pengasih Allah melalui kejadian wanita, lihatlah betapa kuatnya Allah melalui kejadian lelaki.

1. Wanita mukmin melawan kezaliman

2. Wanita mukmin berbeza dari wanita kafir

3.Anda lebih hebat berbanding jutaan wanita lain.

4.Jangan biarkanbhatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri.

5. Berkomunikasilah dengan Allah yang maha mengasihani.

6. Buatlah rumahmu sendiri di dalam syurga.

7. Anda paling bertuah dalam setiap keadaan.

8. Alangkah banyaknya nikmat Allah pada dirimu.

9. Biar sedikit asal bahagia dr banyak tetapi menderita.

10. Halakan matamu keatas dan lupakan yg lain.

11. Rumah kecil yg dipenuhi iman lbh baik dr istana yg dipenuhi maksiat.

12. Bijaksanalah membuat jadual harian.

13. Biarlah kita bahagia dgn cara kita sendiri

14. Berkayuhlah menuju kejayaan.

15. Anak kunci kebahagiaan terletak pada sujud.

16. Jadilah wanita paling bertuah di dunia.

17. Rela menerima apa jua nikmat dan tahu mensyukurinya.

18. Menghindar musibah dengan doa.

19. Janganlah mudah berputus asa dan berhenti berjuang.

20. Cinta dan maruah ada didalam rumah anda.

21.Carilah ilmu galilah hikmah

22. Jangan lupa keadaan yang paling menyedihkan.

23. Berpura-pura bahagia dalah penderitaan yg dahsyat.

24. Setiap hari adalah peluang baru untuk direbut.

25. Jadilah wanita bersinar bak bintang di langit.

26. Hari paling indah ialah hari ketika anda mampu mengawal diri anda.

27. Jangan mahu dikuasai oleh perasaan yg tidak berasas.

28. Kepuasan yang sebenar adalah menerima hasil perjuangan yg sukar.

29. Buta yg sbnr bukan buta mata tapi buta hati

30. Lakukan hingga selesai anda akan puas.

.......Bergembiralah WANITA dengan kejadianmu kerana ALLAH......


Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template