Showing posts with label Persoalan. Show all posts
Showing posts with label Persoalan. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

SEPI

0 comments
Baru kini aku rasa SEPI tanpa seorang SUAMI di sisi
SEPI walaupun baru 2 hari berpisah...
Terasa hidup hilang tempat bergantung...

Hati aku menjadi kacau bila mendengar khabar dimana suami terpaksa bekerja di Mid Valley untuk tempoh masa 2 bulan dan mungkin lebih dari itu. Kecewa apabila bos di tempat kerja dia pon x consider keadaan suami aku yang mempunyai anak masih berumur 10 bulan dan isteri yang masih menuntut di UTHM.

Ya ALLAH, KAU tabahkanlah hati aku...tabahkanlah hati suamiku untuk meneruskan hari-hari mendatang...

Dhia... ayahpergi kerja x lama, nanti ayah balik sayang..make sure ayah balik Dhia kne tunjuk kt ayah Dhia dh pandai jalan yee... tu jee la aku pujuk anak aku bila die meragam x nk tido... Dhia yg sememangnya teramat manja dgn ayahnya.

Perlu ke aku menangis?? Perlu ke aku mengeluh?? sedangkan aku tahu ini semua ujian dan dugaan dari ALLAH..cuma aku sahaja yang x kuat utk hadapinya..

Selama hampir 2 tahun perkahwinan kami, aku x pernah berpisah sejauh ini dengan suami... Sebelum ni kami selalu bersama-sama dalam membesarkan anak kami... kini, aku keseorangan.... moga aku tabah !!

Yee... aku memang x kuat ! aku memang x kuat ! Setiap kali aku ingatkan suami, harus aku nangis dan bila aku pandang anak aku, aku trpaksa tahan emosi aku... aku kena kuat kan diri juga untuk anak kami !

Walaupun ramai diluar sana juga yang berpisah jauh dengan suami mereka..contoh terdekat kakak aku yang jauh di Sarawak manakala suami dia di JB... ramai di luar sana suami merantau atau isteri merantau jauh di luar negeri/negara... tapi, itu bukan persoalan nye... jangan persoalkan kenapa aku x sekuat mereka?? jangan persoalkan dan jangan samakan aku dengan mereka... sebab aku adalah aku yang terlalu menyayangi suami dan anak aku... cuba mengerti itu...

YA ALLAH, KAU permudahkan lah urusan kami, kasihanilah kami.. KAU bantulah kami, Jauhkanlah kami dari segala kejahatan...Berilah kesihatan dan keselamatan yang sempurna untuk suami ku... Berilah perlindungan kepadanya... kerana aku teramat sayang dan cintakan dia...

.... Aku akan menanti kepulangan suami tercinta dengan sabar... sememangnya tempat sebaik-baik isteri adalah di sisi suami... tetapi, keadaan tidak mengizinkan...

...dalam kerinduan terubat dengan kehadiran Dhia Raudhah...

Ya ALLAH... hanya kepada-Mu sahaja aku brmohon. AMIN.

Thursday, January 19, 2012

~Bodoh Sombong~

0 comments
Salam sejahtera pembaca budiman,

Bodoh sombong. Ada antara kita sudah tahu maknanya. Untuk mereka yang masih samar dengan maksud bodoh sombong, ini saya ceritakan serba sedikit. Secara ringkas, bodoh sombong ini menunjukkan orang yang tidak mahu belajar dan tidak mahu diajar jika tidak tahu tentang sesuatu perkara. Dia sahaja yang betul dan ego yang tinggi menyebabkan seseorang itu jadi begini.

question.jpgBanyak orang kita jadi begini sebab utamanya adalah ego. Kalau belajar dan bertanya kepada seseorang dikatakan kolot dan selalu rakan-rakan akan ketawakan. Tetapi sedarlah, malu bertanya sesat jalan. Artikel kali ini sebenarnya saya ingin tekankan kepada budaya rajin bertanya di kalangan masyarakat Malaysia. Ramai orang bercerita orang Malaysia malas bertanya jika ada sesuatu masalah terutamanya pelajar. Biar tidak faham asalkan tidak bertanya. Satu budaya yang pelik dan hakikatnya memang terjadi.

Tetapi, saya amat berbangga dengan sesetengah masyarakat yang sanggup bertanya walaupun perkara yang kecil. Sebab, bagi saya masalah yang kecil itulah pembuka jalan untuk menyelesaikan masalah yang besar. Ambil sahaja contoh pelayar internet yang mempunyai masalah tentang komputer. Sering kali saya menerima SMS menanyakan soalan mengenai komputer walaupun saya tidak begitu pakar dalam komputer. Saya sedaya upaya membantu sedaya upaya. Banyak soalan dikemukan kepada saya dan saya lihat satu budaya rakyat kita yang memang mahukan jawapan kepada masalah dan inisiatif yang ditunjukkan saya memang kagumi.

Ruangan forum di internet adalah sumber utama untuk mencari jawapan. Selain serach engine seperti Google dan Yahoo yang memberikan kita jutaan maklumat, forum rasanya lebih dekat dihati kerana seolah-olah kita berhadapan dengan komuniti sendiri. Gunakan sebaik mungkin ruangan forum dan saya amat percaya ahli forum sedia membantu anda dari pelbagai aspek. Perlu diingat, ruangan forum bukan untuk mempromosi skim-skim cepat kayap dan karut-marut lain tetapi ruangan perbincangan masalah dan pertukaran maklumat.

Kesimpulannya, jika seseorang menanyakan soalan kepada kita. Jangan sombong untuk membantu. Jika kita tidak dapat menjawab 100% masalah tersebut, berikan jalan kepadanya seperti maklumat dari Internet. Secara tidak langsung kita dapat maklumat berguna mengenai sesuatu masalah. Kita juga turut serta mencari maklumat mengenai masalah tersebut. Jadi win-win situation.

p/s: Bersatu teguh, bercerai roboh.

Saturday, January 14, 2012

DENGKI

0 comments
Assalamualaikum

Entry kali ni nk berkongsi cerita ttg Hasad DENGKI... korang mesti pernah melalui kes dengki mendengki ni kan?? sakit hati kan... tp, lumrah alam manusia semua x perfect dan pasti ada antara nye dengki ngn sengaja atau tanpa sengaja...kemungkinan kite diri sndiri juga mmpunyai perasaan dengki... Namun, kte kne laaa tahu dengki kte tu sejauh mana kebaikan or keburukan nye samada pada diri kte atau org lain.

Baiklah dengki tu dtg nye dari org yg kita tak kenal..tapi bukanla dari org yg kite kenal x kira la kawan or sedara kan, x laa touching or terasa hati... tp tu laa hati masing2 kita bkan kenal sepenuhnya kan.. kadang2 mmg susah nak menilai hati seseorang tuh.. cuma kita je kena jaga hati kita sendiri.. hindarkan perkara atau niat yg tak baik...

Di dalam kita mengharungi mehnah perjuangan, namun sudah pasti kita akan mengharungi seribu kepahitan dan keupayaan, justeru itu dengan berbekal keimanan dan ketaqwaan yang utuh sudah pastinya kita dapat melayari kehidupan dengan penuh ketenangan. Seandainya kesukaran dan kepayahan sentiasa bertamu di dalam, buktikan kekuatan yang sentiasa bersama kita.

Jangan kamu melawan hukum alam kerana hukum alam itu begitu berkuasa, namun kuasailah ia, gunakanlah ia, apabila kita dah mampu guna ia alihkan haluan ia dan gabungkan segala elemen yang ada, selepas itu nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu perolehi tidak lama lagi…..

Buat renungan kita bersama……….

FAKTOR YANG MENYEBABKAN HASAD DENGKI


Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan sebab-sebab yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.

1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian

Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.

Pendekkata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan.

2) Merasa Diri Mulia

Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap takabbur terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

3) Takabbur

Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan memperhambakan seseorang. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi merelakan kepongahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya, atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.

4) Ujub

Pernah Allah Subhanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa ta’jub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujjah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al-Quran :-

“Bukankah kamu tak lebih dari manusia(biasa) seperti kami juga?”

Dan ungkapan yang berbunyi: “Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?”

Golongan tersebut merasa aneh melihat orang yang Berjaya mendapat pangkat kerasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanuahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.

5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.

6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingnya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan – bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu – telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandinganya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.

7) Busuk Hati

Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehinhamba Allah yang lain. Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kekacauan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.


Fikir2lah... adakah ada dlm hati anda dan sejauh mana kedudukan itu dlm hati anda...Tepuk dada~tanya iman....


Salam

Monday, November 7, 2011

...Cik Anonymous yg OutSpokeN...

5 comments
Hai blogger2..

Alahaiii... ingatkan x de sape yg nk baca blog saya ni..
Rupa-rupanye ade jugak... Silent reader ke?? kalo silent reader jarang nk komen2 ni kan.. hehe..
Tapi.. sape cik Anon tu ye?? lelaki ke ppuan?? ishh... npe lak tetibe aku tertanye2.. dari gaya komen die, mcm JELES je ngn aku...alaa...ape aje laa.. kalo berkaitan jeles ngn jodoh..kne la beringat, jodoh tu kan ALLAH yg tentukan...

Tapi x kesah la siapa org tu, aku juz nk bgtahu yg entry before ni x de kne mngena ngn sesiapa dan itu hasil dr observation saya aje~ ohh yee...utk pengetahuan cik anon tu, saya skrg sgt2 BAHAGIA bersama en.suami tercinta dan anak tersayang... Alhamdulillah perkahwinan kami dibina berlandaskan cinta dan juga sentiasa berpegang pada Agama menjadikan rumahtangga kami kekal bahagia... Mudah2an selamanya...

Untuk cik Anon yg komen tu, maaf lah saya delete,... x perlu kot komen seteruk itu, if org lain baca kan itu leh jadi doa.. ape laa anda ni... x perlu kot nk bermusuh dgn saya... sedangkan kte masih leh berkawan dan buat ape nk bermusuh?? dah besar kan... ape ape jek... tergelak saya~

Zaman dulu saya mungkin saya ni jahat sehingga pernah menguriskan hati atau perasaan org... tp tu masa lalu kan?? org pun pnh buat saya, tp saya x berdendam dengan sesiapa... walhal, skrg ni saya ada sahabat baik yg dahulunya adalah musuh ketat...cik Anon yg komen tu, tgok diri sendiri dulu ye...cermin2 lah diri tu... agak-agak masih sempat lg bertaubat, bertaubat lah...

Lastly...terima kasih coz sudi baca,... Hah !! nk komen tu letak aje laa nama... x pyh laa nk cover2 menyamar letak Anonymous...Bye~~


............"Ya ALLAH, peliharalah hubungan aku & suami ku, jauhkan lah fitnah orang dan jauhkanlah aku dengan org2 yg berhasad dengki..Ameen."

Monday, October 31, 2011

...penceraian tu....errr....

0 comments
Hai kwn2, tetibe hati ni tergerak utk berkongsi tips, pendapat ttg isu PENCERAIAN zaman skrg ni. Alahaii, x sure la kann ade ke x yg baca, tp x pe la...bg yaya blog ni utk melepaskan apa yg terbuku dihati ni... x kesah pon even x de yg baca atau as a silent reader... saya tetap hargai kamu semua :-)

Siapa yg nak kawen then after tu nk cerai?? ade ke org mcm tu? Of course la x de kan.. Dlm Islam pun x mngalakkan pnceraian. namun, dlm dunia realiti ni, kes cerai ni biasa berlaku lg2 dlm kalangan artis, tp, jgn ingat x berlaku dlm kalangan org biasa...

Memang sedih kalau perkara ni berlaku kat diri kita, (mohon dijauhkan)... tp, tu semua diluar jangkaan kte kan. Agak-agaknye penceraian akn brlaku sbb ape?? ape punca??

Tp, kalau perkahwinan itu menyakitkan, baik lepaskan... aku mmg x setuju kalau seseorg individu tu tetap nk mempertahankan perkahwianan nye sedangkan TIADA LAGI CINTA, TIADA PERSEFAHAMAN, TIADA KEJUJURAN, TIADA PERKONGSIAN...etc... kalau mcm tu, perlu ke nk diteruskan perkahwinan tu ye?? YEE !! Aku faham kenapa individu tu nk jugak pertahan kan rumahtangga die sedangkan hati die merana sesorang... sbb satu... TAK NAK STATUS JANDA / DUDA...!! adoiii... zmn skrg ni msih lg ke ade org mengata ttg janda / duda?? nape msti fikir ttg org lain sdgkan diri sndiri merana...sedih...

Aku tahu ramai yg x tahu ttg kes penceraian... ni aku nk share, hope mmbantu.... oh ye, sebelum tu saya nk minta maaf la if ade tersinggung hati mana-mana pihak... Ape-ape pun, saya sebagai wanita tetap akn melindungi hak-hak wanita lagi2 kalau wanita itu diceraikan...

*************************************************************************************

Perceraian, Nafkah dan Harta
(Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Pulau Pinang) 1985 (Pindaan Tahun 1993*)

Syarat-syarat Perceraian


(a) Perkahwinan anda didaftarkan di Malaysia.
(b) Perkahwinan anda mengikut Hukum Syarak.
(c) Permohonan perceraian harus dibuat di negeri tempat anda atau suami anda tinggal.

Jenis Perceraian
Terdapat 4 jenis perceraian yang sering digunakan
:


(i) Taliq
(ii) Fasakh
(iii)Khulu
(iv) Lafaz Talaq
Taliq (Perceraian kerana melanggar perjanjian)

Taliq adalah perjanjian perkahwinan yang dilafazkan oleh suami semasa akad nikah. Jika suami anda melanggar taliq, anda boleh melaporkan hal ini kepada mahkamah, dan sekiranya mahkamah mendapati suami telah engkar taliq maka perkahwinan boleh terbubar dengan satu talaq. Taliq mempunyai syarat-syarat seperti berikut:

(a) meninggalkan anda selama 4 bulan atau lebih tanpa nafkah; dan
(b) melakukan penganiayaan terhadap anda.

Biasanya perkahwinan yang didaftarkan selepas tahun 1980 mempunyai taliq yang
tertulis di sijil perkahwinan. Semua negeri mempunyai taliq berkaitan nafkah dan
peninggalan langsung. Hanya beberapa negeri membenarkan perceraian taliq atas alasan
penganiayaan.

Fasakh (Pembubaran Perkahwinan)Anda boleh memohon fasakh jika suami anda melakukan kesalahan tertentu. Di
antaranya ialah jika suami anda:
(a) hilang selama lebih daripada 1 tahun;

(b) tidak memberi nafkah selama 3 bulan;

(c) dipenjarakan selama 3 tahun atau lebih;

(d) gagal memberi nafkah batin tanpa sebab yang munasabah selama 1 tahun;

(e) berterusan mati pucuk sejak mula berkahwin tanpa pengetahuan anda;
(f) menghidap kusta atau vitilago atau penyakit kelamin yang berjangkit atau gila selama 2 tahun

(g) berkahwin tanpa rela anda pada usia anda 18 tahun atau kurang, walaupun diwalikan
oleh wali mujbir dan suami belum menyetubuhi anda hingga sekarang

(h) menganiaya anda seperti melakukan penderaan fizikal dan mental, memaksa anda
menjalani hidup yang tidak bermoral, menggunakan harta anda tanpa kerelaan anda,
tidak adil dalam berpoligami, menghalang anda daripada beribadat dan suami anda
berkawan dengan perempuan jahat

(i) belum menyetubuhi anda setelah berkahwin selama 4 bulan kerana suami enggan
berbuat demikian

(j) berkahwin tanpa persetejuan anda atau persetujuan anda berdasarkan paksaan,
kesilapan, ketidaksempurnaan akal dan keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak

(k) berkahwin dengan anda dengan persetujuan sah, tetapi pada masa perkahwinan ada
mengalami ketidakstabilan mental (sakit otak), samada berterusan atau berselang
(mengikut tafsiran Ordinan Sakit Otak 1952) dan penyakit itu menyebabkan anda
tidak berupaya memasuki perkahwinan

(l) anda mempunyai kecacatan yang meghalang persetubuhan

(m)atau alasan-alasan lain yang sah di sisi Hukum Syarak yang mugkin berbeza
mengikut negeri tempat perceraian dipohon

Khul

Anda boleh menawarkan pampasan kepada suami sebagai balasan melafazkan talaq. Jumlah pampasan tertakluk kepada persetujuan anda dan suami anda, dengan diadili oleh
mahkamah. Di zaman Rasulullah S.A.W pampasan ialah maskahwin (mahar)

Lafaz Talaq

Perceraian diperolehi apabila suami hadir ke mahkamah dan melafazkan talaq. Sekiranya
suami melafazkan talaq di luar mahkamah maka anda haruslah merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan lafaz talaq tersebut.

Ruju’
Suami hanya boleh ruju’ dengan anda dalam tempoh ‘iddah (3 kali haid atau 3 bulan
selepas perceraian). Ruju’ mesti dilafazkan oleh suami dan didaftarkan di Mahkamah
Syariah. Mahkamah akan siasat samada anda bersetuju terhadap ruju’ tersebut. Jika anda tidak bersetuju, mahkamah akan melantik satu jawantankuasa pendamai untuk cuba
mendamaikan anda dan suami. Sekiranya anda masih tidak bersetuju, anda tidak akan
dipaksa untuk ruju’. Ruju’ tidak boleh dilakukan dalam perceraian khul’, fasakh atau
talaq tiga.

Nafkah dan Harta
Nafkah Selepas proses perceraian, anda berhak menuntut:

1. Nafkah Iddah
2. Nafkah tertunggak isteri (jika pada masa perkahwinan suami gagal memberi anda
nafkah)
3. Nafkah anak dan nafkah tertunggak anak (jika anda diberi hak penjagaan anak secara
kekal atau sementara)

Mut'ah (Bayaran saguhati)

Anda berhak memohon mutah daripada suami anda selepas perceraian. Jumlah mutah
akan ditetapkan oleh mahkamah mengikut Hukum Syarak. Diantara perkiraan mutah
ialah:

Nafkah Harian x Tempoh Perkahwinan


Harta Sepencarian

Anda berhak memohon harta yang terkumpul semasa perkahwinan anda dan suami.
Mahkamah akan membuat keputusan mengenai kadar pembahagian harta tersebut dengan
mengambil kira sumbangan anda seperti:

(a) kewangan, harta benda atau tenaga;
(b) hutang untuk kepentingan bersama semasa perkahwinan;dan
(c) keperluan anak-anak yang belum dewasa.

Anda berhak menuntut harta sepencarian walaupun harta yang diperolehi semasa
perkahwinan hanya daripada usaha suami sahaja. Mahkamah akan membahagikan harta
tersebut dengan mengambil kira:

(a) sumbangan tenaga anda terhadap kebajikan keluarga;
(b) sumbangan tenaga anda yang membolehkan suami mengumpul harta; dan
(c) keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan anda.

Hak Tempat Tinggal

Anda berhak tinggal di rumah yang didiami semasa perkahwinan selagi suami anda tidak
menyediakan tempat tinggal lain yang bersesuaian. Hak tempat tinggal akan terbatal
apabila:
(a) tamat tempoh ‘iddah
(b) tamat tempoh penjagaan anak
(hingga umur 18 tahun atau lebih)
(c) anda berkahwin lain
(d) anda berlaku keji

Hadanah dan Penjagaan Anak

Anda mempunyai keutamaan ke atas hadanah (custody) anak dan suami pula ke atas
penjagaan (guardianship) hak dan harta anak. Hak-hak tersebut boleh dicabar di
mahkamah jika salah satu pihak dianggap tidak sesuai diberi hak tersebut. Mahkamah
akan mengambil kira kepentingan anak.

Kesalahan Perkahwinan

Anda boleh membuat aduan di mahkamah tentang perbuatan suami anda dan mahkamah
boleh mendakwanya atas kesalahan-kesalahan seperti berikut. Diantaranya ialah jika
suami anda:
1. Menggangu anda
Anda boleh mendapatkan perintah tegahan daripada mahkamah untuk
menghentikan gangguan tersebut mengikut Undang-undang Keluarga Islam atau

Akta Keganasan Rumatangga.
2. Menganiaya dan berlaku tidak adil terhadap anda (S.127 & S.128)
Jika tersabit kesalahan suami anda boleh didenda atau/dan dipenjara.
3. Berpoligami tanpa kebenaran mahkamah (S.123)
Jika tersabit kesalahan suami anda boleh didenda atau/dan dipenjara.
4. Melafazkan cerai diluar/tanpa kebenaran mahkamah(S.124)
Jika tersabit kesalahan suami anda boleh didenda atau/dan dipenjara.
5. Meninggalkan langsung anda setelah diperintah oleh mahkamah untuk kembali kepada anda dia enggan berbuat demikian (S.120&S.126)

Perbuatan ini melanggar perintah mahkamah dan suami boleh didenda dan/atau
penjara.
* Seksyen mungkin berbeza negeri masing-masing. Sila rujuk Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam negeri anda.(S= Seksyen)

Thursday, August 25, 2011

Buntu

0 comments

.... time rehat aku... kat cc summit... dalam kebuntuan...
damNnn !!

UNPAID LEAVE ?? PART TIME WEEKEND ?? RESIGN ???


which one eak??? aku buntu... aku dah nk sambung balajr ni, tp fikir nak keje or tak or cuti tanpa gaji... hMMm...
plzzzz sugest to me... i need some advice lorrr....

.......sigh.........

Friday, May 20, 2011

MOVE or STAY ???

0 comments
Which one is better???
Aku buntu laa.
Aku x nafikan sjk dah ade baby, aku agk bahagia sgt2.
Kalau lah boleh mmg seharian aku nk mengadap dan mnjaga anak aku.
Tapi... masalah nya... ntah lah kan. BINGUNG...

Perlu ke aku STAY keje kt situ?
Atau... MOVE keje kt tmpat lain??

...... hmm ........
membingungkan !!!

lagi 1... camne kalo nk benti je keje??
means... SURI RUMAH spnjg masa??
Oh God...

Friday, March 18, 2011

Kerja menDELETE

0 comments
I spend my time to removed all SPAM and clear my Inbox at yahoo.mail..
Puas hati aku... lama kot bersawang x chec email.
Amik ko 4709 new email... huhu...
What important thing ntah... semua nyee "facebook notification"... agak mmbosankan terpaksa menCLEAR kan semua tuh.

Tetibe agk terkejut mndapt 1 email dr Mr.Andrew, offered me LIBRARIAN POSITION. I ask him is it temporary or permanent? WHAT?? permanent? he really need 1 more librarian. Aduhaiii... camne?? then, he ask me to dtg interview on 4th april? aduhaiii... sekali lagi. DamNnn !!

Jangkaan due 3 april.. so, wht should i do ye? HmMM, now tgh fikir ayat, fikir reason, camne aku nak bgtahu my situation + condition pd mr.andrew...leh ke minta die hold kan dlu, KIV me ke... hmMm. Camne ea?? bingung lak...

---mode: mencari idea

daaa~

Monday, March 14, 2011

Khusus untuk WANITA

0 comments
Salam 1 Malaysia. Kali ni terasa nk share tentang CINTA. Tetapi Khusus tuk golongan kaum hawa. Dalam bab ni, lebih ditumpukan kepada perempuan yang ada bf atau pasangan yang baru sekarang.Kalau still single tu bab lain ya.

1. Kekasih atau pasangan sekarang ni tak sebaik dulu.

Ex-bf tak pernah pun tengok perempuan lain depan anda,bf sekarang ni buat pulak macam tu.Ini baru satu contoh yang banyak berlaku.Pasangan anda sekarang ni tidak seromantik yang dulu.Suka mengambil ringan perasaan anda dan banyak lagi perkara yang tindakannya membuatkan anda secara tidak langsung merindui dan teringat cara dan sikap kekasih lama.


2. Anda masih sayangkan kekasih yang lama.

Perasaan sayang masih lagi wujud dalam hati anda terhadap kekasih lama.Perasaan tersebut seolah-olah sukar sangat nak dibuang walaupun anda rasa dalam masa yang sama anda sayangkan kekasih sekarang ini.Walaupun sayang anda pada kekasih dulu tu dah kurang, tapi tetap ada sayang padanya yang membuatkan anda selalu jugak teringat kat dia.


3.Cinta yang sekarang hanya cinta bidan terjun

Selepas anda putus dengan ex dulu tu…adalah seorang lelaki(bf/pasangan sekarang la ni) yang jadi tempat anda curahkan masalah dan perasaan anda.Maklumlah tengah serabut fikiran dan “lonely” la katakan.Jadi perhubungan semakin rapat…lama-lama lelaki tu pun curahkan perasaan dia pada anda.Anda pun tak fikir panjang terimalah dia mungkin sebab masa tu anda rasa dia boleh mengisi dan mengubat hati yang lara.Jadi cinta sekarang yang bidan terjun ni takkan dapat melupakan perasaan anda pada ex dulu tu


4.Anda benci Lelaki

Ya,anda benci lelaki.Walaupun tidak anda sedar,pengalaman pahit anda dulu membuatkan anda membenci dan tidak percaya pada lelaki termasuklah pasangan anda sekarang.Oleh itu,masih ada ingatan tentang ex lama termasuk kenangan manis bersama dia yang kadangkala membuat anda masih teringat padanya.Kalau anda dalam golongan ini,anda perlukan bantuan!


5.Anda sebenarnya sekarang ini tidak bercinta!

Anda rasa bersama pasangan anda sekarang ini adalah satu perhubungan yang dinamakan cinta dan anda sedang berpasangan dengannya.Tetapi hakikat yang sebenar,jauh di sudut hati anda,anda tau anda masih menyintai bekas kekasih anda.Anda juga mungkin sedar perasaan ini dan masih meneruskan perhubungan dengan kekasih sekarang dengan harapan perasaan cinta terhadap kekasih anda sekarang akan wujud.

Sunday, March 13, 2011

Wajarkah LELAKI Menangis

2 comments
Menangis?
pernahkan anda?
ermmm....
saya tiba-tiba berminat hendak mengupas cerita lelaki yang menangis...
wajarkah?




Kenapa lelaki menangis?

# Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.


Sesetengah lelaki yang aggap mereka ini LELAKI SEJATI akan mengatakan ia tidak wajar...bukan?
Mengapakah mereka perlu mengatakan sedemikian?
Sudah tentu mereka akan mengatakan lelaki yang menangis ini akan menjatuhkan maruah seorang lelaki..
lelaki yang menangis ini tidak macho dan sebagainya...

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Bagi saya releven untuk seorang lelaki menangis atas sebab tertentu...menangis adalah lumrah sebuah kehidupan...Melalui menangis, kita dapat meng-ekspresikan sebuah perasaan yang terbuku dalam diri kita...

Friday, March 11, 2011

???

0 comments
Apa yg korang faham dengan istilah :

HARGAILAH YANG TERSAYANG SELAGI MASIH ADA WAKTU

......................perlu difahamkan.......................bila faham, hati pula tak keruan................ohHhh tidakKkk.........................................

Kerjaya & Pekerjaan....Adakah sudah tercapai???m

0 comments
Hi semua... saya cuma mahu berkongsi apa-apa yang patut terutama mengenai kerjaya yang sedang lakukan, sedang usahakan ataupun apa yang kita cita-citakan di masa akan datang.

Mungkin ramai antara korang terutamanya siswazah *menganggur* ingin menjadi seseorang pada masa akan datang terutamanya kerjaya-kerja seperti:

a. guru
b. doktor
c. jurutera
d. businessman (kontraktor, pekedai, pedagang dan lain-lain)
e. saintis
f. pensyarah

Adakah pekerjaan2 yg di idam2kan itu telah tercapai? bakal dicapai? atau tidak tercapai...??

Kelulusan?? kelulusan VS Pengalaman?? agak mengelirukan juga ye. Kekadang sesetengah tempat hanya memerlukan pengalaman, dan sesetengah tempat memerlukan kelulusan dan kebanyakan tempat memerlukan kedua-duanya... walaupun begitu, macam mana org yg berkelulusan akan mendapat pengalaman jika tidak diberi peluang bekerja dalam sesuatu bidang tertentu???

Pelbagai laman sesawang yg menyiarkan iklan2 jawatan kosong terkini, jawatan badan kerajaan juga badan swasta...namun, apakah itu telah cukup untuk anda mendapat pekerjaan yang diidam2kan??

SPA?? Sampai bilakah....?? sampai bilakah untuk anda menceburkan diri dalam menjadi salahs eorang pekerja dalam badan kerajaan?? Itu semua semestinya menjadi kekusutan dan menjadi tanda tanya kepada yang masih menanti dan mengharap peluang bekerja bersama kerajaan.

Apa-apa pun, percayalah pada REZEKI... banyak2kan lah berdoa, berudaha dan bertawakal.. Setiap apa yg berlaku pastinya ade hikmah disebaliknya. Semua sudah tercatat di Loh Mahfus... segalanya sudah kun fa ya kun...

Jika ALLAH akan memberi kita kesenangan,pasti kita akan memeperolehinya... jadi, bersabarlah wahai semua. Pasti akan ada hari untuk anda....

Sekian dari saya,
Yang masih mengharap
Pekerjaan sebagai PUSTAKAWAN
Pekerjaan dalam badan kerajaan

Wednesday, March 9, 2011

KeGATALan semasa Hamil

0 comments
Satu lagi masalah yg melanda aku ketika mengandung adalah gatal2. Rasanya gatal2 yg paling teruk yg pernah aku alami kerana aku sedikit sebanyakmmg mempunyai masalah alahan kulit. Kegatalan tu makin teruk..malah habis berjangkit ke seluruh badan. Aduhai...tak dapat nak gambarkan kegatalan yg menyerang...Aku memang tak boleh nak tahan diri daripada menggaru. Kadang2 rasa dah macam monyet pulak asyik menggaru jer! Hehehe. Bayangkanlah aku tidur pun ditemani sikat.

Agak teruk juga dugaan yg aku terima pada trimester yg terakhir ni. Aku langsung tak boleh berpeluh dan panas, habis ruam naik, bukan itu sahaja, bintik0bintik merah yg gatal tumbuh bagai cendawan hidup selepas hujan kat 1 badan aku ni. Memang ramai yg cakap "YAYA, JANGAN MENGGARU NANTI PARUT...." tapi... berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.... ingat senang kee nk bertahan kalo dah gatal 1 badan??? Errrr....

Hasil aku mencari info, punca dan tips mengenai masalah kegatalan ini, ada yg menyatakan bahawa *** kegatalan kulit ketika hamil adalah sesuatu yg sukar dirawat. Apatah lg ada sesuatu masalah kegatalan kulit ini hanya akan berakhir setelahs elesai melahirkan anak. Ini bermakna selagi wanita itu hamil, selagi itulah dia akan merasa kegatalan kulit. ***

Inilah perjuangan seorang ibu. Tentu kita semua merasa insaf apabila mengenang kesusahan ibu semasa melahirkan kita. pelbagai ujian yang diterima dan ditempuh dengan sabar.

okeylah...rasa nye aku nk mencari punca / tips berlakunya masalah kegatalan kulit ini... Akhir kata, hargailah pengorbanan ibumu yg melahirkanmu...

Monday, February 7, 2011

Adakah Anda Bijak Memilih Pasangan Hidup

0 comments
My new entri kali ni nak share la kepada pasangan bakal pengantin, yang ingin mencari kekasih hati, bakal bertunang, yang masih buntu dan bingung dalam memikirkan masalah hubungan...Diharap entry kali ni membantu anda~ lets reaD~

Kebahagiaan dan kejayaan hidup berumahtangga adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang memilih pasangan hidupnya. Pemilihan yang bijak ialah pemilihan yang didasarkan di atas keserasian dan persamaan watak-watak peribadi, persamaan taraf keluarga, persamaan agama, persamaan kecenderungan dan memilih kawan teman, hobi dan hiburan. Perkahwinan-perkahwinan yang berlangsung tanpa mempunyai keserasian-keserasian yang pokok ini seringkali terkandas dan gagal.

Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan Ya atau Tidak?
(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan Ya sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab Ya kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan Ya itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian

Pape pun, tepuk dada tanye iman....
p/s : jgn ikut nafsu, nanti lesu, jgn ikut hati, nanti mati...
Renung2kan....
daaaa~

Wednesday, January 26, 2011

Siapa dia & so what?

2 comments
YeSsss... siapa dia?? dia siapa??
Tak penting dan bukan org penting kan??
Kawan kah? sahabat kah? sedara kah?
yang pasti pernah mnjadi kawan, x pernah menjadi sahabat dan mustahil mnjadi sedara
OpSss... pernah menjadi kawan?? adaka bermaksud kini menjadi musuh??
OhHhh tidak..
Aku x pernah nk tetapkan siapa yg layak menjadi musuh aku
Tak pernah aku nak memusuhi dan dimusuhi sesiapa
Tp, even ade yg ingin memusuhi aku, juz go... ade aku kesah??

Bila difikir2kan balik kerenah manusia ni mmg pelbagai rupa dan bentuk
For sure setiap manusia pernah mengumpat atau mengata satu sama lain

So.... jika diri kite diumpat, kte anggap laa perkara biasa
Jangan dok gelabah ckp org tu ini, org tu itu, org tu jahat...bla bla bla..
Pape pun "tepuk dada tnye diri sndiri"
atau pun sntiasalah ingat pepatah "paku dulang paku serpih, mengata org dia yg lebih"

Actually, senang je kot bg aku...
If aku tahu de yg x puas hati dgn aku
If aku tahu de yg umpat aku
If aku tahu de yg cuba memusuhi aku
Jawapan aku --> die hanya cemburu akan kelebihan ku...

WaHhhh... jawapan maut tu... ahakz
tp, kemungkinan ade yg betol

Neway, No body perfect...
x de dlm dunia ni manusia yg sempurna
jadi aku conclude kan "manusia ni semua sama"
yang berbeza adalah "HATI" mereka
Pape yg kte lakukan dlm dunia ni datangnye dari HATI kte...
Jika hati hitam, maka hitamlah ia....

Lastly,
Juz nk nasihatkan semua
Abaikan apa org nak kata psl diri anda
Yang pasti, anda tahu siapa anda
Anda bukan siapa2, anda adalah hamba ALLAH spt mereka juga

Sunday, January 23, 2011

BOSAN

4 comments
Sometimes terasa BOSAN my life~
Even dh de kehidupan~dah berkahwin, tp, why still damn bored???!!!
OMG... cannot go laaa mcm ni jee~
Huh~ kne cepat~ cepat mncari keje lain !!!
I NEED NEW JOB !!!

Bosan kan bile org tanye " Keje mana skrg?" "dah habis blajar x dpt keje lg ke?"... huh~ wht should i do bile org tnye all tht question? Tersenyum saja kah? huh~ atau nk dijawab "why u're so busybody?" atau diorg mmg x tahu " Ingat senang nak dpt keje???"... hahahaha.... leh plak kan aku nk jawab mcm tu... x terbukak mulut aku taw...

Neway, anggap jek laa ni LUMRAH MAHASISWA / GRADUAN yg masih looking for a job....

Wednesday, September 22, 2010

Morning Sickness

0 comments


Setiap hari yang berlalu aku lalui dengan tabah, ku anggap ini salah satu ujian dan anugerah dari ALLAH SWT. Dengan bakal kehadiran cahaya mata, aku terpaksa melalui "MORNING SICKNESS" yang biasa dilalui oleh wanita2 hamil.

Aduhaiii... aku x leh mengeluh, normal lah kan kalo muntah2 tiap pagi. Memang agak menyakitkan setiap kali muntah di pagi hari atau setiap bangun tidur.

Pada mulanya aku agak pelik, kenapalah diri aku x leh langsung bau apa2 yang BUSUK dan juga WANGI... normal kah aku? hehehe.... sampaikan Sabun dan perfume kesukaan aku sendiri pun aku x leh nk bau... asal bau je aku muntah. Selain tu, aku jugak alahan pada bau tumis2 masakan terutama yang mengandungi apa jua bawang tidak kira lah bawang besar ke bawang putih ke...sangat meloyakan !

Setelah kandunganku berusia 2 bulan, aku barulah ingin mengetahui punca dan cara mengatasi "Morning Sickness" yang aku hadapi...
Ni aku nk share salah satu artikel yg agak best dan leh dikongsi bersama...

*********************MORNING SICKNESS

Tahukah Anda bahwa morning sicknes, atau mual-muntah pada kehamilan merupakan salah satu anugerah Tuhan yang patut kita syukuri? Bersyukurlah, bahwa Tuhan Yang Maha Hebat ini selalu detail dalam setiap perancangan terhadap kehidupan. Tidak satu hal pun luput dari pengawasanNya. Salah satunya adalah keadaan yang kita sebut morning sikness yang terjadi pada wanita hamil pada masa awal-awal kehamilan.

Morning sickness sesungguhnya adalah keadaan yang khusus dirancang sebagai suatu mekanisme perlindungan bagi wanita yang sedang mengandung benih agar tidak terlalu sering terpapar oleh toksin yang berasal dari lingkungan yang dapat mengancam kehidupan janin. Sehingga wanita di-create menjadi lebih sensitif dengan zat-zat yang akan masuk ke tubuhnya pada awal-awal pertumbuhan benih di rahim.

Morning sickness adalah efek dari peningkatan hormon-hormon kehamilan, terutama hormone HCG (Human Chorionic Gonadotropin). Hormon ini meningkat drastis pada awal-awal kehamilan untuk pembentukan plasenta (ari-ari bayi) sebagai pusat nutrisi janin selama dalam ruang nyaman yang bernama rahim ibu. Dan, proses inipun memiliki makna yang mendalam bagi kehidupan umat manusia, bagi kelestarian umat manusia.

Muntah saat awal-awal kehamilan ini merupakan pengalaman yang kadang membuat frustasi para wanita hamil memang telah khusus dirancang bagi pertahanan tubuh janin Anda untuk melindungi susunan gen, terutama pada masa-masa awal kehamilan yang biasa disebut sebagai masa trimester pertama, karena masa ini sangat rentan terhadap toksin sekecil apapun.

Muntah merupakan pengalaman traumatis bagi hampir sebagian besar orang, namun dibalik peritiwa itu kita perlu bersyukur dari cara alam ini dalam membersihkan tubuh kita dari racun-racun dan toksin yang akan membahayakan tubuh kita.

Jadi, bersyukurlah karena kita telah dilindungi bahkan sebelum nyawa kita ditiup sang khalik, maka pantaskah kita sombong?

***************** TAMAT

Saturday, August 14, 2010

1st time using........

6 comments
Inilah 1st time aku menggunakan....
4hb August aku mengambil keputusan untuk menggunakan...
"Pregnant Test"
Agak gelabah + takut laa nk guna... yelah, x pnh plak guna
Then, x tahu cara nak guna...
Hahhaha... lawak gle bile hubby aku tgok keadaan risau dan gundah gulana nye aku.

Akhirnya aku nekad utk guna jugak.... dalam hati hanya ALLAH yg tahu.. ku panjat doa tidak putus2 agar segala persoalan kami terjawab...

AKHIRNYA....



Terbeliak gak laa bila 2 line pink muncul...aku pastikan beberapa kali, takut aku salah tgok atau aku berfantasi..Suamiku dikejutkan dari tidur yg lena, aku mmberitahu keputusan dan menunjukkan hasil keputusan pregnant ni... Ya ALLAH... tidak tergambar kegembiraan suamiku...terus merangkul tubuhku dan mencium kedua pipi ku dan mengucapkan terima kasih.... Ya ALLAH, aku bersyukur kepada-Mu. Terima Kasih Ya ALLAH...

Pada 11hb August 2010, adalah hari pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri dan anak menantu... :-) Puasa pertama aku tidak selera makan... semua yang aku bau, yg aku lihat mendatangkan loya... Suamiku mengajak aku ke sebuah klinik swasta untuk diperiksa.... doktor membuat "pregnant test".... dan... doktor mengesahkan kandungan aku sudah SEBULAN... dan keadaan loya/muntah dan hilang selera makan itu normal pada ibu mengandung...

Kini, aku harus menjaga kesihatan aku... dan... ternyata... aku semakin hari semakin bahagia.... Amin.

TAUHU BAKAR

0 comments


Tauhu Bakar mmg susah nk dpt kat Batu Pahat eak?
Aku dah bpe hari nak makan tauhu bakar x jumpa2...
Puas dah hubby aku mencari, tp, x jumpe gak...
cian kan die melayan kerenah aku yg mengidam ni... huhu...
Neway, sesiapa yg terbaca entri ni, tahu di mana jual tauhu bakar di bulan poce ni, tolong inform saya yee..... janji tauhu bakar di Batu Pahat, Johor....

Thankz...

p/s : tolong yee.... nak sangat makan tauhu bakar...

Thursday, April 29, 2010

Dilema !!!

4 comments

Aku berkelulusan universiti tetapi tidak mempunyai pekerjaan tetap. Aku runsing makin hari makin cepat berlalu. Aku menghadiri pelbagai ujian dan beberapa sesi temu duga, namun gagal. Aku berasa sangat kecewa dan rendah diri. Aku tidak pernah penat berdoa kepada Allah, nampaknya sehingga saat ini rezeki aku belum ada lagi. Nasib mbelum menyebelahi aku.


Minggu lepas aku dipanggil untuk satu temu duga lagi. Jauh di lubuk hati, aku rasa bimbang, takut dan gementar. Takut dikecewakan lagi. Akhirnya, aku pergi juga... aku ingat temuduga, tetapi tidak... 2 jam exam.... dan jawapan nya sampai sekarang aku tertanya2...adakah aku lulus ke temuduga??? Now.. aku betul2 dalam dilema... Dilema yang tak tahu ape... Mesti bingung kan nape aku dlm dilema.. Yelah... Aku bakal menamatkan zaman bujang aku Tapi, sampai sekarang aku masih tidak bekerja tetap Aku risau... runsing...takut... Ape tanggapan orang lain terhadap aku? terutama pada keluarga sebelah pihak laki nanti Semua tahu aku kelulusan universiti.. Tapi masih tidak bekerja...

AKU BUNTU.... BINGUNG....

"Ya ALLAH... Bantulah hambamu ini..Tunjukkan lah aku jalan... Tunjukkanlah aku arah tuju.. Bantulah aku dan permudahkan lah segala urusan ku." Amin.
Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template