Thursday, February 16, 2012

:: Ibu Mithali + Isteri Sejati ::


Ibu mithali adalah satu gelaran yang mulia dan tahap yang paling tinggi yang boleh di capai oleh para ibu yang mengikut segala suruhan Allah dan Rasulnya dengan seikhlas hatinya dan sanggup mengorbankan dirinya untuk mendidik, menghasilkan anak-anak yang soleh dan solehah. Bukan anugerah dan kata-kata pujian dari manusia yang di harapkan tetapi keredhaan dari Allah itulah yang paling utama.



Ibu Adalah Pendidik


Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :

* Berdoa memohon keredhaan Allah
* Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
* Membersihkan hati dan pemikiran
* Membina kebahagiaan secara proaktif
* Mendidik diri sendiri
* Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
* Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
* Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga
* Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
* Pembangunan fizikal dan kesihatan
* Muhasabah diri

Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, anda patut bangga. Namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi, ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.

Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu:

- Positif Terhadap Perubahan
- Positif Terhadap Diri Sendiri
- Positif Terhadap Kepimpinan
- Positif Terhadap Masalah
- Positif Terhadap Orang Lain
- Positif Terhadap Keadaan Emosi
- Positif Terhadap Idea Kreatif
- Positif Terhadap Membuat Keputusan
- Positif Terhadap Qada Dan Qadar

Antara petua untuk menjadi ibu mithali:


> Analisis diri daripada pandangan anak
> Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
> Bercakap benar
> Kotakan kata-kata
> Didik anak mengenai kemahiran sosial
> Gunakan masa jitu untuk mengajar
> Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
> Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
> Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
> Melatih anak berfikir
> Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
> Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
> Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
> Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
> Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
> Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah:


~ Pendidik keluarga
~ Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
~ Penasihat
~ Doktor dan jururawat
~ Mendisiplinkan anak-anak
~ Kawan atau sahabat
~ Penyelesai masalah
~ Merangsang perkembangan mental anak-anak
~ Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
~ Model pada anak-anak
~ Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
~ Mengawal ekonomi rumah tanggaMenjaga harta suami dan keluarga

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu:


# Ibu menyerlahkan keunikan sendiri
# Tidak berebut kuasa dengan anak-anak
# Memahami teknik memuji dan mengkritik anak
# Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak
# Mendidik anak berdikari
# Mempunyai nilai diri tinggi
# Bersedia meminta maaf daripada anak-anak
# Bertindak secara jamaah
# Mengorbankan kepentingan peribadi
# Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan
# Meneroka dan merangsang potensi anak
# Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan
# Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.

Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi "ibu mithali, isteri sejati".


Harapan saya pada para ibu dan isteri di luar sana juga ingatan utk diri saya sendiri, jadilah IBU MITHALI kepada anak-anak, kelak mereka yang akan mendoakan kita sewaktu kita di alam sana... dan jadilah ISTERI MITHALI kepada suami untuk menjamin Syurga ALLAH....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template