Monday, February 27, 2012

2nd Hand Stroller

1 comments

Jenama : 1st STEP BABY

NAK JIMAT???


INGIN MEMILIKI STROLLER YANG SELESA UNTUK ANAK DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN???

TAK SALAH KALAU MEMBELI 2ND HAND JANJI IA NYA SELAMAT DAN MASIH NAMPAK BARU DAN JUGA SELESA SESUAI DENGAN HARGA NYA.

Okey.. di sini aku + mr.hubby ada jual sikit barang2 2nd hand antara nye Stroller. Selain tu ade gk brg2 lain yg bukan 2nd hand tp harga teramat la murah... sape yg nak pape tu juz msg / PM fb / email / call...insyaALLAH kami akn dpt kn brg trsbut dgn hrga murah...

Mesti ade yg tnye "Nape kau x guna je stroller ni untuk anak ko?" hmm.. jwpn nye sbb aku dh de stroller...walaupun x semahal stroller ni, tp, selesa + cantekkk juga..yg pasti dan paling bermakna adalah special gift from kwn2 UITM S.ALAM mse aku lahirkn Dhia... so, aku appreciate pemberian org trsgt2...!

Ini hanya nk mmbantu korang yg mana tidak mmpunyai kewangan yg cukup... kalau kat luar dah survey harga stroller jenama 1st step baby ni agak mncecah RM250-RM300... so, decide laaa...nak untung ke x?

Okey... if any inquiry, plz do contact me:

Mrs.Nurul
Phone : 017-7569967
E-mail : yayajohorean@gmail.com
FB : Yaya Johorean

~ berjimat cermat selagi boleh ~ BYE

Kek Chocolate Moist

0 comments

Hai semua
Tetiba menyahut cabaran mr.hubby utk meluaskan perniagaan dlm bisness kek coklat. Hah ! ni baru permulaan ! before this aku hanya amik tempahan kpd kwn2 aku or org yg aku kenal je sbb konon mudah utk berurusan. Now, aku nk melebarkn sayap lah !

Aku dah pon try letak kt Mudah...hehe, hope feedback nye okey..

Harga aku letak RM 25 agk berpatutan x? okey ni aku describe skit kelebihan cake choclate aku ni..

***********************************************************************************

- 1 kg
- Fully Chocolate with topping
- 2 layer of choclate cream
- Fully Choclate Rice / colorful choclate rice + choclate chips
- add on : extra choclate rice / cherry / badam ----- add RM 2

***********************************************************************************

Belom try belom tahu ! Sedappp ke? hehe...sebelum ni alhamdulillah aku dpt feedback yg positif yg mnyatakan kek aku sedapp... try k...

oh yee... tempahan hanya tertakluk pd terma & syarat :

- tempahan at least 3 days before... jd leh laa aku prepare bahan2 nk dibeli kann !
- tempahan hanya sekitar Batu Pahat, Parit Raja dan area Tongkang Pecah


Okey... if berminat leh hubungi saya :

Mrs Nurul
Mobile : 017-7569967
E-mail : yayajohorean@gmail.com

Segala kerjasama amat dihargai... Thankz kpd yg sudi membeli !! Anda pasti NAK LAGI !!!

Sunday, February 26, 2012

Status terbaru aku???

0 comments

NURUL SHAHIRA ADALAH SEORANG...: :

..............................................................................

ISTERI kpd En.Junrizan Raman
MAMA kpd Dhia Raudhah Junrizan

ANAK kpd En.Salim + Pn.Norizan
MENANTU kpd Hj.Raman + Pn.Fatimah

KAKAK kpd Nurul Aiman & Ihsan
ADIK kpd Nurul Sharina

IPAR kpd Pn.Ros + En.Sahar, En.Junaidi + Pn.Warisah, + En.Azwar + Pn.Nahlah, En.Masrani + Pn.Zamilah, miss Sab'asita

.......KINI AKU JUGA ADALAH SEBAGAI BAPA kpd Dhia Raudhah sementara En.Suami aku jauh di Kuala Lumpur...



***Moga aku TABAH, CEKAL dan SEMANGAT !!!!!!!!!!!!!!!***

Kuatkah aku??

0 comments

Hari ni hari ke-4 aku tanpa suami di sisi..
Persoalan nye: KUATKAH AKU??
Okey...smlm mmg terubat sikit hati aku bile jmpe kwn2 di e'day shuba, then smpai ptg msih witg bff..
Bile mlm? mulalah kerinduan menjelma !
TAK SALAH KALAU RINDU SUAMI KAN??
Mmg laa HP jd tmpat meluahkan psaan, tmpat mengadu...tp, rasanye x cukup.. aku nak dia ada di sisi aku !

Adakah aku ni selfish? jenis x sabar? tp, cuba kalau perkara ni terjadi kt diri korang sure korang mcm aku jgk yg sntiasa dlm kerinduan. Tapi, aku nk ingtkn jgk laa lain orang lain cara..lain org lain rasa nye. Jadi, semua brgntung empunya badan.

Mungkin kalau setakat seminggu dua minggu kurang laa aku terasa, tp, ni almost 2 month..maybe more than 2 month... y pasti hubby aku pon x leh sure smpai bile die kt KL tu.

Aku dh cuba nk kuatkn smngt aku. Tiap kali selesai solat, pasti aku nangis..setiap kali nk tido kn anak aku wktu mlm, hati aku trsentuh. Walaupun anak aku msih baby 10 bulan, aku mengerti die juga ada perasaan rindu pd ayah tersayang nye.. cuma, die x tahu nk luahkan mcm mana..sabarlah syg...mama juga rindu ayah awk..

Setiap hari aku counting days... terasa lama pula waktu dan hari berjalan... aduhaiii... sesungguhnya aku x sanggup...~!~

Newborn~

0 comments


Hehe...Ni la baby saya !! OpsSss... terkejut kannn... hihi..ni baby myBFF (Norzahidah mohamed a.k.a Zek). Nama nye Umar...sweet kan mksud nye Pahlawan.

Smlm after E'day Shuba, aku with Joe,Opie & botak rushing ke Summit nk cari present tuk Umar ni..pening gk nk sepakat beli hadiah, kejap hamper kejap mainan kejap brg mandian..adoy.. ke hulur hilir kami at last ktorg decide beli baby ride On car utk umar kt baby shop summit... ok laa kn dh besar leh main !!


Comel betol umar, al-maklumlah mummy nye pon sweet n daddy die pon sweet gk... umar, ni aunty2 doakan umar jd anak yg soleh yee.. nti leh kwn ngn anak aunty (Dhia) & anak aunty botak (danish)... leh geng ! mcm mama2 nyee ni BFF smpai skrg... hehe.. happy sgt ktorg lepak kt umah zek, mcm biasa mengimbas kenangan.. ermm.. ZEK, KAU BETOL KE ADE ANAK NI?? hehehe.. x pcaya kan sbb dulu wktu skola die laa otai kami and ketua kami ble wt nakal..heheh..miss all the moment...

Okeylah... x de lg rasanye nk update.. neway, aku doakan mana kwn aku yg masih belom punya rezeki anak, usaha and doa yee...insyaALLAH segalanya dh ditetapkan dan percayalah one day sure akan ade rezeki tu... jgn give up and always pray for get it...

Kpd kwn2 yg msih single mingle tu, heheh.. sabar~ jodoh kamu smua pasti dtg...aku doakan yg terbaik utk kwn2...coz i love all my friends esp BFF so much~~ mmuaHhh....

BYE ~!~

Saturday, February 25, 2012

Shuba *E* Day

0 comments

Alhamdulillah dan syukur kehadrat Ilahi Majlis Pertunangan kawan baik saya(Nursyuhadah Syeikh Salim a.k.a SHUBA) berjalan dengan lancar dan sempurna.TAHNIAH utk BFF saya ni !! Akhirnye bertunang dan InsyaALLAH pertunangan di ikat tidak lama... Mudah2an segala urusan dipermudahkan ALLAH.

Teringat time tunang dulu, rasa sekejap je masa berlalu...mcm smlm baru bertunang...hehhe.. heheh.. gedikx kan ! :-p


Hah !! Ni laa antara BFF yang memeriahkan majlis Shuba...BFF lain semua ada urusan, x pe la...mereka smua pasti hadir pada waktu wedding Shuba..hehhe


Happy kan dah bergelar tunang orang !! Lepas ni dh x leh nakal2 lg...kne ready kan diri utk tukar status lg jd wife org pula.. hehhe...


Lastly doa aku dan kwn2 lain : Semoga berbahagia dan semoga urusan kawen dipermudahkan..amin...


# u look so beautiful... love u SHUBA !

Thursday, February 23, 2012

SEPI

0 comments
Baru kini aku rasa SEPI tanpa seorang SUAMI di sisi
SEPI walaupun baru 2 hari berpisah...
Terasa hidup hilang tempat bergantung...

Hati aku menjadi kacau bila mendengar khabar dimana suami terpaksa bekerja di Mid Valley untuk tempoh masa 2 bulan dan mungkin lebih dari itu. Kecewa apabila bos di tempat kerja dia pon x consider keadaan suami aku yang mempunyai anak masih berumur 10 bulan dan isteri yang masih menuntut di UTHM.

Ya ALLAH, KAU tabahkanlah hati aku...tabahkanlah hati suamiku untuk meneruskan hari-hari mendatang...

Dhia... ayahpergi kerja x lama, nanti ayah balik sayang..make sure ayah balik Dhia kne tunjuk kt ayah Dhia dh pandai jalan yee... tu jee la aku pujuk anak aku bila die meragam x nk tido... Dhia yg sememangnya teramat manja dgn ayahnya.

Perlu ke aku menangis?? Perlu ke aku mengeluh?? sedangkan aku tahu ini semua ujian dan dugaan dari ALLAH..cuma aku sahaja yang x kuat utk hadapinya..

Selama hampir 2 tahun perkahwinan kami, aku x pernah berpisah sejauh ini dengan suami... Sebelum ni kami selalu bersama-sama dalam membesarkan anak kami... kini, aku keseorangan.... moga aku tabah !!

Yee... aku memang x kuat ! aku memang x kuat ! Setiap kali aku ingatkan suami, harus aku nangis dan bila aku pandang anak aku, aku trpaksa tahan emosi aku... aku kena kuat kan diri juga untuk anak kami !

Walaupun ramai diluar sana juga yang berpisah jauh dengan suami mereka..contoh terdekat kakak aku yang jauh di Sarawak manakala suami dia di JB... ramai di luar sana suami merantau atau isteri merantau jauh di luar negeri/negara... tapi, itu bukan persoalan nye... jangan persoalkan kenapa aku x sekuat mereka?? jangan persoalkan dan jangan samakan aku dengan mereka... sebab aku adalah aku yang terlalu menyayangi suami dan anak aku... cuba mengerti itu...

YA ALLAH, KAU permudahkan lah urusan kami, kasihanilah kami.. KAU bantulah kami, Jauhkanlah kami dari segala kejahatan...Berilah kesihatan dan keselamatan yang sempurna untuk suami ku... Berilah perlindungan kepadanya... kerana aku teramat sayang dan cintakan dia...

.... Aku akan menanti kepulangan suami tercinta dengan sabar... sememangnya tempat sebaik-baik isteri adalah di sisi suami... tetapi, keadaan tidak mengizinkan...

...dalam kerinduan terubat dengan kehadiran Dhia Raudhah...

Ya ALLAH... hanya kepada-Mu sahaja aku brmohon. AMIN.

Perkahwinan Jarak Jauh~

0 comments
Kalau percintaan jarak-jauh tu memang biasa la kan kita dengar. Tetapi, tahukah anda, hubungan perkahwinan jarak-jauh pun ada juga berlaku. Perkara ini boleh terjadi samada suami atau isteri yang bekerja di berlainan negeri. Ataupun ada juga sesetengah kes di mana isteri bekerja di Malaysia tetapi suami sedang masih meneruskan pelajaran di luar negara. Ataupun yang disebaliknya.

Walaupun benua yang memisahkan mereka, tetapi perasaan cinta dan kekuatan jodoh tidak mampu memisahkan hati mereka. Cewah, macam berpuisi la pulak kan ;-)

Ok, berikut saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan jika anda berada dalam situasi seperti ini. Memang ada sesetengah pasangan yang walaupun telah berkahwin, mereka terpaksa juga tinggal berjauhan oleh kerena tuntutan kerjaya.

Berikut adalah tips-tipsnya demi menjaga hubungan jarak-jauh anda:-

TIPS 1: Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari-hari! Ya, setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit hanfon anda tu untuk telefon pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘good night’ pun sudah mamadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk siapa yang akan hubungi siapa dulu.

TIPS 2: Gunakan Facebook, YM Messenger atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma saja, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasangan.

TIPS 3: Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum, jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali.

TIPS 4: Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat, Allah sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan anda akan tahu juga akhirnya.

TIPS 5: Kerapkan lah anda berdua saling ber-SMS. Tak perlulah sampai setiap jam anda menghantar SMS kepada dia. Mungkin anda boleh SMS tiap kali bangun tidur sekali, waktu petang sekali dan waktu malam sekali.

TIPS 6: Anda boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing. Apa yang perlu anda ada ialah hanyalah sebuah webcam yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai-kedai komputer dan perisian Skype. Yang best nya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara percuma dan perisian ini pun adalah percuma sahaja.

TIPS 7: Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan anda turut akan mempercayai anda jua.

Itulah dia beberapa tips yang boleh anda amalkan bagi menjaga hubungan perkahwinan jarak-jauh.

Sebenarnya dengan adanya pelbagai teknologi masakini seperti Facebook, email, chatting, anda mampu mengekalkan hubungan perkahwinan anda berdua walaupun terpaksa berjauhan. Tetapi adalah sangat dinasihatkan agar anda cubalah juga cari jalan bagaimana anda boleh tinggal sebumbung.

Friday, February 17, 2012

Swimming

0 comments


INI LAH WAJAH KERIANGAN ANAK SAYA TIME SWIMMING~ HIHI... SANGAT GEDIKZ KANNN... AHAKZ...


Cuti mr.hubby teramat laa banyak bulan ni sampai x tahu mana lg nk di tuju... hihi... then kami decide nk bwk baby mandi kt swimming pool kat Wonderland (BP)... tempatnye agak exclusive, tp msuk x mahal okey !! masuk FREE... cuma nk mandi je la kne bayar. Dewasa - RM10, kanak-kanak - RM5, Bayi - 6 tahun : FREE.... warga emas? owh no... ade ke wrga emas nk mandi swimming pool...hehhe.. Free kot.. :-p

mr.hubby ngn anak kesayangan kami, Dhia ni je yg mandi...mama nye juz jd photographer... hehe.. lain kali baru join mandi manda ni..

Makkk aiii... Dhia punye swimming suit + pelampung comel die mahalnye lahhh...tp x pe, untuk anak kesayangan apa pon x jd masalah !!

Thankz a lot to mr.hubby coz byk amik cuti time wife tercinta nye cuti sem.. heheh..Dhia sangat HAPPY dpt swimming2 ni haa... nak g lg laa tu...

Ok kwn2... sape yg dtg ke BP, jgn lupa bwk anak-anak atau sedara mara ke Swimming Pool Wonderland...bukan saje ade swimming pool, dilengkapi juga dgn kafe yg exclusive dan karaoke yg mantappp....

Sekian sahaja dr saya....

MemBacA

1 comments

Muhasabah Diri

|
|
|
|
|

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."



|
|
|
|
|

Semai MINAT MEMBACA dalam DIRI SENDIRI

Thursday, February 16, 2012

:: Ibu Mithali + Isteri Sejati ::

0 comments
Ibu mithali adalah satu gelaran yang mulia dan tahap yang paling tinggi yang boleh di capai oleh para ibu yang mengikut segala suruhan Allah dan Rasulnya dengan seikhlas hatinya dan sanggup mengorbankan dirinya untuk mendidik, menghasilkan anak-anak yang soleh dan solehah. Bukan anugerah dan kata-kata pujian dari manusia yang di harapkan tetapi keredhaan dari Allah itulah yang paling utama.



Ibu Adalah Pendidik


Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :

* Berdoa memohon keredhaan Allah
* Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
* Membersihkan hati dan pemikiran
* Membina kebahagiaan secara proaktif
* Mendidik diri sendiri
* Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
* Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
* Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga
* Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
* Pembangunan fizikal dan kesihatan
* Muhasabah diri

Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, anda patut bangga. Namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi, ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.

Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu:

- Positif Terhadap Perubahan
- Positif Terhadap Diri Sendiri
- Positif Terhadap Kepimpinan
- Positif Terhadap Masalah
- Positif Terhadap Orang Lain
- Positif Terhadap Keadaan Emosi
- Positif Terhadap Idea Kreatif
- Positif Terhadap Membuat Keputusan
- Positif Terhadap Qada Dan Qadar

Antara petua untuk menjadi ibu mithali:


> Analisis diri daripada pandangan anak
> Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
> Bercakap benar
> Kotakan kata-kata
> Didik anak mengenai kemahiran sosial
> Gunakan masa jitu untuk mengajar
> Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
> Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
> Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
> Melatih anak berfikir
> Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
> Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
> Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
> Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
> Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
> Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah:


~ Pendidik keluarga
~ Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
~ Penasihat
~ Doktor dan jururawat
~ Mendisiplinkan anak-anak
~ Kawan atau sahabat
~ Penyelesai masalah
~ Merangsang perkembangan mental anak-anak
~ Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
~ Model pada anak-anak
~ Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
~ Mengawal ekonomi rumah tanggaMenjaga harta suami dan keluarga

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu:


# Ibu menyerlahkan keunikan sendiri
# Tidak berebut kuasa dengan anak-anak
# Memahami teknik memuji dan mengkritik anak
# Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak
# Mendidik anak berdikari
# Mempunyai nilai diri tinggi
# Bersedia meminta maaf daripada anak-anak
# Bertindak secara jamaah
# Mengorbankan kepentingan peribadi
# Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan
# Meneroka dan merangsang potensi anak
# Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan
# Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.

Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi "ibu mithali, isteri sejati".


Harapan saya pada para ibu dan isteri di luar sana juga ingatan utk diri saya sendiri, jadilah IBU MITHALI kepada anak-anak, kelak mereka yang akan mendoakan kita sewaktu kita di alam sana... dan jadilah ISTERI MITHALI kepada suami untuk menjamin Syurga ALLAH....
Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template