Thursday, January 19, 2012

~Bodoh Sombong~


Salam sejahtera pembaca budiman,

Bodoh sombong. Ada antara kita sudah tahu maknanya. Untuk mereka yang masih samar dengan maksud bodoh sombong, ini saya ceritakan serba sedikit. Secara ringkas, bodoh sombong ini menunjukkan orang yang tidak mahu belajar dan tidak mahu diajar jika tidak tahu tentang sesuatu perkara. Dia sahaja yang betul dan ego yang tinggi menyebabkan seseorang itu jadi begini.

question.jpgBanyak orang kita jadi begini sebab utamanya adalah ego. Kalau belajar dan bertanya kepada seseorang dikatakan kolot dan selalu rakan-rakan akan ketawakan. Tetapi sedarlah, malu bertanya sesat jalan. Artikel kali ini sebenarnya saya ingin tekankan kepada budaya rajin bertanya di kalangan masyarakat Malaysia. Ramai orang bercerita orang Malaysia malas bertanya jika ada sesuatu masalah terutamanya pelajar. Biar tidak faham asalkan tidak bertanya. Satu budaya yang pelik dan hakikatnya memang terjadi.

Tetapi, saya amat berbangga dengan sesetengah masyarakat yang sanggup bertanya walaupun perkara yang kecil. Sebab, bagi saya masalah yang kecil itulah pembuka jalan untuk menyelesaikan masalah yang besar. Ambil sahaja contoh pelayar internet yang mempunyai masalah tentang komputer. Sering kali saya menerima SMS menanyakan soalan mengenai komputer walaupun saya tidak begitu pakar dalam komputer. Saya sedaya upaya membantu sedaya upaya. Banyak soalan dikemukan kepada saya dan saya lihat satu budaya rakyat kita yang memang mahukan jawapan kepada masalah dan inisiatif yang ditunjukkan saya memang kagumi.

Ruangan forum di internet adalah sumber utama untuk mencari jawapan. Selain serach engine seperti Google dan Yahoo yang memberikan kita jutaan maklumat, forum rasanya lebih dekat dihati kerana seolah-olah kita berhadapan dengan komuniti sendiri. Gunakan sebaik mungkin ruangan forum dan saya amat percaya ahli forum sedia membantu anda dari pelbagai aspek. Perlu diingat, ruangan forum bukan untuk mempromosi skim-skim cepat kayap dan karut-marut lain tetapi ruangan perbincangan masalah dan pertukaran maklumat.

Kesimpulannya, jika seseorang menanyakan soalan kepada kita. Jangan sombong untuk membantu. Jika kita tidak dapat menjawab 100% masalah tersebut, berikan jalan kepadanya seperti maklumat dari Internet. Secara tidak langsung kita dapat maklumat berguna mengenai sesuatu masalah. Kita juga turut serta mencari maklumat mengenai masalah tersebut. Jadi win-win situation.

p/s: Bersatu teguh, bercerai roboh.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template