Tuesday, January 31, 2012

I LOVE HER

1 comments


CANTIK TAK KAWAN BAIK SAYA???

WHY I LOVE HER?? HEHE... NI LAH KAWAN BAIK SAYA DARI DARJAH 1 SEHINGGA SEKARANG. JADI, X SALAH LAH SAYA SAYANG DIA.

Nama dia AISHAH BINTI IDRIS, sudah BERKAHWIN dan mempunyai SEORANG PUTERA yang bernama Danish... Macam SINGLE lg kan... hehe.. maintain dan makin cun !

Banyak sgt kenangan manis dan pahit with her... dan ternyata kami sentiasa bersama-sama melalui nye...

Ingat lagi bile dia nangis, saya pon akan ikot nangis... die ketawa of course laa saya ketawa... tp, ade 1 bende saya x nk ikot die... iaitu : DIA BUNUH CICAK THEN DIE BELAH-BELAH CICAK tu !! heeee.... hahahaha....

Oh yee..lupa nk bgtahu nama samaran die kat skolah yg paling GLAMOUR ialah BOTAK...tp, die x botak... tp ade sbb nape dak-dak laki time skola agama pnggil gelaran tu...

Ingat lagi time kami dah agak remaja... hehe.. 15 tahun remaja ke? kami ke mall (THE SUMMIT) jalan kaki dengan bwk RM2 jee...setakat nk main GAME DAYTONA... HAHAHa... suka btol... tp, x lama tu ktorg advance skit NAIK BASIKAL... hihi...

Ingat lagi mak ayah aku lik perak, aku x ikot, aku tido umah die..hehe..die masak kan aku Nugget tp siap pegang pinggan takot minyak merecik muka...kahkahkah... agk2 skrg mcm tu lagi x ea? :-p

Kalo kt sekolah agama, ktorg laa yg paling suka wat hal...memandangkan ktorg pengaruh kuat, jd x de nye ktorg di buli orang.,..ktorg yg buli org...dia ni pengawas, tp, baikkkk punye pengawas la... hahah...

Pernah kami berdua terkurung dalam TOILET...rasa nk nanges...gelabah laaa pintu x leh bkk dr dalam... pulak tu x de yg nk masuk toilet tu sbb ingtkn tertutup sbb rosak..ape lg, ktorg PANJAT TANGGA jenguk toilet laki, masa tu x pnh terlintas di fikiran ape dak laki wat dlm bilik air... ahhaha... fuhHh...akhirnye ade yg sudi mmbantu bkk pintu dr luar... kehkehkeh...

Belom lg kes kne denda kat skolah menengah, kes ponteng, kes gaduh...semua kami lalui bersama... x pernah kami abaikan antara satu sama lain...

...NOW... kami masing2 dah ada kehidupan sndiri..masing2 dah berkahwin dan mempunyai anak... ALHAMDULILLAH persahabatan kami masih berterusan dan moga2 PERSAHABATAN KITA BERDUA KEKAL KE AKHIR HAYAT.... LOVE MY BFF so MUCHhhh !!

CNY Holiday_Melaka

0 comments
24 Januari 2012


SAYA SAYANG ANAK SAYA SANGAT-SANGAT


Alhamdulillah selesai percutian saya dan family mertua saya di Mersing, kini giliran saya bercuti bersama family saya. Hehe.. siap ikot turn. Kami berholiday di Melaka, 1st place ktorang g berkelah di Pantai Puteri. Saya juga tidak berkesempatan utk mandi pantai memandangkan Dhia masih kecik n kne jaga die yg skrg semakin aktif ni...


Suasana kat Pantai Puteri aman je, cuaca pon agak cerah dan sesuaii sgt tuk berkelah, mmg byk laa family lain dtg utk berkelah, macam2 ragam dan aksi mereka, ade yang berkelah bawak durian lg...wow...sedapPp... ade sang ibu yang menyusukan anak sambil baring dan tertido...adoyy... betul2 slumber laaa makcik tuh... then ragam kanak2 yg merengek nk mndi pantai dan x lupe juga ragam adik2 saya yang main air smpai habis seluar jeans die penuh pasir.. yang bersihkan saya gak !! sabar aje...

Thankz my mom coz masak2 tuk perkelahan ni. Selepas berkelah di pantai Puteri, kami nk ke banda Hilir... Dhia masih dengan ligatnye dlm kereta, x nk tdo...excited agknye sbb berjalan2...

MY FAMILY...MY SOUL...



Jalan agak sesak sbb cuti kan, then ramai laa pengunjung dan pelancong yg ke Melaka bandaraya Bersejarah ni. Hmmm... kami sesat okey !! rasa nye 3-4 kali ktorg dok pusing2 jalan yang sama... my dad bengang jee asyik termasuk lorong jalan yg salah...ktorg asyik termasuk ke kawasan JONKER WALK... situ terasnagat laaa JAMMED !!

Rasa nye agak lebih 1 jam kami sesat utk ke Banda Hilir... hihi..GPS ayah pon x btol ade kee bg direction salah, yg one way die buat two way... eh, sukati jek... pening!~pening!~!!

Sampai di Banda Hilir, x de shopping ape pon... MAHAL OKEY !! dah nye susah nk tawar... ape aje laa peniaga2 ni... dgn org Melayu x leh tawar, kalo ngn org asing, ng mat saleh ke leh jee di tawar2kan...mgkin dok penangan mata biru hijau nye laaa kot... hahaha...

Jalan- jalan smpai kee ke A-Famosa...suka laa adik bongsu aku tu g tmpat2 bersejarah...cian mak ayah sampai sakit kaki dok berjalan... mr.hubby yg kepenatan mendukung si kecik Dhia Raudhah...alahaiii anak mama ni, bile nk pandai jalan ni.... cian ayah awk tu...mama x larat nk dukung memanjang, mau patah pinggang mama ni...

Sekejap je masa berlalu... perut pon dh lapar balik... kami singgah makan ikan bakar...TQ hubby coz blanje family mertua awk ni... hehhe....

Okeylaa, kpd kawan2 yg masih berholiday selamat berholiday...x lupa juga selamat berhoneymoon tuk pasangan2 pengantin yg baru bernikah...

CNY Holiday_Mersing

0 comments


Lama sangat saya x update blog saya, CNY pon dah seminggu berlalu. Al-maklumlah saya teramat lah busy mengalahkan PM kite.. hehe..

Kawan-kawan holiday CNY di mana yee?? mesti best holiday sama ng family kan. Alhamdulillah saya juga spt anda smua dpt juga berholiday with family mertua saya di Mersing.

Disebabkan mr.hubby keje, jd kami x dpt la tdo sana, kami bertolak seawal jam 4 pagi dan smpai di La Bella Resort pada jam 8.00 pg.. Perjalanan kami dipermudahkan ALLAH walaupun hujan sangat lebat dan mr.hubby x tahu jalan ke Mersing selain melalui jalan lama yg agak bahaya dan belok-belok...

Hehehe...walaupun smpai di Mersing saya x merasa mandi manda with anak-anak sedara saya, tp, saya tetap enjoy...kakak-kakak ipar saya masak2 dan ktorg berkelah... yang paling happy rasa nye DHIA RAUDHAH puteri saya tu... tahu x, die x tdo dari start bertolak smpai laaa kami balik kul 6ptg dari Mersing..MasyaALLAH..risaw juga laaa baby ni nape laaa x nk tdo..rupanye nk main air... hikhikhik...

Thankz a lot to mr.hubby yang ajak wife tercinta nye dan puteri tersayang nye holiday-holiday... hehhee... LOVE U SO MUCH


TENGOK ANTARA RAMAI-RAMAI SIAPA YANG PALING CERIA !!


okeylah... next entry CNY Holiday di Melaka pula :-)

Thursday, January 19, 2012

~Bodoh Sombong~

0 comments
Salam sejahtera pembaca budiman,

Bodoh sombong. Ada antara kita sudah tahu maknanya. Untuk mereka yang masih samar dengan maksud bodoh sombong, ini saya ceritakan serba sedikit. Secara ringkas, bodoh sombong ini menunjukkan orang yang tidak mahu belajar dan tidak mahu diajar jika tidak tahu tentang sesuatu perkara. Dia sahaja yang betul dan ego yang tinggi menyebabkan seseorang itu jadi begini.

question.jpgBanyak orang kita jadi begini sebab utamanya adalah ego. Kalau belajar dan bertanya kepada seseorang dikatakan kolot dan selalu rakan-rakan akan ketawakan. Tetapi sedarlah, malu bertanya sesat jalan. Artikel kali ini sebenarnya saya ingin tekankan kepada budaya rajin bertanya di kalangan masyarakat Malaysia. Ramai orang bercerita orang Malaysia malas bertanya jika ada sesuatu masalah terutamanya pelajar. Biar tidak faham asalkan tidak bertanya. Satu budaya yang pelik dan hakikatnya memang terjadi.

Tetapi, saya amat berbangga dengan sesetengah masyarakat yang sanggup bertanya walaupun perkara yang kecil. Sebab, bagi saya masalah yang kecil itulah pembuka jalan untuk menyelesaikan masalah yang besar. Ambil sahaja contoh pelayar internet yang mempunyai masalah tentang komputer. Sering kali saya menerima SMS menanyakan soalan mengenai komputer walaupun saya tidak begitu pakar dalam komputer. Saya sedaya upaya membantu sedaya upaya. Banyak soalan dikemukan kepada saya dan saya lihat satu budaya rakyat kita yang memang mahukan jawapan kepada masalah dan inisiatif yang ditunjukkan saya memang kagumi.

Ruangan forum di internet adalah sumber utama untuk mencari jawapan. Selain serach engine seperti Google dan Yahoo yang memberikan kita jutaan maklumat, forum rasanya lebih dekat dihati kerana seolah-olah kita berhadapan dengan komuniti sendiri. Gunakan sebaik mungkin ruangan forum dan saya amat percaya ahli forum sedia membantu anda dari pelbagai aspek. Perlu diingat, ruangan forum bukan untuk mempromosi skim-skim cepat kayap dan karut-marut lain tetapi ruangan perbincangan masalah dan pertukaran maklumat.

Kesimpulannya, jika seseorang menanyakan soalan kepada kita. Jangan sombong untuk membantu. Jika kita tidak dapat menjawab 100% masalah tersebut, berikan jalan kepadanya seperti maklumat dari Internet. Secara tidak langsung kita dapat maklumat berguna mengenai sesuatu masalah. Kita juga turut serta mencari maklumat mengenai masalah tersebut. Jadi win-win situation.

p/s: Bersatu teguh, bercerai roboh.

19 Sikap Melampaui Batas

0 comments
Hayatilah 19 sikap yang melampaui batas dan penyebab perselisihan faham/masalah di tempat kerja:

*Bongkak (The Cut-Tou-Downer)
Angkuh,tidak bertmbang rasa,memperkecilkan orang lain,menganggap dirinya selalu benar,merendahkan martabat orang lain,berkuasa,menyakitkan hati,mengkritik,tidak menghormati orang lain,membuat tipu helah,mencari kesilapan orang lain.

* Mulut Murai (The Chatterbox)
terlalu banyak bercakap,jahil,menaikkan kemarahan orang lain,kagum dengan diri sendiri,tidak menghormati orang lain dan membosankan.

*Kecil Jangan Disangka Anak,Besar Jangan Disangka Bapa (The Silent But Deadly Volcano)
Tidak stabil,tidak berkomunikasi dengan orang lain,berkonspirasi,terlalu memilih,sering membuat kesilapan,tidak boleh dipercayai,tidak rasional,bersifat marah,bertindak di luar kawalan

*Mengumpat (The Gossip)
Membuka rahsia orang lain,sering mencari silap orang lain,sering melakukan kesilapan,mudah menjatuhkan hukuman ke atas kesilapan orang lain,hipokrit,sering melukakan hati,menganggap diri selalu di pihak yang benar,berfikiran cetek,sering mengeluarkan kata-kata yang�pedas,mengkritik,suka campur tangan urusan orang lain

*Talam Dua Muka/Menikam Dari Belakang (The Smiling Two-Faced Backstabber)
Mengada-adakan cerita,licik,perahsia,tidak jujur,suka menggoda,mensabotaj,pentingkaan diri sendiri,palsu,hipokrit,cetek pemikiran,pengecut,tidak boleh dipercayai dan penipu

*Mengambil Kesempatan (The Opportunistic User)
Pentingkan diri sendiri,suka campur tangan,memanipulasi,tidak setia,tidak menghargai,membuat tipu helah,mempunyai keyakinan yang teguh dan suka menggoda

*Tidak Bersungguh-Sungguh/Tidak Serius (The Jokester)
Suka mengacau,tidak selamat,lemah,berperangai yang menimbulkan rasa meluat,tidak serius,pentingkan diri sendiri,menyakitkan hati,kasar,terdesak untuk mendapatkan perhatian,berfikiran singkat,tidak menghormati dan bercakap dengan nada yang tinggi

*Mulut Jahat,Mengarah dan Membuli (The Bitchy,Bossy Bully)
Mendera,menentang,berkuasa tidak terkawal,marah,suka bertelagah,keras,menolak,kurang ajar,berleter,meminta di luar kemampuan,cepat meradang,tidak rasional,suka melakukan penyeksaan,kejam,payah membantah,sombong,mengugut,mencari kesilapan orang lain,mendesak,menyakitkan hati,mengancam,cepat berubah,bongkak dan keras kepala.

*Menghadapi Masalah Mental (The Mental Case)
Tidak stabil,mudah beremosi atau tidak beremosi,tidak boleh dipercayai,cepat berubah,sukar dijangka,tidak terkawal,mendera,bertelagah,kasar,sedih,paranoid,payah,keras,gopoh,membenci,tidak siuman dan tidak rasional

*Suka Mencampuri Urusan Orang Lain (The Meddler)
bersifat ceroboh,suka menghukum,menguasai,menghasut,menganggap dirinya benar,cemburu,memalukan,berlidah tajam,suka bertanya,menyampuk,kurang ajar,mengganggu dan campur tangan.

*Orang ynag Berkata "Ya" (The Yes Person)
Suka melihat orang lain gembira,menjauhi perbalahan,berkata "ya" tanpa berfikir,menunjukkan tindak balas yang cepat tanpa berfikir,menunjukkan tindak balas yang cepat tanpa berfikir kesannya,terlalu mengikut hati tanpa memikirkan dirinya sendiri.

*Aku,Diriku & Bangga Dengan Diriku (The Me,Myself And I Narcissist)
Pentingkan diri sendiri,bersifat angkuh,berfikiran singkat,bongkak,membosankan,hanya memikirkan kepentingan dirinya sahaja dan suka menunjuk-nunjuk

*Pasti Dengan Kebenaran Sendiri (The Self-Righteous Priss)
Pentingkan diri sendiri,pasti dengan kebenaran sendiri,sombong,mencari kesilapan orang lain,tidak mesra atau suka mengasingkan diri,bermusuhan,ego,suka menghakimi,tidak mudah berkawan,menolak,kasar dan kurang ajar

*Sangat Sombong (The Snooty Snob)
Berlagak,pasti dengan kebenaran sendiri,sombong,mencari kesilapan orang lain,tidak mesra atau suka mengasingkan diri,bermusuhan,ego,suka menghakimi,tidak mudah berkawan,menolak,kasar dan kurang ajar

*Suka Bersaing (The Competitor)
Bersifat menimbulkan kemarahan,tiada ketakutan,berperangai yang menimbulkan perasaan meluat,gangguan fikiran,mudah tersinggung,mendesak,agresif,bersifat marah,mudah tercabar,suka berkonfrontasi dan suka mencari gaduh

*Orang Yang Suka Merungut (The Whiner)
Berasakan dirinya tidak dibantu,dikuasai oleh perasaan berlakunya ketidakadilan di dunia,mahukan kesempurnaan mengikut standard dirinya dan tiada orang yang menepati standardnya,suka menceritakan masalah dirinya kepada orang lain,tetapi sering memberikan penyelesaian yang tidak disukai oleh orang lain dan menambah lagi rungutannya.

*Mencari Kesalahan Dengan Mengkritik (The Accusing Critic)
Suka mengadu,mencari kesilapan orang lain,berteus terang,sempit fikiran,tidak puas hati dan mahukan kesempurnaan dalam segalanya

*Berlagak Serba Tahu (The Arrogant Know-It-All)
Berlagak serba tahu,konfrontasi,orang yang bertindak secara licik,bersifat menghakimi,pasti dengan kebenarannya sendiri,banyak bercakap,mengkritik,rendah tahap kesabaran pada kebenaran dan berlawanan

*Menghasut (The Instigator)
Mensabotaj,mengganggu,menyakitkan hati,cemburu,tidak bersemangat atau lemah,memanipulasi,sering mendatangkan masalah dan menipu.

Ronald Story Time

0 comments
Salam 1 Malaysia

Enty kali ni saya juz nk share ttg my 1st day working as a part time at McD.. actually mmg b4 this kje mcd pon, tp, terasa mcm 1st time sbb dh lama x kje...hehehe... 1st day kne handle Ronald.. kebetulan ade Ronald tour, mmg dtg tuk celebrate mcd anniversary yg ke-16 tahun... hihih..

Alamak, saya ni mne laa cukup pengalaman bab nk handle2 org ternama ni.. Alhmdulillah selamat kehadiran Abg saii (manager mcd bp2) mmbantu aku + team2 mcd lain... paling tidak decoration abg saii setelkan.. then, byk laa mmbantu... hihi...

Ni bukan laa kali pertama saya jumpa mr.ronald ni.. ni dh msuk 3rd time.. baru 3 je kot~ tp, ni mr.ronald yg baru... sebelum ni mr.ronald x laa sefasih ckp in malay mcm yg skrg ni... hihi...kali ni terror ckp malay, so, x de hal sgt laa bab nk borak tu...

ok ok... x nk dh cite pnjang lebar... ha... ni juz share picture time event Ronald Story time... take a look... jgn jeles~ heheh

Saturday, January 14, 2012

HALAGEL – Minyak Kelapa Dara

0 comments


THINK HALAL, THINK HALAGEL!

Halagel (M) Sdn Bhd is the sole importer, manufacturer and distributor for Halal food & pharmaceutical grade gelatine, Halal empty hard gelatine capsules and Halal gelatine softgels for Malaysia & South East Asia markets.

Halagel® Virgin Coconut Oil

Virgin Coconut Oil contains high and various nutrition and made from 100% pure organic coconut and free cholesterol. Nowadays, Virgin Coconut Oil is very popular as medium for healthy body, and medicinal treatment for various health problem.



Virgin Coconut Oil is rich of lauric acid, which is “medium chain fatty acid” as an additional function. It’s very important to help monolaurin (anti viral, anti bacteria and anti protozal) inside the human body.

Virgin Coconut oil can only be achieved by using fresh coconut meat or what is called non-copra. There are no chemicals and high heating used in further refining, since the natural, pure coconut oil is very stable with a shelf life of several years.

Benefits Of Virgin Coconut Oil
* To help reduce risk of cancer.
* To help prevent bacteria, viral, fungal & parasite infections
* To help control diabetes
* To help supply important nutrients to body
* Keep skin soft & smooth
* To help prevent osteoporosis
* To help promote loss of excess weight by increasing metabolism
* Natural anti oxidant

Each Halagel® Softgel contains 500 mg of Virgin Coconut oil. The outer shell of each Halagel® softgel is made from HALAGEL® gelatin, certified Halal by JAKIM.

*** sesiapa yg belum dapat kan ini, cepattt !! dapatkan di mana-mana kedai yang menjual product Halagel ini... Selain daripada membantu kecantikan dalaman dan luaran, ia juga adalah HALAL~

COLLAGEN RENEW 20 PLUS 5000 MG

0 comments


Collagen Renew 20 Plus 5000 MG
HARGA RM49.00/10 sachet


FUNGSI COLLAGEN

Menghaluskan kulit
Menegangkan kulit
Menghilangkan garis-garis halus pada kulit
Menggebukan kulit
Menghilangkan jeragat


L Gluthione
mencerahkan kulit mencantikkan menghaluskan dan mampu menghilang jeragat.

Aloe vera
melicinkan menyihatkan melembapkan kulit dan menyihatkan kuku dan rambut.

Lobata

menganjalkan menaikkan punggung dan payudara, menegangkan struktur kulit dan menaikkan seri wajah.

Serapat
membaik pulih otot-otot dalaman wanita menghilangkan keputihan dan menyihatkan rahim wanita khususnya bagi wanita yang baru lepas bersalin.

CARA PEMAKANAN COLLAGEN RENEW 20PLUS:


Hanya diambil sekali sahaja dalam sehari.
Diminum setiap pagi sebelum makan.
Dibancuh dengan air sejuk sebanyak 250 ml.

**** Kepada kawan-kawan, cubalah product ni, insyaALLAH sgt membantu untuk anda menjadi cantik dan sentiasa disayangi suami tercinta... saya dah cuba, alhmdulillah berkesan dan saya akan terus gunakan product ni utk kecantikan dalaman dan luaran...

Kenapa kita Melahirkan Anak ???

0 comments
Keindahan sebuah perkahwinan sering digambarkan oleh setiap pasangan yang bakal berumah tangga. Ia bukan sahaja menggambarkan keseronokan menjadi isteri atau suami, perkahwinan itu juga sebagai mengerat kasih saya mereka selama ini.

Di samping itu, pasangan juga inginkan anak yang ramai sebagai penyambung zuriat. Adakah anda tahu tujuan sebenar melahirkan zuriat.

Antara tujuan mengapa kita wajar melahirkan zuriat :

1. Amanah – anak ialah amanah Allah yang perlu dipelihara dengan sempurna dan dilunaskan segala keperluannya sehingga baligh bagi lelaki dan berkahwin bagi perempuan.

2. Tanggungjawab – anak bertanggungjawab menghormati ibu bapa dan menjaga ibu bapa yang sudah tua. Ini ialah harapan setiap pasangan. Ketika usia meniti senja mereka perlukan belaian dan kasih sayang orang yang hampir dengan mereka, misalnya anak-anak.

3. Penawar – anak sebagai cara meleraikan kekusutan perhubungan suami isteri yang bermasalah atau mengeratkan perhubungan yang renggang.

4. Keseronokan – kehadiran bayi dalam sebuah rumah tangga ialah sebagai pengerat kasih sayang pasangan.

5. Keturunan – anak bukan sahaja penyambung keturunan, sebaliknya anak ialah pembela nasib ibu bapa. Di samping itu, anak bakal mewarisi harta atau hutang yang kita tinggalkan.

6. Bukti Kesuburan Suami Isteri – kelahiran anak sebagai bukti pasangan mampu melahirkan zuriat iaitu tidak mandul.

7. Penyambung – anak adalah penyambung hasrat ibu bapa yang selama ini tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, ingin menjadikan seorang yang berjaya atau berpelajaran tinggi. Tetapi hasrat itu tidak tercapai kerana pelbagai faktor, misalnya kemiskinan. Dengan lahirnya anak, mereka berhasrat ingin jadikan anak ini sebagai penyambung keinginan mereka. Jadi, mereka berusaha mendidik anak ini agar mampu menyampaikan hasrat mereka selama ini.

8. Pembantu – anak boleh membantu ibu bapa ketika susah misalnya sakit atau membantu tugas ibu bapa mencari nafkah.

DENGKI

0 comments
Assalamualaikum

Entry kali ni nk berkongsi cerita ttg Hasad DENGKI... korang mesti pernah melalui kes dengki mendengki ni kan?? sakit hati kan... tp, lumrah alam manusia semua x perfect dan pasti ada antara nye dengki ngn sengaja atau tanpa sengaja...kemungkinan kite diri sndiri juga mmpunyai perasaan dengki... Namun, kte kne laaa tahu dengki kte tu sejauh mana kebaikan or keburukan nye samada pada diri kte atau org lain.

Baiklah dengki tu dtg nye dari org yg kita tak kenal..tapi bukanla dari org yg kite kenal x kira la kawan or sedara kan, x laa touching or terasa hati... tp tu laa hati masing2 kita bkan kenal sepenuhnya kan.. kadang2 mmg susah nak menilai hati seseorang tuh.. cuma kita je kena jaga hati kita sendiri.. hindarkan perkara atau niat yg tak baik...

Di dalam kita mengharungi mehnah perjuangan, namun sudah pasti kita akan mengharungi seribu kepahitan dan keupayaan, justeru itu dengan berbekal keimanan dan ketaqwaan yang utuh sudah pastinya kita dapat melayari kehidupan dengan penuh ketenangan. Seandainya kesukaran dan kepayahan sentiasa bertamu di dalam, buktikan kekuatan yang sentiasa bersama kita.

Jangan kamu melawan hukum alam kerana hukum alam itu begitu berkuasa, namun kuasailah ia, gunakanlah ia, apabila kita dah mampu guna ia alihkan haluan ia dan gabungkan segala elemen yang ada, selepas itu nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu perolehi tidak lama lagi…..

Buat renungan kita bersama……….

FAKTOR YANG MENYEBABKAN HASAD DENGKI


Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan sebab-sebab yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.

1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian

Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.

Pendekkata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan.

2) Merasa Diri Mulia

Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap takabbur terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

3) Takabbur

Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan memperhambakan seseorang. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi merelakan kepongahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya, atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.

4) Ujub

Pernah Allah Subhanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa ta’jub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujjah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al-Quran :-

“Bukankah kamu tak lebih dari manusia(biasa) seperti kami juga?”

Dan ungkapan yang berbunyi: “Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?”

Golongan tersebut merasa aneh melihat orang yang Berjaya mendapat pangkat kerasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanuahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.

5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.

6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingnya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan – bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu – telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandinganya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.

7) Busuk Hati

Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehinhamba Allah yang lain. Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kekacauan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.


Fikir2lah... adakah ada dlm hati anda dan sejauh mana kedudukan itu dlm hati anda...Tepuk dada~tanya iman....


Salam

New Lappy

2 comments
Alhamdulillah akhirnya memiliki Laptop baru



Aku memilih ACER 4752g.... biarlah ape org nk kate ttg brand ni, tp, aku rasa ni yg terbaik. Memang keinginan aku tuk beli Sony Vaio, tp, ikut kemampuan laa... x de duit beb. Hehe... Sedih gak sbnrnye coz laptop Acer lama aku tu rosak, sayang laaa sbb dah nk msuk 5 tahun knn...tp, berbaloiii sgt2 gune. Heee... x pe, akan aku simpan buat display kt umah aku nti..ahakz..

Hah, utk sape2 yg mencari laptop baru,... try laa Acer 4752g ni,... ok saya bg detail skit.. :

DESCRIPTION
AS4752G-2452G50

Genuine Windows® 7 Home Premium - Intel Core i5 (i5-2450, 2.50GHz, 3MB) - 2GB DDR3 SDRAM - 500GB Serial ATA - GT610M 1GB - Bluetooth® 4.0 - 1.3M webcam -35.6cm 14' HD LED - 1366 x 768 resolution- 16.9 WXGA - Active Matrix TFT Colour LCD Cine CrystalHD

SPECIFICATIONS

Intel Core i5-2450M Processor @ 2.50GHz
- Windows 7 Home Premium 64 bit
- Nvidia GT 610M 1GB Graphic
- 2GB RAM DDR3 RAM
- 500GB Hard Disk Drive
- 14 HD LED Screen
- DVD Super Multi Layer Drive
- Multi in-1 card reader (SD™, MMC, MS, MS PRO, xD)
- Acer Crystal Eye high-def webcam, 1280 x 1024 resolution, supporting enhanced Acer PrimaLite™ technology
- Acer InviLink™ 802.11b/g Wi-Fi CERTIFIED™
- Bluetooth 4.0
- Gigabit Ethernet, Wake-on-LAN ready
- HDMI™ port with HDCP support
- 1 x USB 3.0 ports , 1 x USB 2.0
- Approx. 2.25kg
- 6 Cell battery
- 3-Year Local limited warranty & 1-year International Traveller Warranty
- Color : Glossy Black / Glossy Blue / Glossy Cooper / Glossy Purple

Hah? ape macam?? menarik kan...

Thankz to NIZAM KAY coz bg pndapat tuk buy new lappy ni... and akhirnye pilih ape yg disarankan.

Okey kwn2... pape pun saya nasihatkan, guna lah laptop anda sebaik2nya dan sayangilah ia... hihi... Salam

Friday, January 13, 2012

ENJOY after EXAM

0 comments
Salam blogger2 sekalian,

Entry kali ni saya juz nk share kenangan manis with my classmate~ we celebrate our last paper + celebrate for the last sem 1...
Memang sangat HAPPY that time. Al-Maklumlah baru habis paper psikologi, hilangkan segala stress ktorg decide tuk main bowling... sebelum tu ktorg celebrate birth Faiz (tp birth boy lak blanje) kt sate Rahmat... sedapPp...

hah...ni antara gambar kenangan kami:

-- Its Makan Time --


-- Birth boy...happy Birthday faiz --


-- Friends Forever --


-- Kawan baik saya --


Mereka ni Pasangan Suami Isteri yg so Sweettt --


-- Walaupun berbaju kurung, tp mereka tetap hebat !! --


-- gelagat mereka...--


-- with half of my classmate yg sporting--


-- Meriah betol nak balik --


Kami semua adalah pemenang game bowling ni... ehhehe...
Ok laa... now dh cuti sem... i will always miss all my friends... take care...see u next sem !! next sem kte bowling agy !

EXAM !!!

0 comments
WahHh...setelah sekian lama x mnduduki peperiksaan, agak berdebar...
Study pon leh tahan struggle nye
Walaupun Master ni final exam hnya laaa around 30-40% tp kne wt yg terbaik..
Mudah2an dpt keputusan yg cemerlang.

Thankz a lot to mmber kelas yg byk mmbantu dlm study group
- erin - mumtaz - wawa - mirul
Next sem kte together2 lg k...
Kejayaan bersama~ amin

Minggu study week ade yg stress ade yg cool...
Susah nye aku nk manage time, al-maklumlah aku now as a wife + mother
Uwaaa...pulak tu dhia x tdo smpai laa subuh, klo dok teman mama study x pe gak, ni dok sebok makan semua my note..hahah..sabar je laaa...
Pape pon bile aku tgok muke ank aku, serius !! hilang terus stress aku.

Akhirnya 4 paper DONE !! Alhmdulillah...moga segala usaha mndapat rahmat dari-Nya. Amin.
Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template