Monday, December 12, 2011

STRESS gugat PERKAHWINAN



.. Entry kali ni juz nk share info + tips.. Credit to: pama online yg byk sgt info menarik yg leh kite baca dan share pd semua...

...................................................................................

Masalah stres di kalangan orang ramai semakin ketara dan membimbangkan. Lihat sahaja di akhbar-akhbar beberapa tahun kebelakangan ini. Ada sahaja kes dera, pembunuhan kejam, bunuh diri dan seribu satu masalah lain telah dilaporkan sehingga kita tertanya-tanya, apakah kemajuan kehidupan menjadi penyebabnya?

Peratus penduduk yang mengalami masalah stres semakin lama semakin bertambah. Hal ini berikutan gaya hidup yang mula berubah terutamanya kos sara hidup yang semakin tinggi. Perkara-perkara ini akhirnya mewujudkan stres yang mengancam kehidupan. Yang dikhuatiri ialah sekiranya stres itu menyerang ibu bapa yang akan dirasai akibatnya oleh anak-anak.

Bayangkan situasi ini. Sepasang suami isteri yang tertekan akibat beban kerja di pejabat pulang ke rumah dengan hati panas kerana terpaksa merentas kesesakan lalu lintas. Sesampai di rumah, kemarahan semakin membara apabila melihat keadaan rumah yang bersepah dan tidak teratur. Apabila ditanya kepada anak-anak, tidak seorang pun mahu mengaku. Akibat hilang sabar, mudah sahaja tangan naik ke tubuh anak-anak.

Tidak cukup dengan itu, sebarang benda yang mudah dicapai akan dijadikan ‘alat penyeksa’ untuk memaksa anak-anak mengaku. Akhirnya anak-anak mengaku. Si suami dan isteri rasa puas. Jika amalan ini berterusan dan menjadi tabiat, kesannya buruk sekali. Dalam masa yang sama, anak-anak sudah menanam dendam. Dendam ini pula akan bercambah dari semasa ke semasa. Lama-kelamaan anak-anak akan rosak akhlaknya akibat membesar dalam persekitaran yang menekan dan negatif.

Sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan tekanan? Tekanan ialah apabila ada unsur-unsur yang mengganggu sesuatu atau seseorang daripada keadaan rehat dan mendatangkan kesan kepada individu terbabit. Kesan ini seterusnya akan merebak kepada individu lain dan persekitaran.

Dalam konteks keibubapaan, apakah yang menyebabkan tekanan kepada mereka? Dr. Brian Scott, seorang pakar psikologi, dalam ceramahnya bertajuk Pengurusan Tekanan untuk ibu bapa telah menggariskan empat penyebab utama tekanan.

1. Perubahan
Sebarang perubahan yang berlaku pada diri seorang seperti perubahan imej atau perubahan pada persekitaran seperti bekerja di tempat baru boleh menyebabkan tekanan.

2. Kekecewaan
Berlaku sesuatu musibah yang menghalang kita mencapai perkara yang dihajati seperti ketiadaan wang menghalang keluarga ataupun sekiranya mengalami kegagalan atau kehilangan.

3. Tekanan
Berlaku apabila penyebab tekanan berlaku sepanjang masa. Dua jenis tekanan adalah tekanan untuk menurut dan tekanan untuk melakukan.

4. Konflik
Tiga jenis konflik asas ialah pendekatan-pendekatan, penolakan-penolakan dan pendekatan dan penolakan.

1. Tekanan dikenali sebagai penyebab penyakit. Didapati, tekanan akan menyebabkan badan tidak lagi mempunyai pertahanan dan mudah terkena penyakit. Unsur yang paling penting untuk mengatasi tekanan adalah melalui rehat. Mengamalkan cara merehatkan tubuh yang betul bukan sahaja dapat diperbaiki tubuh malah mampu menampilkan imej diri yang positif.

2. Terdapat pelbagai cara untuk merehatkan diri dan hal ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu secara informal dan secara formal. Antara yang tergolong dalam teknik informal seperti tidur, melakukan aktiviti regangan, melakukan aktiviti fizikal, melancong, mandi, minum teh dan mendengar muzik.

3. Manakala teknik kedua pula ialah teknik formal. Teknik ini lebih kepada perlakuan yang berikan kesan kepada sistem tubuh secara langsung. Kaedah yang boleh digunakan termasuklah bernafas dalam-dalam, bermeditasi dan urutan kendiri.

**TANGANI STRESS DALAM RUMAHTANGGA DENGAN BIJAK...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template