Monday, December 12, 2011

Bajai SYURGA RUMAHTANGGA

0 comments

“Selamat pengantin baru Semoga kekal sampai ke anak cucu.” Inilah antara kata-kata ucapan yang sering menjadi pilihan setiap kali mengunjungi majlis perkahwinan rakan ataupun saudara mara. Namun, tidak semua perkahwinan kekal selamanya. Banyak yang kecundang di pertengahan. Mengapa?

Kepada yang belum pernah melaluinya, perkahwinan dianggap sebagai syurga. Segala-galanya manis dan indah belaka. Sama seperti ketika sedang hangat bercinta dahulu. Namun, hakikatnya banyak ranjau yang terpaksa ditempuhi setelah sah bergelar suami ataupun isteri. Orang sering berkata cinta itu buta. Tapi sebenarnya, perkahwinan benar-benar membuka mata. Memang masa bercinta dahulu, semua keburukan pasangan anda tidak nampak. Tup,tup lepas sahaja berkahwin, terbukalah segala pekung di dada. Kelemahan dan keburukan terbongkar. Tapi, apa nak dikata, ikatan sudah termeterai. Teruskanlah sahaja dengan seribu tekad di dada, memperbaiki kelemahan diri agar mahligai yang dibina tidak kecundang di tengah jalan.

Dalam zaman yang serba moden ini, perkahwinan juga sudah moden. Berkahwin dan kemudian bercerai sudah menjadi lumrah bagi sesetengah orang. Bahkan ada yang berbangga dengan pencapaian mereka. Mampu kahwin dan berkahwin lagi. Berbeza dengan zaman dahulu, perkahwinan hanyalah sekali. Itulah pasangan sehidup semati, walaupun pada mulanya tanpa persetujuan. Dek kerana tidak mahu menderhaka, kehendak ibu dan ayah terpaksa dituruti. Dan syukurlah, ramai yang mampu bertahan hingga ke akhir hayat.

Berbicara tentang kisah rumah tangga ini, semua orang lebih banyak mendengar cerita yang buruk daripada yang baik. Kisah suami isteri bercerai-berai sudah terlalu biasa didengar. Hinggakan ramai yang malas hendak ambil kisah tentangnya. Namun, pada hakikatnya, kisah inilah yang perlu kita terokai. Cari sebab mengapa perceraian
itu terjadi. Yang buruk jadikan sempadan dan yang baik jadikan teladan. Bagi sesetengah orang, perkataan cerai ini memang boleh meremangkan bulu roma. Begitu jugalah dengan saya. Nauzubillah, minta dijauhkanlah daripada kita semua.

Rumah Tangga Berseri
Agar rumah tangga anda sentiasa berseri dan bercahaya, banyak yang boleh dilakukan. Tahukah anda yang sebenarnya perkahwinan adalah permulaan sebuah kehidupan dan bukannya penamat. Banyak yang perlu anda pelajari apabila telah menjawat jawatan suami ataupun isteri.

Akan tetapi, ramai yang tidak menghiraukannya. Setelah berkahwin dan dapat apa yang dihajatkan, mereka lupa untuk terus membajainya. Segalanya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Akibatnya, hidup berumah tangga semakin membosankan. Jadi, apa lagi? Mulalah ada yang cari makan di luar. Semuanya bermula dengan sikap tidak endah. Menganggap semua perkara mudah.

“You ni, Sara, asyik dengan kawan-kawan saja. Habis suami you kat rumah tu macam mana? Tak marah ke dia,” kata Salina kepada rakan baiknya, semasa mereka berkaraoke dengan rakan-rakan lain. “Alah, tak payah risaulah. Rumah tangga I okey saja. Tak ada apa-apa masalah pun. Hubby I tak pernah bising pun fasal rumah tangga kami. Dia pun tak pernah larang I nak keluar dengan kawan-kawan,” balas Sara.

Rumah tangga seperti inilah yang bahaya wahai Sara. Walaupun perkahwinan anda berada di dalam keadaan yang baik, anda haruslah sentiasa memeriksanya. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Dalam diam-diam, dia “ngap” kita. Jika semasa memeriksa rumah tangga kita, dan didapati ada masalah, segeralah cari jalan untuk mengatasinya. Janganlah tunggu sehingga masalah tersebut menjadi parah. Bahaya! Kalau nasi sudah menjadi bubur, semuanya sudah tidak berguna lagi.

STRESS gugat PERKAHWINAN

0 comments

.. Entry kali ni juz nk share info + tips.. Credit to: pama online yg byk sgt info menarik yg leh kite baca dan share pd semua...

...................................................................................

Masalah stres di kalangan orang ramai semakin ketara dan membimbangkan. Lihat sahaja di akhbar-akhbar beberapa tahun kebelakangan ini. Ada sahaja kes dera, pembunuhan kejam, bunuh diri dan seribu satu masalah lain telah dilaporkan sehingga kita tertanya-tanya, apakah kemajuan kehidupan menjadi penyebabnya?

Peratus penduduk yang mengalami masalah stres semakin lama semakin bertambah. Hal ini berikutan gaya hidup yang mula berubah terutamanya kos sara hidup yang semakin tinggi. Perkara-perkara ini akhirnya mewujudkan stres yang mengancam kehidupan. Yang dikhuatiri ialah sekiranya stres itu menyerang ibu bapa yang akan dirasai akibatnya oleh anak-anak.

Bayangkan situasi ini. Sepasang suami isteri yang tertekan akibat beban kerja di pejabat pulang ke rumah dengan hati panas kerana terpaksa merentas kesesakan lalu lintas. Sesampai di rumah, kemarahan semakin membara apabila melihat keadaan rumah yang bersepah dan tidak teratur. Apabila ditanya kepada anak-anak, tidak seorang pun mahu mengaku. Akibat hilang sabar, mudah sahaja tangan naik ke tubuh anak-anak.

Tidak cukup dengan itu, sebarang benda yang mudah dicapai akan dijadikan ‘alat penyeksa’ untuk memaksa anak-anak mengaku. Akhirnya anak-anak mengaku. Si suami dan isteri rasa puas. Jika amalan ini berterusan dan menjadi tabiat, kesannya buruk sekali. Dalam masa yang sama, anak-anak sudah menanam dendam. Dendam ini pula akan bercambah dari semasa ke semasa. Lama-kelamaan anak-anak akan rosak akhlaknya akibat membesar dalam persekitaran yang menekan dan negatif.

Sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan tekanan? Tekanan ialah apabila ada unsur-unsur yang mengganggu sesuatu atau seseorang daripada keadaan rehat dan mendatangkan kesan kepada individu terbabit. Kesan ini seterusnya akan merebak kepada individu lain dan persekitaran.

Dalam konteks keibubapaan, apakah yang menyebabkan tekanan kepada mereka? Dr. Brian Scott, seorang pakar psikologi, dalam ceramahnya bertajuk Pengurusan Tekanan untuk ibu bapa telah menggariskan empat penyebab utama tekanan.

1. Perubahan
Sebarang perubahan yang berlaku pada diri seorang seperti perubahan imej atau perubahan pada persekitaran seperti bekerja di tempat baru boleh menyebabkan tekanan.

2. Kekecewaan
Berlaku sesuatu musibah yang menghalang kita mencapai perkara yang dihajati seperti ketiadaan wang menghalang keluarga ataupun sekiranya mengalami kegagalan atau kehilangan.

3. Tekanan
Berlaku apabila penyebab tekanan berlaku sepanjang masa. Dua jenis tekanan adalah tekanan untuk menurut dan tekanan untuk melakukan.

4. Konflik
Tiga jenis konflik asas ialah pendekatan-pendekatan, penolakan-penolakan dan pendekatan dan penolakan.

1. Tekanan dikenali sebagai penyebab penyakit. Didapati, tekanan akan menyebabkan badan tidak lagi mempunyai pertahanan dan mudah terkena penyakit. Unsur yang paling penting untuk mengatasi tekanan adalah melalui rehat. Mengamalkan cara merehatkan tubuh yang betul bukan sahaja dapat diperbaiki tubuh malah mampu menampilkan imej diri yang positif.

2. Terdapat pelbagai cara untuk merehatkan diri dan hal ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu secara informal dan secara formal. Antara yang tergolong dalam teknik informal seperti tidur, melakukan aktiviti regangan, melakukan aktiviti fizikal, melancong, mandi, minum teh dan mendengar muzik.

3. Manakala teknik kedua pula ialah teknik formal. Teknik ini lebih kepada perlakuan yang berikan kesan kepada sistem tubuh secara langsung. Kaedah yang boleh digunakan termasuklah bernafas dalam-dalam, bermeditasi dan urutan kendiri.

**TANGANI STRESS DALAM RUMAHTANGGA DENGAN BIJAK...
Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template