Monday, October 31, 2011

...penceraian tu....errr....


Hai kwn2, tetibe hati ni tergerak utk berkongsi tips, pendapat ttg isu PENCERAIAN zaman skrg ni. Alahaii, x sure la kann ade ke x yg baca, tp x pe la...bg yaya blog ni utk melepaskan apa yg terbuku dihati ni... x kesah pon even x de yg baca atau as a silent reader... saya tetap hargai kamu semua :-)

Siapa yg nak kawen then after tu nk cerai?? ade ke org mcm tu? Of course la x de kan.. Dlm Islam pun x mngalakkan pnceraian. namun, dlm dunia realiti ni, kes cerai ni biasa berlaku lg2 dlm kalangan artis, tp, jgn ingat x berlaku dlm kalangan org biasa...

Memang sedih kalau perkara ni berlaku kat diri kita, (mohon dijauhkan)... tp, tu semua diluar jangkaan kte kan. Agak-agaknye penceraian akn brlaku sbb ape?? ape punca??

Tp, kalau perkahwinan itu menyakitkan, baik lepaskan... aku mmg x setuju kalau seseorg individu tu tetap nk mempertahankan perkahwianan nye sedangkan TIADA LAGI CINTA, TIADA PERSEFAHAMAN, TIADA KEJUJURAN, TIADA PERKONGSIAN...etc... kalau mcm tu, perlu ke nk diteruskan perkahwinan tu ye?? YEE !! Aku faham kenapa individu tu nk jugak pertahan kan rumahtangga die sedangkan hati die merana sesorang... sbb satu... TAK NAK STATUS JANDA / DUDA...!! adoiii... zmn skrg ni msih lg ke ade org mengata ttg janda / duda?? nape msti fikir ttg org lain sdgkan diri sndiri merana...sedih...

Aku tahu ramai yg x tahu ttg kes penceraian... ni aku nk share, hope mmbantu.... oh ye, sebelum tu saya nk minta maaf la if ade tersinggung hati mana-mana pihak... Ape-ape pun, saya sebagai wanita tetap akn melindungi hak-hak wanita lagi2 kalau wanita itu diceraikan...

*************************************************************************************

Perceraian, Nafkah dan Harta
(Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Pulau Pinang) 1985 (Pindaan Tahun 1993*)

Syarat-syarat Perceraian


(a) Perkahwinan anda didaftarkan di Malaysia.
(b) Perkahwinan anda mengikut Hukum Syarak.
(c) Permohonan perceraian harus dibuat di negeri tempat anda atau suami anda tinggal.

Jenis Perceraian
Terdapat 4 jenis perceraian yang sering digunakan
:


(i) Taliq
(ii) Fasakh
(iii)Khulu
(iv) Lafaz Talaq
Taliq (Perceraian kerana melanggar perjanjian)

Taliq adalah perjanjian perkahwinan yang dilafazkan oleh suami semasa akad nikah. Jika suami anda melanggar taliq, anda boleh melaporkan hal ini kepada mahkamah, dan sekiranya mahkamah mendapati suami telah engkar taliq maka perkahwinan boleh terbubar dengan satu talaq. Taliq mempunyai syarat-syarat seperti berikut:

(a) meninggalkan anda selama 4 bulan atau lebih tanpa nafkah; dan
(b) melakukan penganiayaan terhadap anda.

Biasanya perkahwinan yang didaftarkan selepas tahun 1980 mempunyai taliq yang
tertulis di sijil perkahwinan. Semua negeri mempunyai taliq berkaitan nafkah dan
peninggalan langsung. Hanya beberapa negeri membenarkan perceraian taliq atas alasan
penganiayaan.

Fasakh (Pembubaran Perkahwinan)Anda boleh memohon fasakh jika suami anda melakukan kesalahan tertentu. Di
antaranya ialah jika suami anda:
(a) hilang selama lebih daripada 1 tahun;

(b) tidak memberi nafkah selama 3 bulan;

(c) dipenjarakan selama 3 tahun atau lebih;

(d) gagal memberi nafkah batin tanpa sebab yang munasabah selama 1 tahun;

(e) berterusan mati pucuk sejak mula berkahwin tanpa pengetahuan anda;
(f) menghidap kusta atau vitilago atau penyakit kelamin yang berjangkit atau gila selama 2 tahun

(g) berkahwin tanpa rela anda pada usia anda 18 tahun atau kurang, walaupun diwalikan
oleh wali mujbir dan suami belum menyetubuhi anda hingga sekarang

(h) menganiaya anda seperti melakukan penderaan fizikal dan mental, memaksa anda
menjalani hidup yang tidak bermoral, menggunakan harta anda tanpa kerelaan anda,
tidak adil dalam berpoligami, menghalang anda daripada beribadat dan suami anda
berkawan dengan perempuan jahat

(i) belum menyetubuhi anda setelah berkahwin selama 4 bulan kerana suami enggan
berbuat demikian

(j) berkahwin tanpa persetejuan anda atau persetujuan anda berdasarkan paksaan,
kesilapan, ketidaksempurnaan akal dan keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak

(k) berkahwin dengan anda dengan persetujuan sah, tetapi pada masa perkahwinan ada
mengalami ketidakstabilan mental (sakit otak), samada berterusan atau berselang
(mengikut tafsiran Ordinan Sakit Otak 1952) dan penyakit itu menyebabkan anda
tidak berupaya memasuki perkahwinan

(l) anda mempunyai kecacatan yang meghalang persetubuhan

(m)atau alasan-alasan lain yang sah di sisi Hukum Syarak yang mugkin berbeza
mengikut negeri tempat perceraian dipohon

Khul

Anda boleh menawarkan pampasan kepada suami sebagai balasan melafazkan talaq. Jumlah pampasan tertakluk kepada persetujuan anda dan suami anda, dengan diadili oleh
mahkamah. Di zaman Rasulullah S.A.W pampasan ialah maskahwin (mahar)

Lafaz Talaq

Perceraian diperolehi apabila suami hadir ke mahkamah dan melafazkan talaq. Sekiranya
suami melafazkan talaq di luar mahkamah maka anda haruslah merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan lafaz talaq tersebut.

Ruju’
Suami hanya boleh ruju’ dengan anda dalam tempoh ‘iddah (3 kali haid atau 3 bulan
selepas perceraian). Ruju’ mesti dilafazkan oleh suami dan didaftarkan di Mahkamah
Syariah. Mahkamah akan siasat samada anda bersetuju terhadap ruju’ tersebut. Jika anda tidak bersetuju, mahkamah akan melantik satu jawantankuasa pendamai untuk cuba
mendamaikan anda dan suami. Sekiranya anda masih tidak bersetuju, anda tidak akan
dipaksa untuk ruju’. Ruju’ tidak boleh dilakukan dalam perceraian khul’, fasakh atau
talaq tiga.

Nafkah dan Harta
Nafkah Selepas proses perceraian, anda berhak menuntut:

1. Nafkah Iddah
2. Nafkah tertunggak isteri (jika pada masa perkahwinan suami gagal memberi anda
nafkah)
3. Nafkah anak dan nafkah tertunggak anak (jika anda diberi hak penjagaan anak secara
kekal atau sementara)

Mut'ah (Bayaran saguhati)

Anda berhak memohon mutah daripada suami anda selepas perceraian. Jumlah mutah
akan ditetapkan oleh mahkamah mengikut Hukum Syarak. Diantara perkiraan mutah
ialah:

Nafkah Harian x Tempoh Perkahwinan


Harta Sepencarian

Anda berhak memohon harta yang terkumpul semasa perkahwinan anda dan suami.
Mahkamah akan membuat keputusan mengenai kadar pembahagian harta tersebut dengan
mengambil kira sumbangan anda seperti:

(a) kewangan, harta benda atau tenaga;
(b) hutang untuk kepentingan bersama semasa perkahwinan;dan
(c) keperluan anak-anak yang belum dewasa.

Anda berhak menuntut harta sepencarian walaupun harta yang diperolehi semasa
perkahwinan hanya daripada usaha suami sahaja. Mahkamah akan membahagikan harta
tersebut dengan mengambil kira:

(a) sumbangan tenaga anda terhadap kebajikan keluarga;
(b) sumbangan tenaga anda yang membolehkan suami mengumpul harta; dan
(c) keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan anda.

Hak Tempat Tinggal

Anda berhak tinggal di rumah yang didiami semasa perkahwinan selagi suami anda tidak
menyediakan tempat tinggal lain yang bersesuaian. Hak tempat tinggal akan terbatal
apabila:
(a) tamat tempoh ‘iddah
(b) tamat tempoh penjagaan anak
(hingga umur 18 tahun atau lebih)
(c) anda berkahwin lain
(d) anda berlaku keji

Hadanah dan Penjagaan Anak

Anda mempunyai keutamaan ke atas hadanah (custody) anak dan suami pula ke atas
penjagaan (guardianship) hak dan harta anak. Hak-hak tersebut boleh dicabar di
mahkamah jika salah satu pihak dianggap tidak sesuai diberi hak tersebut. Mahkamah
akan mengambil kira kepentingan anak.

Kesalahan Perkahwinan

Anda boleh membuat aduan di mahkamah tentang perbuatan suami anda dan mahkamah
boleh mendakwanya atas kesalahan-kesalahan seperti berikut. Diantaranya ialah jika
suami anda:
1. Menggangu anda
Anda boleh mendapatkan perintah tegahan daripada mahkamah untuk
menghentikan gangguan tersebut mengikut Undang-undang Keluarga Islam atau

Akta Keganasan Rumatangga.
2. Menganiaya dan berlaku tidak adil terhadap anda (S.127 & S.128)
Jika tersabit kesalahan suami anda boleh didenda atau/dan dipenjara.
3. Berpoligami tanpa kebenaran mahkamah (S.123)
Jika tersabit kesalahan suami anda boleh didenda atau/dan dipenjara.
4. Melafazkan cerai diluar/tanpa kebenaran mahkamah(S.124)
Jika tersabit kesalahan suami anda boleh didenda atau/dan dipenjara.
5. Meninggalkan langsung anda setelah diperintah oleh mahkamah untuk kembali kepada anda dia enggan berbuat demikian (S.120&S.126)

Perbuatan ini melanggar perintah mahkamah dan suami boleh didenda dan/atau
penjara.
* Seksyen mungkin berbeza negeri masing-masing. Sila rujuk Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam negeri anda.(S= Seksyen)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template