Monday, March 14, 2011

Merokok adalah HARAM : Fakta atau Auta???



Terlebih dahulu aku nk mnta maaf lah andai entri aku ni boleh wt blogger2 marah+sakit hati+ mcm2 lg lah... bukan niat aku pun. Tapi aku juz nak kongsi info. Terpulanglah pada individu trsebut untuk mnjadikan Merokok adalah haram itu adalah FAKTA ataupun AUTA.... Tepuk dada tanye selera yee~

MEROKOK ADALAH HARAM

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju membuat keputusan bahawa merokok adalah haram.
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”-Surah Al-Baqarah : 195

MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK

Nikotin dalam rokok merosakkan saluran darah. Dinding salur darah tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan akan lumpuh dan mungkin membawa maut.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KELAHIRAN PRA MATANG


Merokok semasa hamil mengakibatkan risiko kelahiran bayi pra-matang dan kurang berat badan.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KANSER MULUT

Merokok merupakan sebab utama kanser mulut. Kanser ini akan menyebabkan pesakit memerlukan pembedahan yang rumit serta menimbulkan masalah pemakanan, pertuturan serta kecacatan kekal.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KERACUNAN

Apabila anda merokok, anda akan menyedut asap rokok yang mengandungi arsenik dan naphthalene. Keduanya adalah bahan utama dalam racun tikus dan ubat gegat.

Hah !!! Ini pula KANDUNGAN yang ada dalam ROKOK.... IsHHh, menakutkan woOOo....

* Ammonia (Pencuci lantai)
* Toluidina (Pelarut industri)
* Uretana
* Hidrogen Sianida (Racun untuk hukuman mati)
* Naphthylamine (Kapur barus)
* Arsenik (Racun anai-anai)
* Dibenzakridine
* Naftalena (Ubat gegat)
* Metanol (Bahan api)
* Aseton (Penanggal cat)
* Kadmium (Bateri kereta)
* Butana (Bahan bakar pemetik api)
* DOT (Racun makhluk perosak)
* Nikotin (Membuat PVC)
* Karbon Monoksida (Gas beracun dari ekzos kereta)
* Tar (Bahan membuat jalanraya)
* Fenol
* Polonium – 210


** Ok lah bloger2, nanti kalo ade info yg leh di share, pasti akan di share di Next Entri *** Daaaa~

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template