Friday, March 18, 2011

Kerja menDELETE

0 comments
I spend my time to removed all SPAM and clear my Inbox at yahoo.mail..
Puas hati aku... lama kot bersawang x chec email.
Amik ko 4709 new email... huhu...
What important thing ntah... semua nyee "facebook notification"... agak mmbosankan terpaksa menCLEAR kan semua tuh.

Tetibe agk terkejut mndapt 1 email dr Mr.Andrew, offered me LIBRARIAN POSITION. I ask him is it temporary or permanent? WHAT?? permanent? he really need 1 more librarian. Aduhaiii... camne?? then, he ask me to dtg interview on 4th april? aduhaiii... sekali lagi. DamNnn !!

Jangkaan due 3 april.. so, wht should i do ye? HmMM, now tgh fikir ayat, fikir reason, camne aku nak bgtahu my situation + condition pd mr.andrew...leh ke minta die hold kan dlu, KIV me ke... hmMm. Camne ea?? bingung lak...

---mode: mencari idea

daaa~

Monday, March 14, 2011

Merokok adalah HARAM : Fakta atau Auta???

0 comments

Terlebih dahulu aku nk mnta maaf lah andai entri aku ni boleh wt blogger2 marah+sakit hati+ mcm2 lg lah... bukan niat aku pun. Tapi aku juz nak kongsi info. Terpulanglah pada individu trsebut untuk mnjadikan Merokok adalah haram itu adalah FAKTA ataupun AUTA.... Tepuk dada tanye selera yee~

MEROKOK ADALAH HARAM

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju membuat keputusan bahawa merokok adalah haram.
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”-Surah Al-Baqarah : 195

MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK

Nikotin dalam rokok merosakkan saluran darah. Dinding salur darah tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan akan lumpuh dan mungkin membawa maut.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KELAHIRAN PRA MATANG


Merokok semasa hamil mengakibatkan risiko kelahiran bayi pra-matang dan kurang berat badan.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KANSER MULUT

Merokok merupakan sebab utama kanser mulut. Kanser ini akan menyebabkan pesakit memerlukan pembedahan yang rumit serta menimbulkan masalah pemakanan, pertuturan serta kecacatan kekal.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KERACUNAN

Apabila anda merokok, anda akan menyedut asap rokok yang mengandungi arsenik dan naphthalene. Keduanya adalah bahan utama dalam racun tikus dan ubat gegat.

Hah !!! Ini pula KANDUNGAN yang ada dalam ROKOK.... IsHHh, menakutkan woOOo....

* Ammonia (Pencuci lantai)
* Toluidina (Pelarut industri)
* Uretana
* Hidrogen Sianida (Racun untuk hukuman mati)
* Naphthylamine (Kapur barus)
* Arsenik (Racun anai-anai)
* Dibenzakridine
* Naftalena (Ubat gegat)
* Metanol (Bahan api)
* Aseton (Penanggal cat)
* Kadmium (Bateri kereta)
* Butana (Bahan bakar pemetik api)
* DOT (Racun makhluk perosak)
* Nikotin (Membuat PVC)
* Karbon Monoksida (Gas beracun dari ekzos kereta)
* Tar (Bahan membuat jalanraya)
* Fenol
* Polonium – 210


** Ok lah bloger2, nanti kalo ade info yg leh di share, pasti akan di share di Next Entri *** Daaaa~

~Isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku ~

0 comments
Ini adalah salah satu kisah teladan yg sangat aku suka... dan aku nk share ngn blogger2 smua... :-)

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
" semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya."

Masyaallah!alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie..adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya...

Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia. tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi hehehee...

Khusus untuk WANITA

0 comments
Salam 1 Malaysia. Kali ni terasa nk share tentang CINTA. Tetapi Khusus tuk golongan kaum hawa. Dalam bab ni, lebih ditumpukan kepada perempuan yang ada bf atau pasangan yang baru sekarang.Kalau still single tu bab lain ya.

1. Kekasih atau pasangan sekarang ni tak sebaik dulu.

Ex-bf tak pernah pun tengok perempuan lain depan anda,bf sekarang ni buat pulak macam tu.Ini baru satu contoh yang banyak berlaku.Pasangan anda sekarang ni tidak seromantik yang dulu.Suka mengambil ringan perasaan anda dan banyak lagi perkara yang tindakannya membuatkan anda secara tidak langsung merindui dan teringat cara dan sikap kekasih lama.


2. Anda masih sayangkan kekasih yang lama.

Perasaan sayang masih lagi wujud dalam hati anda terhadap kekasih lama.Perasaan tersebut seolah-olah sukar sangat nak dibuang walaupun anda rasa dalam masa yang sama anda sayangkan kekasih sekarang ini.Walaupun sayang anda pada kekasih dulu tu dah kurang, tapi tetap ada sayang padanya yang membuatkan anda selalu jugak teringat kat dia.


3.Cinta yang sekarang hanya cinta bidan terjun

Selepas anda putus dengan ex dulu tu…adalah seorang lelaki(bf/pasangan sekarang la ni) yang jadi tempat anda curahkan masalah dan perasaan anda.Maklumlah tengah serabut fikiran dan “lonely” la katakan.Jadi perhubungan semakin rapat…lama-lama lelaki tu pun curahkan perasaan dia pada anda.Anda pun tak fikir panjang terimalah dia mungkin sebab masa tu anda rasa dia boleh mengisi dan mengubat hati yang lara.Jadi cinta sekarang yang bidan terjun ni takkan dapat melupakan perasaan anda pada ex dulu tu


4.Anda benci Lelaki

Ya,anda benci lelaki.Walaupun tidak anda sedar,pengalaman pahit anda dulu membuatkan anda membenci dan tidak percaya pada lelaki termasuklah pasangan anda sekarang.Oleh itu,masih ada ingatan tentang ex lama termasuk kenangan manis bersama dia yang kadangkala membuat anda masih teringat padanya.Kalau anda dalam golongan ini,anda perlukan bantuan!


5.Anda sebenarnya sekarang ini tidak bercinta!

Anda rasa bersama pasangan anda sekarang ini adalah satu perhubungan yang dinamakan cinta dan anda sedang berpasangan dengannya.Tetapi hakikat yang sebenar,jauh di sudut hati anda,anda tau anda masih menyintai bekas kekasih anda.Anda juga mungkin sedar perasaan ini dan masih meneruskan perhubungan dengan kekasih sekarang dengan harapan perasaan cinta terhadap kekasih anda sekarang akan wujud.

SIAPA DIA ???

0 comments


Comel kee Baby Girl kat sebelah tu? Agak-agak baby girl kat sebelah tu siapa?? HaHAha...lg mahu tanya.. itulah AKU sewaktu kecik. Masa ni my mom ckp aku baru belajar meniarap. Means baru 4 bulan la kot. IshHh... Rambut ku ke itu?? Hehehe... jgn salah sangka, skrg rambut aku tidak seperti tu lagi. :-) My mom ckp kan, rambut aku mse lahir mcm topi... hihi... Agak lebat la jgk. Tp, skrg ni npe mcm x lebat je? Mungkin dah besar, then, byk plak keguguran rambut yg tak tahu punca nye kenapa.

Now, aku tgh menunggu hari tuk bersalin. Aku dijangka 99% akan melahirkan baby girl. Adakah dia akan mirip aku? atau mirip ayahnya (mr.hubby tercinta) ?? Kalo ikut aku, sure COMEL kan... ahhaha... dah start aku memPERASANkan diri ku sendiri.

Apa-apa pun, aku harap dan sntiasa berdoa agar baby yg bakal lahir akan sihat dari segi fizikal dan juga mental. AMIN.

** MOTHER~GOING~TO~BE **

14 Mac 2011

0 comments
Alhamdulillah akhirnya hari ni LAST aku bekerja di McDonald's... Jgn salah sangka, bukan last yg dimaksudkan berhenti selamanya, tetapi aku dpt "MATERNITY LEAVE".

Yang best nye hari ni aku cumalah keje 4 jam. Ya ALLAH, ape pemalas nye laa aku ni, mentang2lah last day. Aku teramatlah busy menyiapkan kerja2 aku dan juga communicate pd manager2 lain untuk bg diorg tugasan2 yg akan aku tinggalkan.

Tiba2 agak risau dengan kredibiliti diorg, boleh ke diorg wat tugas2 aku sepanjang ketiadaan aku? ishHH... bukan susah pun sebenarnye, tp, agk complicated laa jgk kan. :-p Tak pe la, aku kne berserah je...hope diorg akn ade rse tnggungjwb tuk siapkan keje2 aku agar x tertunggak.

oItTt.... ape aku nk buat yee?? Mengikut jangkaan doctor, aku akan bersalin pada 3 APRIL 2011... tp, aku dah cuti awal ni, ape aku nk buat?? x smpai 1 hari ni pun aku dh start bosan... al-maklumlah, badan dah biasa keje.

Agak risau juga lah bile ramai yg tnye "YAYA, BILE DUE?"... ishHHh, x de soalan lain ke? Perlu ke aku hitung?? Semakin aku hitung, semakin takutt... tp, excited juga lah nk lahirkan 1st baby ni. Biar lah org nk ckp "SAKIT TAU BERSALIN"... Ape lah diorg ni, bagi lah aku rasa dlu... x suspen laa kalo cite kt aku. IshHh...

Apa2pun, doakanlah yee agar segalanya dipermudahkan. AMIN.

Daaa~~

Sunday, March 13, 2011

Wajarkah LELAKI Menangis

2 comments
Menangis?
pernahkan anda?
ermmm....
saya tiba-tiba berminat hendak mengupas cerita lelaki yang menangis...
wajarkah?




Kenapa lelaki menangis?

# Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.


Sesetengah lelaki yang aggap mereka ini LELAKI SEJATI akan mengatakan ia tidak wajar...bukan?
Mengapakah mereka perlu mengatakan sedemikian?
Sudah tentu mereka akan mengatakan lelaki yang menangis ini akan menjatuhkan maruah seorang lelaki..
lelaki yang menangis ini tidak macho dan sebagainya...

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Bagi saya releven untuk seorang lelaki menangis atas sebab tertentu...menangis adalah lumrah sebuah kehidupan...Melalui menangis, kita dapat meng-ekspresikan sebuah perasaan yang terbuku dalam diri kita...

Friday, March 11, 2011

???

0 comments
Apa yg korang faham dengan istilah :

HARGAILAH YANG TERSAYANG SELAGI MASIH ADA WAKTU

......................perlu difahamkan.......................bila faham, hati pula tak keruan................ohHhh tidakKkk.........................................

Char Kuay Tiaw

0 comments
Hai blogger2 sekalian,
Terutama di daerah Batu Pahat Johor...

Tahu x di mana ada jual CHAR KUAY TIAW yg paling sedapPpp ???
Sudah puas mencari.
Ada jumpa di Warong Pak Tam, Parit Raja, tp, kurang uMmmphHh lah.
Actually bukan saya yg nak, tp, mr.hubby

WHAT??? Mr.Hubby mengidam?? heheh
YezZzaa,... agak comel bile melihat mr.hubby mengidam.
Hampir sebulan jugak laaa tiap malam mencari kedai jual char kuay tiaw.
Buat sendiri dah selalu lah, tp, selera nye tetap nk cari yg POWER...
Kata mr.hubby, sePOWER di JB... aduhaii.. camtu, perlu ke JB ke??

*** perlu di ingatkan yee, CHAR KUAY TIAW not Kuay TIAW.... beza tauuu ***

Neway, if sesape tahu, roger yeee...
Thankz...

Kerjaya & Pekerjaan....Adakah sudah tercapai???m

0 comments
Hi semua... saya cuma mahu berkongsi apa-apa yang patut terutama mengenai kerjaya yang sedang lakukan, sedang usahakan ataupun apa yang kita cita-citakan di masa akan datang.

Mungkin ramai antara korang terutamanya siswazah *menganggur* ingin menjadi seseorang pada masa akan datang terutamanya kerjaya-kerja seperti:

a. guru
b. doktor
c. jurutera
d. businessman (kontraktor, pekedai, pedagang dan lain-lain)
e. saintis
f. pensyarah

Adakah pekerjaan2 yg di idam2kan itu telah tercapai? bakal dicapai? atau tidak tercapai...??

Kelulusan?? kelulusan VS Pengalaman?? agak mengelirukan juga ye. Kekadang sesetengah tempat hanya memerlukan pengalaman, dan sesetengah tempat memerlukan kelulusan dan kebanyakan tempat memerlukan kedua-duanya... walaupun begitu, macam mana org yg berkelulusan akan mendapat pengalaman jika tidak diberi peluang bekerja dalam sesuatu bidang tertentu???

Pelbagai laman sesawang yg menyiarkan iklan2 jawatan kosong terkini, jawatan badan kerajaan juga badan swasta...namun, apakah itu telah cukup untuk anda mendapat pekerjaan yang diidam2kan??

SPA?? Sampai bilakah....?? sampai bilakah untuk anda menceburkan diri dalam menjadi salahs eorang pekerja dalam badan kerajaan?? Itu semua semestinya menjadi kekusutan dan menjadi tanda tanya kepada yang masih menanti dan mengharap peluang bekerja bersama kerajaan.

Apa-apa pun, percayalah pada REZEKI... banyak2kan lah berdoa, berudaha dan bertawakal.. Setiap apa yg berlaku pastinya ade hikmah disebaliknya. Semua sudah tercatat di Loh Mahfus... segalanya sudah kun fa ya kun...

Jika ALLAH akan memberi kita kesenangan,pasti kita akan memeperolehinya... jadi, bersabarlah wahai semua. Pasti akan ada hari untuk anda....

Sekian dari saya,
Yang masih mengharap
Pekerjaan sebagai PUSTAKAWAN
Pekerjaan dalam badan kerajaan

Wednesday, March 9, 2011

KeGATALan semasa Hamil

0 comments
Satu lagi masalah yg melanda aku ketika mengandung adalah gatal2. Rasanya gatal2 yg paling teruk yg pernah aku alami kerana aku sedikit sebanyakmmg mempunyai masalah alahan kulit. Kegatalan tu makin teruk..malah habis berjangkit ke seluruh badan. Aduhai...tak dapat nak gambarkan kegatalan yg menyerang...Aku memang tak boleh nak tahan diri daripada menggaru. Kadang2 rasa dah macam monyet pulak asyik menggaru jer! Hehehe. Bayangkanlah aku tidur pun ditemani sikat.

Agak teruk juga dugaan yg aku terima pada trimester yg terakhir ni. Aku langsung tak boleh berpeluh dan panas, habis ruam naik, bukan itu sahaja, bintik0bintik merah yg gatal tumbuh bagai cendawan hidup selepas hujan kat 1 badan aku ni. Memang ramai yg cakap "YAYA, JANGAN MENGGARU NANTI PARUT...." tapi... berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.... ingat senang kee nk bertahan kalo dah gatal 1 badan??? Errrr....

Hasil aku mencari info, punca dan tips mengenai masalah kegatalan ini, ada yg menyatakan bahawa *** kegatalan kulit ketika hamil adalah sesuatu yg sukar dirawat. Apatah lg ada sesuatu masalah kegatalan kulit ini hanya akan berakhir setelahs elesai melahirkan anak. Ini bermakna selagi wanita itu hamil, selagi itulah dia akan merasa kegatalan kulit. ***

Inilah perjuangan seorang ibu. Tentu kita semua merasa insaf apabila mengenang kesusahan ibu semasa melahirkan kita. pelbagai ujian yang diterima dan ditempuh dengan sabar.

okeylah...rasa nye aku nk mencari punca / tips berlakunya masalah kegatalan kulit ini... Akhir kata, hargailah pengorbanan ibumu yg melahirkanmu...

Tuesday, March 8, 2011

Result

2 comments



...99% from 4D Scan by Pakar Sakit Puan (Kartik) it's a GIRL....

Checklist for New Born

0 comments
Salam 1 Malaysia~
Now aku tgh buat checklist for newborn...agak banyak juga yee brg yg harus dibeli
cuma.. kne laa pandai tuk bajet2kan mana yg penting atau tidak...
Skrg ni aku dan suami sdg wat2 persiapan tuk baby yg bakal dilahirkan on 3rd april {followed my due date}
Ape lagi yeee yg x beli lg??? hmMm... ni antara yg dah dibeli :

- Baby Napkins
- Feeding Bottles (6-8)
- Diaper
- Bottle / Food Warmer
- Nappy Liners
- Nappy Rash Cream
- Minyak Telon & Vicks

** for baby care / bathing **
- Baby Bath Foam
- Bath Sponge
- Cotton Buds
- Baby Shampoo
- Face Towel
- Baby Powder
- Bath Tub
- Baby lotion & oil
- Bath towels
- Baby powder puff case
- Baby Nail Clipper/Scissor

** For baby beddings **
- Baby Pillow & Bolster
- Blanket
- Sping Cot / Net
- Mattress
- Changing Mat

** Maternity **
- Breast Pump (Not yet)
- Nursing Bra
- Strechmark cream
- Pre-post Natal/Girdle / Bengkung (Not Yet)
- Jamu Mustika Ratu (Not Yet)
- Breast Pad

** Clothing **
- Hats
- Long & short pants
- Diaper pants
- Mittens & Booties
- Long & short Sleeve Shirt
- Long Sleeve Shirt

** Toys **
- Set Doraemon Happy Meal from McDonald's (it's NICE)

Banyak gak barang yang dah beli, tp, adajuga yg masih belum beli...maybe end of March ni kot... :-) mmg byk sgt pakai duit, al-maklumlah brg2 baby agak lah mahal, nk tunggu offer mmg lambat, that's why do preparation awal, means bile kandungan dah 7 bulan dah leh get ready for buying brg2 baby ni... :-)


** ** Hari tu baru beli Katil Baby... so cute... rasa mcm nk try tdo dlm tu laa... hehe... :-)

Okeylah... that's all for this entry... If ade yg kurang brg2 baby, let me know yee... jgn lupe "Sharing is Caring"....

Perkembangan Janin dalam kandungan

0 comments


Allah menciptakan manusia secara bertahap dan bertingkat-tingkat di dalam
rahim seorang Ibu. Dimulai dari sperma yang bercampur dengan sel telur,
kemudian diubah menjadi segumpal darah, segumpal daging, diberi tulang,
saraf-saraf dan lain sebagainya, maka jadilah seorang manusia sempurna di dalam
rahim.


QS. Al Mursalat (77): 20-22
Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina? Kemudian Kami letakkan dia
dalam tempat yang kokoh (rahim), sampai waktu yang ditentukan, lalu Kami
tentukan (bentuknya), maka Kami-lah sebaik-baik yang menentukan.

QS. Ali lmran (3): 6
Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada
Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

QS. Al insaan (76): 2
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (insaan) dari setetes mani yang
bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena
itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

QS. Al Mu'minuun (23): 12-14
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu
Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang
belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami
jadikan dia makhluk yang lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling
Baik.

AGAK TERUJA BILA MELIHAT PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN... MACAM NI LAH KITA DALAM PERUT IBU KITA DULU TAW... NOW BILA AKU BAKAL MENJADI IBU NI, AKU RAJIN LAH MEMBACA UTK MENGETAHUI PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN.... NI AKU NAK SHARE KAT KORANG... CHECK IT OUT ----->

JANIN USIA DLM MINGGU :




Seluruh organ tubuh utama bayi telah terbentuk meskipun belum berkembang sempurna. Mata dan telinga mulai terbentuk. Jantung berdetak kuat. Dengan ultrasound kita dapat melihat jantung janin berdenyut.

JANIN USIA DALAM 12 MINGGU



Panjang janin sekarang sekitar 6,5 cm dan bobotnya sekitar 18 gram. Kepala bayi menjadi lebih bulat dan wajah telah terbentuk sepenuhnya. Jari-jari tangan dan kaki terbentuk dan kuku mulai tumbuh. Bayi mulai menggerak-gerakkan tungkai dan lengannya, tetapi ibu belum dapat merasakan gerakan-gerakan ini.

JANIN USIA 16 MINGGU


Panjang janin sekarang sekitar 16 cm dan bobotnya sekitar 35 gram. Dengan bantuan scan, kita dapat melihat kepala dan tubuh bayi, kita juga dapat melihatnya bergerak-gerak. Ia menggerak-gerakkan seluruh tungkai dan lengannya, menendang dan menyepak. Inilah tahap paling awal di mana ibu dapat merasakan gerakan bayi. Rasanya seperti ada seekor kupu-kupu dalam perutmu. Tetapi, ibu tidak perlu khawatir jika belum dapat merasakan gerakan ini. Jika si bayi adalah anak pertama, biasanya ibu agak lebih lambat dalam merasakan gerakannya.

JANIN USIA 20 MINGGU



Bayi masih berenang-renang dalam lautan air ketuban. Ia tumbuh dengan pesat, baik dalam bobot maupun panjangnya yang sekarang telah mencapai 25 cm, yaitu separuh dari panjangnya ketika ia dilahirkan nanti dan bobotnya sudah sekitar 340 gram. Bayi membuat gerakan-gerakan aktif yang dapat dirasakan ibu. Mungkin ibu memperhatikan ada saat-saat di mana bayi tampaknya tidur, dan saat-saat lain di mana ia melakukan banyak gerak.

JANIN USIA 24 MINGGU



Sekarang panjang bayi sekitar 32 cm dan bobotnya 500 gram. Ibu dapat merasakan bagian-bagian tubuh bayi yang berbeda yang menyentuh dinding perutnya. Otot rahim ibu meregang dan terkadang ibu merasakan sakit di bagian perutnya.

JANIN USIA 30 MINGGU




Kepala bayi sekarang sudah proporsional dengan tubuhnya. Ibu mungkin mengalami tekanan di bagian diafrakma dan perut. Sekarang bobot bayi sekitar 1700 gram dan panjangnya sekitar 40 cm.

JANIN USIA 36 MINGGU



Bayi sudah hampir sepenuhnya berkembang. Sewaktu-waktu ia dapat turun ke rongga pinggul ibu. Kulit bayi sudah halus sekarang dan tubuhnya montok. Apabila ia bangun, matanya terbuka dan ia dapat membedakan antara terang dan gelap. Sekarang panjang bayi sekitar 50 cm dan bobotnya berkisar antara 2500 hingga 4500 gram.

JANIN USIA 37 HINGGA 42 MINGGU

Bayi siap lahir. Ibu tidak perlu khawatir jika bayinya tidak lahir tepat pada waktu yang telah diperkirakan. Persentasenya hanya 5% bayi lahir tepat pada tanggal yang diperkirakan. Waktu yang telah lama dinanti hampir tiba dan si bayi akan segera melihat dunia. Sementara itu, rambut lanugo (= rambut badan) bayi telah lenyap meskipun mungkin masih ada yang tersisa di punggung dan dahinya. Sebagian bayi lahir agak terlalu cepat, sebagian lainnya agak sedikit terlambat, tetapi mereka sungguh lahir! Baiklah, selamat berbahagia dan bersukacita atas kelahiran si mungil di tengah-tengah kita!

Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template