Monday, February 7, 2011

KENALI SIKAP WANITA….


Wanita Tanah

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20
Mei),Virgo(24 Ogos-23 September)dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yg boleh dijangka,berwibawa & praktikal.
*Penyabar & bertolak ansur,mempunyai kehendak dlmn dri segi emosi & material.
*Semangat produktif & gigih yg disertai dgn sikap berhati-hati
menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dlm
perniagaan.
*Kebijaksanaan & kepintaran yg diperolehi sering tersembunyi oleh
air muka semulajadi yg pendiam dan tenang.
*Sifat marah yg terkawal serta keperluan utk keteguhan & kawalan
sering terbawa-bawa dlm perhubungan yg amat konservatif, serius & sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah
seorang kekasih yg setia & berwibawa.

WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April),Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri & biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yg artistik & sukar dijangka,tetapi biasanya romantis & tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai & mendominasi tetapi blh
mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yg pemurah,mesra & menunjukkan sifat yg mendalam terhadap sesuatu yg disukainya.
*Suka berterus terang & tidak berselindung menyebabkan orang yg dikasihi mersa sedih & terhiris.
*Jujur & mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun),Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

2 comments:

Tengku Sidek on February 16, 2011 at 9:23 PM said...

nasib tak ada wanita batu..huhu..nice blog..jom folow memolow..fah folow daa...

Yaya Johorean on March 8, 2011 at 8:08 AM said...

dah follow dah... neway,thnkx yee view my blog n sudi komen :-)

Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template