Thursday, February 3, 2011

Gastrik + Demam


... Sudah lama rasanye tidak dtgp penyakit gastrik. Akhirnya ia menyerang aku pada jam 2.00 pagi (2 Februari) . Tidak sampai hati rasa nye tuk kejut mr.hubby yg sedang lena tidur. Selepas 2 kali muntah, akhirnya mr.hubby terbangun dr tidurnya. OpSss...maaf sgt2 to mr.hubby kerana menyusahkan dan menganggu tidur

... Selepas mengerjakan solat Subuh, aku bersarapan bersama suami dan mertuaku di rumah mertuaku di Kg.Pt.Warijo, Seri Medan. Selepas selesai bersarapan...Muntah sekali lagi...Ya ALLAH, perit + loya nye tekak aku

...Banjir di Kg.Seri Medan kini sudah semakin teruk dan akhirnya rumah mertuaku dimasuki air banjir. Dalam keadaan aku yang tidak sihat, aku tidak dpt menikmati suasana banjir yg selama ni tidak pernah aku rasakan. Aku hanya mampu melihat mr.hubby bersama anak2 buahnya bermain sampan. Dan... akhirnya aku tertidur kerana faktor kesihatanku. Maaf untuk keluarga mertua kerana aku x dpt membantu sewaktu memindahkan / menyelamatkan barang2 drpd mnjadi mangsa banjir.

... Jam 12.30 p.m mr.hubby dan aku pulang ke Bandar meninggalkan sementara kg Seri Medan. Kami terus ke Klinik Nur iaitu klinik panel McD, dan doktor mengesahkan suhu badan aku sudah mencecah 38 drjah celcius dan gastrik aku smkin teruk. Doktor bertanyakan "puan, semalam y terakhir puan makan apa" Tanpa sempat aku menjawab, mr.hubby mencelah "isteri saya makan buah limau doktor"... oucHhh... itulah puncanye !!! dah tahu de gastrik, tp, lagi mahu makan limau...Ya ALLAH...mudah2an tiada apa terjadi pada kandungan aku.

... Bubur Ayam McD mnjadi makanan aku ketika aku sakit, walaupun hanya beberapa suap, tapi, itulah yg hanya mampu ku telan... To my lovely baby "mama sakit, hope baby x ikut sakit yee... baby kne kuat dan mama janji mama akan cpt sembuh ye sayang"... seketika aku bercakap dan memujuk baby dalam kandungan ku, baby ku bergerak ke kiri dan ke kanan,mungkinkah menandakan dia mengerti apa yg sedang mama nye alami

... Beruntungnya aku mndapat mr.hubby yg sgt penyayang dan prihatin terhadap wife tercintanya. Selepas solat Zohor, aku disuru berehat dan tidur di bilik. Jam 5.00 ptg, mr.hubby mengejutkanku dari tidur dan mengajak ku makan. Mr.hubby masak "sup sayur" untukku.. YA ALLAH... terima kasih kerana menganugerahkan mr.hubby yg sgt penyayang.

... Kondisi badan aku masih lagi lemah. Badan aku bisa-bisa, ulu hati ku terasa pedih sangat, kepala berpinar-pinar. Selepas solat jemaah Isya' bersama mr.hubby, aku diarahkan untuk tidur dan seblum itu aku disuruh untuk meminum susu panas. Aku tertidur sehingga jam 11.30 mlm dan aku dapati mr.hubby tertidur di ruang tamu. Penat agaknya. Aku mengejut mr.hubby dari tidurnya.

... Akhirnya...
3 Februar1 2011, keadaan kesihatan aku semakin pulih dan aku mampu meneruskan tugasku sbg seorang isteri pd mr.hubby. Walaupun aku msih lg tidak berselera,dan ini berkemungkinan effect dr gastrik aku smlm. Now, aku sedang menanti kepulang mr.hubby tersayang... insyaALLAH mlm ni akn pulang ke kg.Seri Medan utk melihat keadaan banjir di sana.

*** hanya kpd sesiapa yg pernah mempunyai atau merasai penyakit gastrik ini, pasti akan tahu betapa sakitnyeee~~~ ***

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template