Monday, December 12, 2011

Bajai SYURGA RUMAHTANGGA

0 comments

“Selamat pengantin baru Semoga kekal sampai ke anak cucu.” Inilah antara kata-kata ucapan yang sering menjadi pilihan setiap kali mengunjungi majlis perkahwinan rakan ataupun saudara mara. Namun, tidak semua perkahwinan kekal selamanya. Banyak yang kecundang di pertengahan. Mengapa?

Kepada yang belum pernah melaluinya, perkahwinan dianggap sebagai syurga. Segala-galanya manis dan indah belaka. Sama seperti ketika sedang hangat bercinta dahulu. Namun, hakikatnya banyak ranjau yang terpaksa ditempuhi setelah sah bergelar suami ataupun isteri. Orang sering berkata cinta itu buta. Tapi sebenarnya, perkahwinan benar-benar membuka mata. Memang masa bercinta dahulu, semua keburukan pasangan anda tidak nampak. Tup,tup lepas sahaja berkahwin, terbukalah segala pekung di dada. Kelemahan dan keburukan terbongkar. Tapi, apa nak dikata, ikatan sudah termeterai. Teruskanlah sahaja dengan seribu tekad di dada, memperbaiki kelemahan diri agar mahligai yang dibina tidak kecundang di tengah jalan.

Dalam zaman yang serba moden ini, perkahwinan juga sudah moden. Berkahwin dan kemudian bercerai sudah menjadi lumrah bagi sesetengah orang. Bahkan ada yang berbangga dengan pencapaian mereka. Mampu kahwin dan berkahwin lagi. Berbeza dengan zaman dahulu, perkahwinan hanyalah sekali. Itulah pasangan sehidup semati, walaupun pada mulanya tanpa persetujuan. Dek kerana tidak mahu menderhaka, kehendak ibu dan ayah terpaksa dituruti. Dan syukurlah, ramai yang mampu bertahan hingga ke akhir hayat.

Berbicara tentang kisah rumah tangga ini, semua orang lebih banyak mendengar cerita yang buruk daripada yang baik. Kisah suami isteri bercerai-berai sudah terlalu biasa didengar. Hinggakan ramai yang malas hendak ambil kisah tentangnya. Namun, pada hakikatnya, kisah inilah yang perlu kita terokai. Cari sebab mengapa perceraian
itu terjadi. Yang buruk jadikan sempadan dan yang baik jadikan teladan. Bagi sesetengah orang, perkataan cerai ini memang boleh meremangkan bulu roma. Begitu jugalah dengan saya. Nauzubillah, minta dijauhkanlah daripada kita semua.

Rumah Tangga Berseri
Agar rumah tangga anda sentiasa berseri dan bercahaya, banyak yang boleh dilakukan. Tahukah anda yang sebenarnya perkahwinan adalah permulaan sebuah kehidupan dan bukannya penamat. Banyak yang perlu anda pelajari apabila telah menjawat jawatan suami ataupun isteri.

Akan tetapi, ramai yang tidak menghiraukannya. Setelah berkahwin dan dapat apa yang dihajatkan, mereka lupa untuk terus membajainya. Segalanya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Akibatnya, hidup berumah tangga semakin membosankan. Jadi, apa lagi? Mulalah ada yang cari makan di luar. Semuanya bermula dengan sikap tidak endah. Menganggap semua perkara mudah.

“You ni, Sara, asyik dengan kawan-kawan saja. Habis suami you kat rumah tu macam mana? Tak marah ke dia,” kata Salina kepada rakan baiknya, semasa mereka berkaraoke dengan rakan-rakan lain. “Alah, tak payah risaulah. Rumah tangga I okey saja. Tak ada apa-apa masalah pun. Hubby I tak pernah bising pun fasal rumah tangga kami. Dia pun tak pernah larang I nak keluar dengan kawan-kawan,” balas Sara.

Rumah tangga seperti inilah yang bahaya wahai Sara. Walaupun perkahwinan anda berada di dalam keadaan yang baik, anda haruslah sentiasa memeriksanya. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Dalam diam-diam, dia “ngap” kita. Jika semasa memeriksa rumah tangga kita, dan didapati ada masalah, segeralah cari jalan untuk mengatasinya. Janganlah tunggu sehingga masalah tersebut menjadi parah. Bahaya! Kalau nasi sudah menjadi bubur, semuanya sudah tidak berguna lagi.

STRESS gugat PERKAHWINAN

0 comments

.. Entry kali ni juz nk share info + tips.. Credit to: pama online yg byk sgt info menarik yg leh kite baca dan share pd semua...

...................................................................................

Masalah stres di kalangan orang ramai semakin ketara dan membimbangkan. Lihat sahaja di akhbar-akhbar beberapa tahun kebelakangan ini. Ada sahaja kes dera, pembunuhan kejam, bunuh diri dan seribu satu masalah lain telah dilaporkan sehingga kita tertanya-tanya, apakah kemajuan kehidupan menjadi penyebabnya?

Peratus penduduk yang mengalami masalah stres semakin lama semakin bertambah. Hal ini berikutan gaya hidup yang mula berubah terutamanya kos sara hidup yang semakin tinggi. Perkara-perkara ini akhirnya mewujudkan stres yang mengancam kehidupan. Yang dikhuatiri ialah sekiranya stres itu menyerang ibu bapa yang akan dirasai akibatnya oleh anak-anak.

Bayangkan situasi ini. Sepasang suami isteri yang tertekan akibat beban kerja di pejabat pulang ke rumah dengan hati panas kerana terpaksa merentas kesesakan lalu lintas. Sesampai di rumah, kemarahan semakin membara apabila melihat keadaan rumah yang bersepah dan tidak teratur. Apabila ditanya kepada anak-anak, tidak seorang pun mahu mengaku. Akibat hilang sabar, mudah sahaja tangan naik ke tubuh anak-anak.

Tidak cukup dengan itu, sebarang benda yang mudah dicapai akan dijadikan ‘alat penyeksa’ untuk memaksa anak-anak mengaku. Akhirnya anak-anak mengaku. Si suami dan isteri rasa puas. Jika amalan ini berterusan dan menjadi tabiat, kesannya buruk sekali. Dalam masa yang sama, anak-anak sudah menanam dendam. Dendam ini pula akan bercambah dari semasa ke semasa. Lama-kelamaan anak-anak akan rosak akhlaknya akibat membesar dalam persekitaran yang menekan dan negatif.

Sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan tekanan? Tekanan ialah apabila ada unsur-unsur yang mengganggu sesuatu atau seseorang daripada keadaan rehat dan mendatangkan kesan kepada individu terbabit. Kesan ini seterusnya akan merebak kepada individu lain dan persekitaran.

Dalam konteks keibubapaan, apakah yang menyebabkan tekanan kepada mereka? Dr. Brian Scott, seorang pakar psikologi, dalam ceramahnya bertajuk Pengurusan Tekanan untuk ibu bapa telah menggariskan empat penyebab utama tekanan.

1. Perubahan
Sebarang perubahan yang berlaku pada diri seorang seperti perubahan imej atau perubahan pada persekitaran seperti bekerja di tempat baru boleh menyebabkan tekanan.

2. Kekecewaan
Berlaku sesuatu musibah yang menghalang kita mencapai perkara yang dihajati seperti ketiadaan wang menghalang keluarga ataupun sekiranya mengalami kegagalan atau kehilangan.

3. Tekanan
Berlaku apabila penyebab tekanan berlaku sepanjang masa. Dua jenis tekanan adalah tekanan untuk menurut dan tekanan untuk melakukan.

4. Konflik
Tiga jenis konflik asas ialah pendekatan-pendekatan, penolakan-penolakan dan pendekatan dan penolakan.

1. Tekanan dikenali sebagai penyebab penyakit. Didapati, tekanan akan menyebabkan badan tidak lagi mempunyai pertahanan dan mudah terkena penyakit. Unsur yang paling penting untuk mengatasi tekanan adalah melalui rehat. Mengamalkan cara merehatkan tubuh yang betul bukan sahaja dapat diperbaiki tubuh malah mampu menampilkan imej diri yang positif.

2. Terdapat pelbagai cara untuk merehatkan diri dan hal ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu secara informal dan secara formal. Antara yang tergolong dalam teknik informal seperti tidur, melakukan aktiviti regangan, melakukan aktiviti fizikal, melancong, mandi, minum teh dan mendengar muzik.

3. Manakala teknik kedua pula ialah teknik formal. Teknik ini lebih kepada perlakuan yang berikan kesan kepada sistem tubuh secara langsung. Kaedah yang boleh digunakan termasuklah bernafas dalam-dalam, bermeditasi dan urutan kendiri.

**TANGANI STRESS DALAM RUMAHTANGGA DENGAN BIJAK...

Monday, November 7, 2011

...Cik Anonymous yg OutSpokeN...

5 comments
Hai blogger2..

Alahaiii... ingatkan x de sape yg nk baca blog saya ni..
Rupa-rupanye ade jugak... Silent reader ke?? kalo silent reader jarang nk komen2 ni kan.. hehe..
Tapi.. sape cik Anon tu ye?? lelaki ke ppuan?? ishh... npe lak tetibe aku tertanye2.. dari gaya komen die, mcm JELES je ngn aku...alaa...ape aje laa.. kalo berkaitan jeles ngn jodoh..kne la beringat, jodoh tu kan ALLAH yg tentukan...

Tapi x kesah la siapa org tu, aku juz nk bgtahu yg entry before ni x de kne mngena ngn sesiapa dan itu hasil dr observation saya aje~ ohh yee...utk pengetahuan cik anon tu, saya skrg sgt2 BAHAGIA bersama en.suami tercinta dan anak tersayang... Alhamdulillah perkahwinan kami dibina berlandaskan cinta dan juga sentiasa berpegang pada Agama menjadikan rumahtangga kami kekal bahagia... Mudah2an selamanya...

Untuk cik Anon yg komen tu, maaf lah saya delete,... x perlu kot komen seteruk itu, if org lain baca kan itu leh jadi doa.. ape laa anda ni... x perlu kot nk bermusuh dgn saya... sedangkan kte masih leh berkawan dan buat ape nk bermusuh?? dah besar kan... ape ape jek... tergelak saya~

Zaman dulu saya mungkin saya ni jahat sehingga pernah menguriskan hati atau perasaan org... tp tu masa lalu kan?? org pun pnh buat saya, tp saya x berdendam dengan sesiapa... walhal, skrg ni saya ada sahabat baik yg dahulunya adalah musuh ketat...cik Anon yg komen tu, tgok diri sendiri dulu ye...cermin2 lah diri tu... agak-agak masih sempat lg bertaubat, bertaubat lah...

Lastly...terima kasih coz sudi baca,... Hah !! nk komen tu letak aje laa nama... x pyh laa nk cover2 menyamar letak Anonymous...Bye~~


............"Ya ALLAH, peliharalah hubungan aku & suami ku, jauhkan lah fitnah orang dan jauhkanlah aku dengan org2 yg berhasad dengki..Ameen."

Monday, October 31, 2011

...penceraian tu....errr....

0 comments
Hai kwn2, tetibe hati ni tergerak utk berkongsi tips, pendapat ttg isu PENCERAIAN zaman skrg ni. Alahaii, x sure la kann ade ke x yg baca, tp x pe la...bg yaya blog ni utk melepaskan apa yg terbuku dihati ni... x kesah pon even x de yg baca atau as a silent reader... saya tetap hargai kamu semua :-)

Siapa yg nak kawen then after tu nk cerai?? ade ke org mcm tu? Of course la x de kan.. Dlm Islam pun x mngalakkan pnceraian. namun, dlm dunia realiti ni, kes cerai ni biasa berlaku lg2 dlm kalangan artis, tp, jgn ingat x berlaku dlm kalangan org biasa...

Memang sedih kalau perkara ni berlaku kat diri kita, (mohon dijauhkan)... tp, tu semua diluar jangkaan kte kan. Agak-agaknye penceraian akn brlaku sbb ape?? ape punca??

Tp, kalau perkahwinan itu menyakitkan, baik lepaskan... aku mmg x setuju kalau seseorg individu tu tetap nk mempertahankan perkahwianan nye sedangkan TIADA LAGI CINTA, TIADA PERSEFAHAMAN, TIADA KEJUJURAN, TIADA PERKONGSIAN...etc... kalau mcm tu, perlu ke nk diteruskan perkahwinan tu ye?? YEE !! Aku faham kenapa individu tu nk jugak pertahan kan rumahtangga die sedangkan hati die merana sesorang... sbb satu... TAK NAK STATUS JANDA / DUDA...!! adoiii... zmn skrg ni msih lg ke ade org mengata ttg janda / duda?? nape msti fikir ttg org lain sdgkan diri sndiri merana...sedih...

Aku tahu ramai yg x tahu ttg kes penceraian... ni aku nk share, hope mmbantu.... oh ye, sebelum tu saya nk minta maaf la if ade tersinggung hati mana-mana pihak... Ape-ape pun, saya sebagai wanita tetap akn melindungi hak-hak wanita lagi2 kalau wanita itu diceraikan...

*************************************************************************************

Perceraian, Nafkah dan Harta
(Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Pulau Pinang) 1985 (Pindaan Tahun 1993*)

Syarat-syarat Perceraian


(a) Perkahwinan anda didaftarkan di Malaysia.
(b) Perkahwinan anda mengikut Hukum Syarak.
(c) Permohonan perceraian harus dibuat di negeri tempat anda atau suami anda tinggal.

Jenis Perceraian
Terdapat 4 jenis perceraian yang sering digunakan
:


(i) Taliq
(ii) Fasakh
(iii)Khulu
(iv) Lafaz Talaq
Taliq (Perceraian kerana melanggar perjanjian)

Taliq adalah perjanjian perkahwinan yang dilafazkan oleh suami semasa akad nikah. Jika suami anda melanggar taliq, anda boleh melaporkan hal ini kepada mahkamah, dan sekiranya mahkamah mendapati suami telah engkar taliq maka perkahwinan boleh terbubar dengan satu talaq. Taliq mempunyai syarat-syarat seperti berikut:

(a) meninggalkan anda selama 4 bulan atau lebih tanpa nafkah; dan
(b) melakukan penganiayaan terhadap anda.

Biasanya perkahwinan yang didaftarkan selepas tahun 1980 mempunyai taliq yang
tertulis di sijil perkahwinan. Semua negeri mempunyai taliq berkaitan nafkah dan
peninggalan langsung. Hanya beberapa negeri membenarkan perceraian taliq atas alasan
penganiayaan.

Fasakh (Pembubaran Perkahwinan)Anda boleh memohon fasakh jika suami anda melakukan kesalahan tertentu. Di
antaranya ialah jika suami anda:
(a) hilang selama lebih daripada 1 tahun;

(b) tidak memberi nafkah selama 3 bulan;

(c) dipenjarakan selama 3 tahun atau lebih;

(d) gagal memberi nafkah batin tanpa sebab yang munasabah selama 1 tahun;

(e) berterusan mati pucuk sejak mula berkahwin tanpa pengetahuan anda;
(f) menghidap kusta atau vitilago atau penyakit kelamin yang berjangkit atau gila selama 2 tahun

(g) berkahwin tanpa rela anda pada usia anda 18 tahun atau kurang, walaupun diwalikan
oleh wali mujbir dan suami belum menyetubuhi anda hingga sekarang

(h) menganiaya anda seperti melakukan penderaan fizikal dan mental, memaksa anda
menjalani hidup yang tidak bermoral, menggunakan harta anda tanpa kerelaan anda,
tidak adil dalam berpoligami, menghalang anda daripada beribadat dan suami anda
berkawan dengan perempuan jahat

(i) belum menyetubuhi anda setelah berkahwin selama 4 bulan kerana suami enggan
berbuat demikian

(j) berkahwin tanpa persetejuan anda atau persetujuan anda berdasarkan paksaan,
kesilapan, ketidaksempurnaan akal dan keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak

(k) berkahwin dengan anda dengan persetujuan sah, tetapi pada masa perkahwinan ada
mengalami ketidakstabilan mental (sakit otak), samada berterusan atau berselang
(mengikut tafsiran Ordinan Sakit Otak 1952) dan penyakit itu menyebabkan anda
tidak berupaya memasuki perkahwinan

(l) anda mempunyai kecacatan yang meghalang persetubuhan

(m)atau alasan-alasan lain yang sah di sisi Hukum Syarak yang mugkin berbeza
mengikut negeri tempat perceraian dipohon

Khul

Anda boleh menawarkan pampasan kepada suami sebagai balasan melafazkan talaq. Jumlah pampasan tertakluk kepada persetujuan anda dan suami anda, dengan diadili oleh
mahkamah. Di zaman Rasulullah S.A.W pampasan ialah maskahwin (mahar)

Lafaz Talaq

Perceraian diperolehi apabila suami hadir ke mahkamah dan melafazkan talaq. Sekiranya
suami melafazkan talaq di luar mahkamah maka anda haruslah merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan lafaz talaq tersebut.

Ruju’
Suami hanya boleh ruju’ dengan anda dalam tempoh ‘iddah (3 kali haid atau 3 bulan
selepas perceraian). Ruju’ mesti dilafazkan oleh suami dan didaftarkan di Mahkamah
Syariah. Mahkamah akan siasat samada anda bersetuju terhadap ruju’ tersebut. Jika anda tidak bersetuju, mahkamah akan melantik satu jawantankuasa pendamai untuk cuba
mendamaikan anda dan suami. Sekiranya anda masih tidak bersetuju, anda tidak akan
dipaksa untuk ruju’. Ruju’ tidak boleh dilakukan dalam perceraian khul’, fasakh atau
talaq tiga.

Nafkah dan Harta
Nafkah Selepas proses perceraian, anda berhak menuntut:

1. Nafkah Iddah
2. Nafkah tertunggak isteri (jika pada masa perkahwinan suami gagal memberi anda
nafkah)
3. Nafkah anak dan nafkah tertunggak anak (jika anda diberi hak penjagaan anak secara
kekal atau sementara)

Mut'ah (Bayaran saguhati)

Anda berhak memohon mutah daripada suami anda selepas perceraian. Jumlah mutah
akan ditetapkan oleh mahkamah mengikut Hukum Syarak. Diantara perkiraan mutah
ialah:

Nafkah Harian x Tempoh Perkahwinan


Harta Sepencarian

Anda berhak memohon harta yang terkumpul semasa perkahwinan anda dan suami.
Mahkamah akan membuat keputusan mengenai kadar pembahagian harta tersebut dengan
mengambil kira sumbangan anda seperti:

(a) kewangan, harta benda atau tenaga;
(b) hutang untuk kepentingan bersama semasa perkahwinan;dan
(c) keperluan anak-anak yang belum dewasa.

Anda berhak menuntut harta sepencarian walaupun harta yang diperolehi semasa
perkahwinan hanya daripada usaha suami sahaja. Mahkamah akan membahagikan harta
tersebut dengan mengambil kira:

(a) sumbangan tenaga anda terhadap kebajikan keluarga;
(b) sumbangan tenaga anda yang membolehkan suami mengumpul harta; dan
(c) keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan anda.

Hak Tempat Tinggal

Anda berhak tinggal di rumah yang didiami semasa perkahwinan selagi suami anda tidak
menyediakan tempat tinggal lain yang bersesuaian. Hak tempat tinggal akan terbatal
apabila:
(a) tamat tempoh ‘iddah
(b) tamat tempoh penjagaan anak
(hingga umur 18 tahun atau lebih)
(c) anda berkahwin lain
(d) anda berlaku keji

Hadanah dan Penjagaan Anak

Anda mempunyai keutamaan ke atas hadanah (custody) anak dan suami pula ke atas
penjagaan (guardianship) hak dan harta anak. Hak-hak tersebut boleh dicabar di
mahkamah jika salah satu pihak dianggap tidak sesuai diberi hak tersebut. Mahkamah
akan mengambil kira kepentingan anak.

Kesalahan Perkahwinan

Anda boleh membuat aduan di mahkamah tentang perbuatan suami anda dan mahkamah
boleh mendakwanya atas kesalahan-kesalahan seperti berikut. Diantaranya ialah jika
suami anda:
1. Menggangu anda
Anda boleh mendapatkan perintah tegahan daripada mahkamah untuk
menghentikan gangguan tersebut mengikut Undang-undang Keluarga Islam atau

Akta Keganasan Rumatangga.
2. Menganiaya dan berlaku tidak adil terhadap anda (S.127 & S.128)
Jika tersabit kesalahan suami anda boleh didenda atau/dan dipenjara.
3. Berpoligami tanpa kebenaran mahkamah (S.123)
Jika tersabit kesalahan suami anda boleh didenda atau/dan dipenjara.
4. Melafazkan cerai diluar/tanpa kebenaran mahkamah(S.124)
Jika tersabit kesalahan suami anda boleh didenda atau/dan dipenjara.
5. Meninggalkan langsung anda setelah diperintah oleh mahkamah untuk kembali kepada anda dia enggan berbuat demikian (S.120&S.126)

Perbuatan ini melanggar perintah mahkamah dan suami boleh didenda dan/atau
penjara.
* Seksyen mungkin berbeza negeri masing-masing. Sila rujuk Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam negeri anda.(S= Seksyen)

Sunday, October 23, 2011

Need ur help~

0 comments
Salam...

my problem need to solve:

... Lecturer tukar my topic untuk projek sarjana aku...
Hmmm... now aku buntu...
Ape aje yee...
lecturer nk aku buat ttg "tahap pembacaan dalam kalangan pelajar"... okey... tahap pembacaan... any info ttg subject yg related ni plz email me : yayajohorean@gmail.com

Aku harap sgt ade yg sudi mmbantu aku dalam menyelesaikan proposal untuk projek sarjana aku ni yg akn di submit ptgahan bulan November :-)

Tq u olls...

Friday, October 21, 2011

Semakin lama....

0 comments
Perlu ke blog aku tempat aku utk meluahkan ape yg terbuku dihati?? agak-agak kalo aku pendam leh gile x?? aku nk luahkan kt sape? kaloaku luahkan kt Mr.Hubby, dah tentu jawapannye "biarlah... sabarlah..." adoiii... nk luahkn kt fmly aku lg2 kt mak aku pon jwpan nye sama kot...

Aku hot temper tol la.. fade Up dgn perangai adik aku yg semakin lama semakin berani menengking aku dan x de rasa hormat kt aku... smpai skrg aku trtanye2 ape yg mmbuatkan die mcm tu !! mustahil kalo salah dididkan mak ayah... sbb aku ngn kakak aku pon didikan mak ayah aku gak kot !!


Ape perlu aku buat?? perlu ke aku ignore die?? wat x nampak je... x pyh tegur, tgok pon x pyh... tp, sampai bile?? sampai bile?? aku bkn jenis manusia hipokrit kot !!

Aku btol2 buntu... aku cite ng kakak sulung aku, die pon x taw nk ckp ape... kalo nk kutkan perasaan, nak je aku tonyoh2 cili api kt mulut die tu...tp, sabar... sabar... huh !! smpai bile ntah !!

HOT betol !

Thursday, October 20, 2011

AKU RINDU KORANG !!

0 comments
AKU RINDU KAWAN2 AKU... UITM DIHATIKU... RINDU KAWAN2 SEKELAS, SERUMAH, SEFAKULTI....LALALA... MANA KORANG??? REUNION JOM !!


--- ni my lovely housemate, sgt sayang kat diorg ni... 3 tahun serumah x pernah pisah, susah senang sama-sama ----



--- my housemate gak, kurang sorang (NANA)time ni sme silat ---



--- my Club (gedikz club) my soul... my friends till die.. love u all !! ---



--- program Public Relation Codi...tp, codi tak de, yang ade ktrog ni jek la yg tukang memeriahkan majlis ---



--- program kelas kami di Kg.Buku, time ni dh kat dataran pahlawan (menara taming sari)... rindu sgt ngn korang !! ---



--- Happening Moment !!! time ni birth our ketua kelas, HATTA... happy birthday~ ---



---Program Event Management..perasan x baju kami sama? sbb ape? sbb kami kawan baik---



--- The best moment !! dpt no.2 taw ptandingan poco2 ni, thumbs up geng !!---



--- My classmate tersayang, hensem2 dan cantik2 semua nyee, miss u all !! oh yaa, dm ni yg dah kawen : Aku,Lya,Kak Wani, Zara...who will be next???---



---Program di Pulau Chekas under KRESMA---

Banyaklagi picture kawan2, nanti laa kat next-next entry yee... MMuaHHh utk kwn2 saya... miss u all !!

TAHNIAH EKIN + ENDRA

0 comments


CANTIK KAN DIORANG !! SEPADAN !! SELAMAT PENGANTIN BARU TO EKIN + ENDRA...AKHIRNYA SAMPAI JUGA JODOH KORANG BERDUA.. AKU DOAKAN SEMOGA SENTIASA BAHAGIA KE HUJUNG NYAWA DAN CEPAT2 BERGELAR MOM & DAD !!

Semakin ceria

0 comments
Tiada kata seindah rupa... tiada rupa seindah bahasa...
Aik.. agak2 leh tahu ke mood aku hari ni dgn kata2 tu td? :-)

Entri aku kali ni haruslah aku nk story ttg anak aku yg semakin mmbesar dan semakin ceria.. Know what, die skrg dh 6 bulan stgh, berat pon dh cecah 8kg.. waHhh, skrg suke sgt makan nestum dan di waktu ptg akn mkn biskut farley kesukaan nye. Suke sgt bile tgok baby makan. Kdg2 hati aku ni meronta2 nk sumbat ank aku mkn nugget ke, ayam ke.. eheh.. Ohh Noo !! baby lagi !! Cannot !!

Diwaktu aku menulis entry n, anak aku sdg enak dibuai mimpi.. tp, x pasti mimpi ape, sbb die merengek2 sorang2...so sweet.. mcm sedih je mimpi die.. hehe... Alhmdulillah kehidupan aku sgt berharga.. Walaupun aku dah start busy dan stress dgn assignment menimbun & study aku, tp, alhmdulillah bile aku tgok wajah si kecil tersayang, dan wajah mr.hubby yg sentiasa sabar dan memahami...hilang teros stress aku..

Aku bersyukur aku masih berpeluang meneruskan pelajaran ke tahap master ni walau kini aku bergelar isteri dan mama... aku sentiasa cuba lakukan yg terbaik utk mr.hubby & my little princess... Aku cuba mnjadi isteri dan mama yg bertanggungjwb disamping aku juga bergelar pelajar di UTHM.

Kuat semangat !! itulah yg sering aku ckp dlm hati... tiap kali aku merintih, aku akn cpt sedarkan diri aku dan katakan " YAYA, kau harus kuat...demi keluarga kau !"

Alamak kwn2...sorry tertouching & terlari tajok lak... hihi.. x pe laaa, ni pic baby aku yg dah besar dan ceria..



hehe...comey kann... doakan baby saya sentiasa sihat dan ceria selalu...amin

Frustrated betol !!

0 comments

Hai bloggers,
So sad bile mengenangkan perangai adik kesayangan dan adik bongsu aku...
semakin hari hubungan kami semakin terok..
tak tahu psl ape die benci sgt ngn aku... tak kan sbb aku lahirkan anak, die teros benci sama aku.. mustahil kot, x kan nak jeles... sampai anak aku pon die x suke.. Perlu ke??

Aku gaduh ngn die dh hmpir seminggu. Frust sgt... perlu ke die menengking2 aku?? aku ni sape bg die?? kakak kan?? die adik kannn?? ape laaa dosa aku smpai die wat aku mcm ni...

Die lupa agknye yg aku pnh jd kakak kesayangan die (sblum aku kawen)... hmm...
Tak pe la, aku harap die akan sedar 1 hari nnti.. aku positif kan diri aku dgn meng'ia kan ckp mak aku yg "die tu budak lagi" walaupun dh 12 tahun !!

k la... lastly, aku positifkan diri aku sndiri... Bye !

Friday, October 7, 2011

My baby jatuh Buai

0 comments
Today aku dan mr.hubby g bawak baby urut kt kg... hope x de pape kann... risau gak ktorg kalo de pape kn, yelah..jatuh buai kot...bukan rendah, tinggi tuu... alhmdulillah kepala or badan die x kene besi... bak kata ayah, malaikat selamatkan.

waHhh, suka tol my baby ni di urut. hehhe..ikut perangai mama ngn ayah la ni, asal sakit je g urut. :-)

Ni haaa tido aje la dr ptg td,... ade lah bangun kejap tolong teman mama masak...slamat x tolong sebok... baby...baby... u're so cute..mmuaHHh..

k la... doakan baby aku sihat ye..

Monday, September 12, 2011

diari_12 sept 2011

0 comments
...kini aku bergelar student Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional...

...seawal jam 8.30 pagi aku dan Lya bersama housemate baru die (Ilyani ngn fedi) dah ade terpacak kt dpn office...semua gara-gara ktorang lain sekseyn (kelas)... huh... ktorang nak tukar utk sama kelas.hmmm... ktorang g la tnye kt kaunter, kakak kerani tu dgn bernada keras ckp x boleh nk tukar seksyen... aduhaiii..., tp ktorg ni kan pantang mengalah...ktorang x kire akan ktorang usahakan jugak utk 1 kelas... actually bukan ktorng je yg nk tukar kelas,ramai kot, diorg smua kne laa cari tukar orang iikut suka sama suka...kan susah nk cari kan, jumpe tp x match la plak kan...bosan tol... sampai lah dh dekat kol 11pg barulah ade idea ktorg tukar ikut dlm list nama tu...hah...solution yg bernas kan...jd setel dah masalah seksyen...

ptg jam 2.00ptg ktorg berkobar-kobarlah datanga wal ke kelas, skali tu dah duduk lebih 10 minit, skali salah kelas...hahahha... amik ko... sukati jek kan.... hmm...dah msuk kelas yg btol, lecturer plak x de... nk wat camne, balik arrr !!! aku tunggu mr.hubby aku amik.

Thankz mr.hubby, mcm tahu-tahu je wife u tu lapar, die bawak makan kt restoran mne ntah, tp sedap makanan nyee... hihiihi....

jam 5ptg mr.hubby ajar aku bawak kereta... aduhaiii... die sama jee ngn tenaga pengajar kereta tu, marah2...alahaiii, dah aku ni bukan nye pandai, jd x mo laa marah2 kan... sabar aje laaa... tp, alhmdulillah, hasil aku blajar kete ngn mr.hubby agak mmberangsangkan, aku dah leh main belok2, dah leh parking cuma parking x tegak lah... pastu dah confident bawak balik umah walaupun ade jeee yg salah smpai kne marah...peduli ape kan...

waktu malam lak, aku ikut mr.hubby nk cari rumah utk beli, sampai bile laa nk dok uma sewa kan... rugi kan !! lepas tu ktorg ke klinik azlina (klinik pakar kanak-kanak), cian my cute baby demam + selsema... aduhaiii... kalo lah aku leh amik penyakit die, aku dh amikd ah, aku x smpai hati tol tgok baby aku tu selsema, susahnye laa die nk bernafas kannn.... sabarlah sayang, nnti mama bg makan ubat kan...mama ngn ayah x kesah harga ubat tu mahal, janji baby cepat sembuh...

ok lah... daaaa~~~

Thursday, August 25, 2011

...kenangan semua ni...

0 comments

Hari ini urusan aku di SMK.PEREMPUAN TEMENGGONG IBRAHIM -TIGS- untuk minta tanda tangan SAKSI pd borang2 master ni... Aku tiba pd jam 11.30pagi. Agak terkejut bile tgok sekolah aku tu berubah wajah...wahhh...makin cantek... biasalah kan, sekolah bestari..ahakz... Aku sempat tinjau2 bangunan2 baru, ternyata banyak sangat yg berubah kedudukan. Dulu kantin sekolah dkt pagar utama skola, skrg dah tukar kt blkang kt pintu blkang skolah. Jalan kt skolah pun one way ok... heheh... Teringat aku kenangan kantin, hahaha... geng botol air sampai, x kan ade sape yg berani duduk kt meja ktorg... melampau kan... heheh...

...tinjau lagi, perghh... dulu tempat aku masak, g kelas KH-ERT, g lepak kt dewan membaca tu dah berubah, dah bina bangunan baru... kt hujung sana tu pun dh dipagar rapi, kalo x, itulah tmpat aku dan kawan2 panjat amik buah rambutan... aiyakkkk... kecian plak tgok dak2 skrg x kn dpt mkn buah rambutan tu... ade lg ke x eak.. he3.

huh... then, aku tros g naik pejabat [atas bilik guru], tanpa lengah masa, aku minta pn.suraya untuk tanda tgn dan cop as a saksi aku laaa kt borang2 tu.. siap je urusan, aku pun jmpe laa pn.marpuah, saje ajak borak2...tp, kejap je sbb die busy kot.. huhu... jumpe pn.khulasah, die soal aku;

Pn.Khulasah ; 'awak masih x dapat keje lagi?'
Aku ; hmm.. tak cikgu, lom lagi dpt, msih di mcd...[terkulat2 aku jawab taw]
Pn.Khulasah ; susah ke nk dpt keje? awk dulu amik course ape?ni kenapa dtg?
...amik ko skali 3 soalan nye... ehhe
Aku ; aah cikgu, dulu sy degree dlm pengurusan perpustakaan, ni sy dtg sbb sy nk mnta cop, sy sambung master cikgu kt uthm...

pastu... aku terserempak plak dgn Pn.Rashidah Mentol...

Pn. Rashidah; eh, kat mana skrg?
Aku ; kt bp cikgu...eh cikgu masih ngn Kelab Setia?
Pn. Rashidah ; tak lagi..saya dah x setia dah... ahhaha

lerrr.... padahal dlu Kelab Setia tu laa byk aktiviti taw, then agak aktif...tgok la siapa pengerusi nyee kalo bukan aku... mungkin x de aku kot cikgu rashidah x nk jd guru penyelaras kelab tu lg...hahah..perasan kan. ;-p

hah... lg sorang cikgu yg wajib aku jumpe untuk gosip... mestilah cikgu Nordin... aku jmpe die kt blok Cempaka...ade lah setengah jam borak-borak... hahaha... mmg berdekah aje lah ngn cikgu Nordin tu...sambil borak sambil aku terkenangkan zaman aku skolah... Ya ALLAH betapa degil nye aku time tu dan hampir semua cikgu kenal aku. huhu... degil je kot, x jahat ok... aku ingat lagi kat blok mawar tu aku dan shuba conteng dinding lukis gambar rumah kat guna cat, rembat bendera malaysia gantung kt kelas sndiri...pape jek laa...

Bile tgok dak2 skolah ni, jadi rindu plak pd kawan2 time skolah. Terfikir seketika, kalau lah dulu aku blajar betol2, x degil2, sure now aku dah jadi doktor kan... ahakz... tp x pe la...smua tu dah terlambat dan masa x leh diputarkan...at least aku jmpe kawan2 yg layak digelar sahabat time skolah dlu ; shuba,opie, mimie, joe, botak, fazi, zek, farah, anum, yah, zarith, chip, hanna, umang...etc...

aku baru je nk balik, terserempak plak ngn PN.ZANARIAH... dia cikgu Kaunselor taw... muka aku ni dh slalu la tercongok asyik kne jmpe kaunselor jek la... td die nmpak je muke aku teros pnggil SHAHIRA dgn nada tegasnye tu.. heheh.. aku tersengih2 jek la.. pastu borak2 kejap, aku ckp aku nk sambung master sbb die tnye aku dulu kot, die tnye lepas skola x blajar mana2 ke... ahhah.. die dgr aku smbung master, die pun ucap syukur, yelah, ternyata aku skrg yg degil ni dah jd orang dah... eheheh...

....dulu dgn kaunselor cikgu zanariah ni lah aku pernah bersumpah ; 'saya,Nurul Shahira Salim bersumpah tidak akan mencabut dan membakar ubi dalam kawasan sekolah,sekiranya saya mengulangi perbuatan itu, maka saya akan DIPANAH PETIR dan MATI'.............. hahahaha... pelik kan sumpah tu...tp, tu lah yg disuruh cikgu zanariah taw... alahaiii..

Itu semua tinggal kenangan... kenangan yang akan aku bawa selamanya, akan aku ingat selamanya, dan pasti akan aku rindui, terutama rindu pada kawan2... aku syg kawan2 aku...walau skrg dah ada yg berkeluarga, tp, korang smua tetap di hati aku. Dan alhamdulillah aku bangga mempunyai kawan spt korang semua... bangga sangat... bile org tanye kawan2 aku yg degil sama2 aku skrg wat ape, pasti aku akn ckp semua dah berjaya, betapa bangga aku mmpunyai kawan spt diorang...

ktorang buktikan ktorang boleh berjaya walau dulu ktorg ni nakal... ehheh...
miss all 'da moment...




Time ni zek kawen, ni antar geng aku time skola, now semua dah berjaya taw... miss u all


Impressed with the house

0 comments
Lately aku asyik terfikir dan terbayang2 rumah impian ku. Rumah impian aku x lah sampai nak tepi laut ke, atas bukit ke... tp, rumah impian aku ; penuh dengan suasana ILMU... ni aku juz nk story je betapa aku kagum n teruja nye bile aku tgok that house...

Rumah tu adalah rumah 'happy family' yg didiami oleh kawan aku dan kawan kpd mr.hubby... hari tu ada laa brbuka puasa kt rumah die. What make me impressed with his house; masuk je rumah die aku dah nampak 2 - 3 almari kaca y ada pelbagai buku ilmiah... jarang kot rumah org letak almari buku2, slalunye rumah org msti nk letak almari perhiasan2 ala-ala english gtu...jarang kot org nk letak almari2 buku, kalau ada pun mcm umah aku cuma satu...tp, tu pon tersorok taw...hmmmm...tp, rasanye kalo umah org2 mat saleh mmg standard laa ade mini library kt rumah kan... bestnyeeeee.......


GAMBAR SEKADAR HIASAN

Tetiba terasa jeles, kalau lah rumah aku spt itu, akan aku buat MINI LIBRARY, then tiap buku / bahan bacaan akan aku buat catalogue, akn aku standard kan gune MARC21, then akn aku tampal bar code buku2 tu untung memudahkan pencarian... pastu kne lah ade system untuk searching kan.. mcm dlu time degree projek group aku gune Book Collector.. leh gune ape... ehhehe... wahhh, itulah x sia-sia aku blajar in Library Management taw.. aku x kire, one day akn aku apply apa yg aku blajar tu.

...untuk that person... beruntung dilahirkan sbg seorang yg berilmu, dilahirkan oleh parents yg berilmu...tgok je ahli keluarga die mostly smua graduate... mostly smua bekerjaya.. mesti bangga kan mak ayah die... ehehhe...

...neway, aku pun beruntung memiliki mak ayah aku yg slalu support anak-anak nye utk blajar, menimba ilmu... tgok aje kakak aku dah senang dah die, walaupun trpaksa berjauhan dgn mr.hubby die... tabahkan hati my sis...

daaaaa...........................................................

Buntu

0 comments

.... time rehat aku... kat cc summit... dalam kebuntuan...
damNnn !!

UNPAID LEAVE ?? PART TIME WEEKEND ?? RESIGN ???


which one eak??? aku buntu... aku dah nk sambung balajr ni, tp fikir nak keje or tak or cuti tanpa gaji... hMMm...
plzzzz sugest to me... i need some advice lorrr....

.......sigh.........

Wednesday, August 24, 2011

Susah Senang dilalui~~

7 comments
Teringat aku masa kt UiTM (sem 6) aku mohon sambung Master in Library kt UiTM puncak lah… ingat lagi masa tu kawan2 smua sibuk isi borang kat PTAR, aku dan kngkawan lain agak kelam kabut nk setelkan borang, nk cop sana sini, nk photostat sijil2 lg, pulak tu wt last minit… pastu nk pos dh x sempat, trpaksa lah by-hand ke …..?? (alamak, lupe lak nama tmpat tu)… aku g ngn Abe (wan fikhry)…hihi…lepas hantar je, g pekena McD.,.. before exam kami dah dipanggil utk interview kemasukan master…berdebar beb time tu… yg interview aku plak lecturer2 yg aku takot (dr.Fauziah, Dr.Dang Merduwati, Dr.Syariff)… hihi… aku dok pakai hentam je la speaking nye.. ape je disoal eak? More focus about library laa, pasrah jek la time tu…

Time praktikal, aku dapat tawaran sambung master course Library management IS770, tp, kne postpone coz aku praktikal habis bulan 1…aku call laa dr.syariff untuk postpone masuk intake July… ok…dalam bulan 5, aku konvo, then x laa tu aku check kt student portal, aku dpt smbung master intake July…. My God!! Aku x leh lg sambung coz tarikh msuk dah 5July, sedangkan majlis kawen pihak lelaki 4July, x kn lepas kawen nk blah gtu je kn smbung study, nk daftar lewat kang rugi plak…aku pon mnak postpone lg utk msuk intake January’11… yelah, master kn leh hold setahun (2sem) kan… hihi… skali, dah smpai bulan January, aku x msuk gk master kt UiTM, yelah…aku pregnant kot… due aku plak bulan 4…aduhaiii… kne laa aku utamakan yg utama kan… so,aku pon lupakan sbntar niat nk smbung master tu. :-p

Genap setahun perkahwinan kami, anak pond ah msuk 3 bulan time tu (Julai 2011), aku pon mohon Master di UTHM… niat nk apply kt UTHM tu mmg dah ada, cuma lom survey what course yg sesuai ng aku, aku de gk ajak ayu ngn Lya tuk smbung sblum ni, tp, msing2 lom ade bajet, Lya pun dh nk kawen time tu…tp, akhirnye bulan 7 aku dan lya mohon gak smbung blajar, ayu je x join… selepas aku dpt tahu Aida sahabat UiTM ktorang dah 1 sem smbung Master dlm pendidikan teknik dan vokasional kt UTHM tu, ktorg tanye la course tu ok ke x…camne… mcm2 la…at last ktorg apply tht course sbb mcm menarik minat kami kan…

TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT PADA MR.HUBBY TERSAYANG… kalau x de supporters dari Mr.Hubby, rasanye x kuat aku nk sambung blajar.. WaHhh, teringat plak susah payah dan pengorbanan mr.hubby bawak aku ke UiTM kampus Puncak Perdana, S.Alam, jumpe ngn Pn.Hamidah utk aku mintak butiran dan sign for Referee… aku bwk skali borang Lya time tu… aduhHh, mcm2 dugaan beb… mcm2 perasaan pon ade…yg pasti aku SEDIH time tu dgn ape yg trjadi… rasanye hanya aku, Mr.Hubby dan Lya je yg tahu ape yg trjadi tht day… uwaaAaa…. Neway, segalanya Alhamdulillah dipermudahkan… Teri ma kasih pn.Hamidah coz sudi mnjadi Referee dan sorry menyusahkan coz kne pos kan ke UTHM…

TERIMA KASIH JUGA PADA MY PARENTS TERSAYANG…mak ayah slalu doakan yg terbaik utk aku…. Diorg juga support aku blajar, tambahan pula aku dah ada anak, terharu aku bile aku dgr mak aku ckp”kau nak blajar, g la blajar, mak jaga Dhia” aduhaii… terima kasih mak jaga anak yaya…. 

ok laaa....dah nk masuk subuh ni... baru lepas bersahur td ngn mr hubby__ td juz masak sayur + sambal tumis kerang... hihi

daaaaa~~~

__Happy_juz Update

0 comments
Salam Blogger ~blogger se-Malaysia

Sekian lama aku tak mengUPDATE blog aku, tetibe hari ni aku nk update laaa… hihi… tgok kwn2 punye blog siap dh update ttg bulan Ramadhan…yg aku ni, Syawal dah nk tiba baru laaa nk ucap kat korang SELAMAT BERPUASA…hihi… agak melampau kan?? X pe… better late than never, rite??

Lately aku sgt2 lah busy, jadual aku padat…byk perkara aku fikir dan must be done before 8sept ni… ishhh… moga segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin~

Alhamdulillah aku dah terima surat tawaran master. Perasaan aku mcm2, yg pasti excited + takut lah… excited beb nk sambung study lg. WaHhh…takut pon ade, yelah, tambah lagi tnggungjawab aku, selain aku menjadi seorang isteri + mama…aku juga bakal menjadi pelajar. Hihi…

SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (MBV) kemasukan semester 1 tahun 2011/2012

Hah !!! itulah course yg aku amik. Mmg niat dah lama nk smbung study kt UTHM tu, Cuma asyik hold je…al-maklumlah dah kawen ni kan, lagi time tu aku pregnant…so, kne lah utamakan yg utama dlu.

Akhirnya aku bersama-sama sahabat UiTM aku – LYA SAFAR akn sama-sama study dan berkorban demi masa depan diri dan keluarga masing2… doakan kami berdua ye…

_sigh_

Friday, July 8, 2011

Penunggang Motosikal Maut Terlanggar Tayar Jatuh Dari Lori

0 comments
IPOH: Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas terlanggar satu tayar yang jatuh dari sebuah lori di Km 375.8 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Tanjung Malim malam Rabu.

Ketua Polis Trafik Perak Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata dalam kejadian pada 8 malam tadi, Syed Ahmad Mubarak Syed Omar, 25, dari Pulau Pinang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur tayar yang terjatuh dari lori di hadapannya dan terbabas di atas jalan.

Syed Ahmad Mubarak mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di Hospital Slim River.

Dalam kejadian itu, lima buah kereta turut terbabas kerana mengelak tayar itu, kata Wan Abdullah. - BERNAMA

7 Jul 2011


***** TAKZIAH BUAT KELUARGA ARWAH.... MOGA ARWAH DITAMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG YANG BERIMAN... ARWAH SEORANG YANG BAIK + PERAMAH SPT YANG SAYA KENAL SEWAKTU SAYA BELAJAR DI UITM SHAH ALAM....

AL~FATIHAH

Friday, June 10, 2011

Kenduri potong jambul & akikah

0 comments
4 Jun 2011 (sabtu)

Alhamdulillah kini anak aku (Dhia Raudhah) dah semakin membesar dengan sihat. Kini usianya sudah 2 bulan lebih dan berat pula sudah 5.25kg. Semakin hari semakin comel sehingga aku x mampu untuk mengelak dari membelek dan menatap wajah puteriku itu. Terima kasih Ya ALLAH dgn anugerah-Mu ini.

4 Jun hari tu aku dan Jon buat kenduri potong jambul & akikah untuk Dhia di umah family aku. Ramai yg dtg. Sedara mara aku dan juga sedara mara seblah mr.hubby. Alhamdulillah perjalanan majlis diberkati.

Pada mlm tu, ank aku tido jek laa...susah tul org nk berposing gmbar dgn die. Hehhe... agak sronok la, al-maklumlah rumah aku dah lama tak buat kenduri. So, terasa begitu meriah.

Kredit for my lovely mom+dad... kredit gk tuk my sis & abg ipar aku yg byk mmbantu aku & mr.hubby untuk mnguruskan kenduri potong jambul&akikah.

Ok lah... ni antara pic time kenduri.. selebihnya kalo nk tgok, tgok la kt m FB yee... daa~







Sunday, May 22, 2011

... buah hati mama & ayah...

0 comments

**Thanks & Appreciate **

0 comments
Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi

Rezeki baby Dhia Raudhah...

Disini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd sedara mara, adik beradik mr.hubby, kawan-kawan seperjuangan ex-TIGS, ex-UiTM dan juga kawan2 kerja kami yg sudi menziarah aku dan juga baby. Sangat terharu kami di atas keperihatinan kamu semua.

Terima kasih juga kpd yg dtg mmbawa hadiah dan juga pemberian duit kpd Dhia Raudhah. Alhamdulillah.... ini semua rezeki Dhia. Terima kasih korang semua... sangat aku hargai...

Special Thanks & Appreciate to:

- My sis (Ein) + Mr.Hubby (Abg Kamal)
- Carrefour Magnificient Diagraph
- Shuba
- Linda + Shahrul
- Kak Zura Awad
- Sita (adik ipar)
- Kak Jem (kakak ipar)
- Aishah Idris + mr.hubby
- Kak Siti Effa + Egut (cousin)
- Anum
- Kak Linda (cousin)
- Wan McD
- Ayu UiTM
- Lim Rue Chee
- Fiza + Ajib
- Wawa + Eja + Din + Nana + K.Niza + Aishah + Zila
- Aida + Yan
- Kak Ana (cousin)
- Effa Gift Point
- Bedah
- Mimie + Mr.hubby
- Nadhirah Mior
- Zarith + Yah + Joe
- Nazihah

coz.... beri mcm2 special GIFT utk Dhia...... thankz a lot...

Dhia semakin Comel

0 comments


Dia sape? Dia adalah Dhia...
he3.. Dhia Raudhah puteri sulung kami semakin mmbesar dgn sihat dan comel. Syukur Alhamdulillah... Umur Dhia pd hari ini ialah 1 bulan 22 hari. Berat pun dh btambah, kini 4.5kg...

Alangkah indahnya kehidupan aku & mr.hubby dgn kehadiran Dhia dlm hubungan kami. Tak pernah ku bayangkan selama ini aku akn mmpunyai anak. He3. Memang x nafikan jadual seharian aku padat. Tapi, nk ikutkan, baby kot...ape je yg padatnye?? hehhe... yelah... my baby ni semakin bijak dah. Kalau boleh 24 hours die nk mama or ayah die ade disamping die.. tido kne ditepuk dan dipeluk.. aduhHh... manja sunguh. :-)

Kdg2 ade juga trdengar suara yg ckp " hah... itulah, asyik dipegang je, kan dah baby tu x nk letak, asyik nk dok dipangku je"... aku ni wt x fhm je... rupa2nye ade betol gk teguran tu. Skrg sape susah? aku juga... ehhe... smpai ade skali tu aku nk gosok gigi pun x smpat. Aduhaiii... lawak sungguh.

Now aku dh bijak menguruskan masa aku walaupun kngkadang agak kelam kabut dan x terurus. Dhia pun dh meragam spt dulu. Kalo dulu jam 1 pg or 2 pg dah bangun brjaga smpai lah ke subuh. Tak cukup brjaga, menangis plak tu. Aduhaii,... mmg mnguji kesabaran juga lah. Tp, disebabkan kasihnya seorang mama, aku layankan juga kerenah anak aku yg comel itu.

Waktu tidur si baby comel barulah aku boleh siapkan tugas2 aku sbg seorang isteri kpd mr.hubby. Alhmdulillah smpat juga aku masak utk mr.hubby mkn tgh hari, ptg dan malam. Sempat juga aku mmbasuh dan melipat baju. Sempat juga aku buat kek kesukaan mr.hubby (kek coklat) dan smpat juga aku mengemas rumah... tak cukup itu... lagi sempat untuk aku berFacebook... hihihi....

Hah....ni nk cite psl mr.hubby lak... OucHhh... so sweet tau bile mr.hubby @ mr.ayah ni menukar pampers anak... kasihnya seorang ayah trhadap anak terpancar di wajah mr.hubby. Kengkadang aku dah terlalu penat, jam 3 pagi pun mr.hubby mmbantu aku utk menukar pampers anak.. THANK U MR.HUBBY. :-) wink~~

ok laaa... sbnrnye nk tulis mcm2 lg ttg baby & my new life ni...tp, x leh laa... baby dah pnggil "mama...mama..." ... nak susu la tuh... k laa yee..... jmpe di lain entry... daaa~~

Friday, May 20, 2011

MOVE or STAY ???

0 comments
Which one is better???
Aku buntu laa.
Aku x nafikan sjk dah ade baby, aku agk bahagia sgt2.
Kalau lah boleh mmg seharian aku nk mengadap dan mnjaga anak aku.
Tapi... masalah nya... ntah lah kan. BINGUNG...

Perlu ke aku STAY keje kt situ?
Atau... MOVE keje kt tmpat lain??

...... hmm ........
membingungkan !!!

lagi 1... camne kalo nk benti je keje??
means... SURI RUMAH spnjg masa??
Oh God...

Tuesday, April 26, 2011

-- Kini AKU bergelar MAMA --

0 comments


<<---PICTURE DHIA RAUDHAH HARI KE-20 (KE HOSPITAL BATU PAHAT)



Hari ini genap 26 hari aku bergelar MAMA kepada Dhia Raudhah puteri sulung aku & mr.hubby. Seakan tidak percaya kan…. Kehidupan aku kali ini amat berbeza. Sebelum ini kehidupan aku sebagai isteri kini sudah tambah tangungjawab sebagai seoarang mama.

Kini aku amat busy menguruskan si kecil ku yg comel… aku sangat bahagia menguruskan anak. Alhamdulillah aku dibantu sedikit sebanyak oleh mak aku. Banyak yg aku pelajari untuk menguruskan anak.

Sepanjang masa aku melihat wajah anak aku. Setiap inci wajahnya aku belek… aku melihat dia membesar depan mata aku… daripada berat lahirnya 3.05kg kini sudah 3.4kg…

Aduhaiii…. Kadang-kadang terasa tak percaya…tp, itulah hakikatnya…AKU SUDAH MENJADI MAMA !!! Ingin aku menjerit sekuat hati betapa bangga dan bahagia nya aku menjadi seorang mama…

Okeylah… aku nak sambung mengadap wajah anak aku… x pernah ku jemu…. Hehehe…itulah, sampai kerja lain aku x leh buat…. Baby tido pun aku asyik tgok jee… apatah lagi baby berjaga… asyik ku cium2 wajahnye yg gebu…

DHIA RAUDHAH…. MAMA JANJI AKAN MENJADI MAMA YANG BAIK UNTUK DHIA…MAMA JANJI AKAN BUAT SEGALA YANG TERBAIK UNTUK ANAK MAMA YANG COMEL NI… DHIA CEPAT BESAR DENGAN SIHAT YEE… NANTI MAMA BAWA DHIA JALAN-JALAN BELI MAINAN….

LOVE DHIA RAUDHAH SO MUCH !!! MMUAhhHH~~

Monday, April 25, 2011

Its Tido Time !!!

0 comments


Sweet and cute kan baby i ni tidur... Suka sgt tgok baby tido nyenyak camni...ape jek yee die mimpi?? adakah mimpi mnjadi puteri yg sgt cantekk??




Lasaknyee lah baby mama ni tido...ishhh... dah pagi ni Dhia...bangun sayang~ jom g mandi...




HAH !!! Susahnyee nk kejut Dhia bangun dari tido.. bangun lah cayang...mama nk main2 ba ba cak ngn Dhia ni...


*** Inilah wajah2 baby i yg semakin hari semakin comel ***

Dhia Raudhah @Hospital Batu Pahat

0 comments


Ni lah keadaan puteri kami di wad SCN... sgt menyedihkan...Be Strong sayang~~




Hari ke-3 di SCN, masih mndapat bantuan oksigen + on antibiotic




Hari ke-4 di SCN, alhamdulillah dah boleh bernafas sndiri tanpa bantuan oksigen, tetapi masih on antibiotic

Kelahiran Puteri Tersayang

3 comments
Salam 1 Malaysia...

Sudah sekian lama tidak mengUPDATE blog & juga blogwalking~ Terasa kekok pula utk menaip... hehe... Kali ni entry aku nk kongsi saat-saat kelahiran puteri sulung aku pada 1 April 2011.

Tanggal 1 April 2011 (april Fool ke??) mmg tarikh yg paling bersejarah dalam hidup aku & mr.hubby dimana lahirnya puteri sulung kami yg diberi nama DHIA RAUDHAH BINTI JUNRIZAN. Kelahiran tepat jam 9.27malam dengan seberat 3.05kg dilahirkan di Hospital Besar Batu Pahat, Johor.

*** Saat-Saat menanti kelahiran ***

~~ 31 Mac 2011 jam 9.40pagi -- kontraksi sakit & petanda keluarnye darah menyebabkan mr.hubby mnghntar aku ke Hospital Batu Pahat & didapati laluan sudah ada dan sudah buka 2cm dan terus dimasukkan ke wad.

~~ 31 Mac 2011 jam 10mlm -- kontraksi sakit setiap selang 2 jam dan masih 2cm...aduhHh, lambatnye laa... smntara aku yg peramah dok borak2 dgn org2 sblah2 katil smpailah jam 4pg... :-p

1 April 2011 jam 10pg -- Check laluan by Doctor Asyraf dan didapati sudah buka 4cm... oHhh God.. takut pula dah hampir2 nk dimasukkan ke labour room.

*** Bacaan-bacaan surah untuk memudahkan proses bersalin : Ayat Kursi, Surah Al-Anbiyak, Surah Al-A'raf, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas, & Surah Alam Nasyrah ***

1 April 2011 jam 4.00ptg -- Aku diberitahu akan dimasukkan ke LABOUR ROOM...dan aku terus menelefon mr.hubby untuk standby di luar wad. Aku menelefon Mak Mertua aku dan memohon ampun maaf serta halalkan makan minum... Aku menelefon mak aku dan beritahu aku akn dimsukkan ke dewan bersalin dan memohon ampun dan maaf, halalkan segala makan minum...aduhHh..syahdu nyee....sayu hati...

1 April 2011 jam 7.00mlm --> Doctor Norazah & Doktor Prakash memecahkan Air ketuban aku. Jelas kedengaran seakan bunyi letup dan x lama tu air ketuban melimpah keluar.

START 7.30 mlm :::: sakit dan semakin sakit...semakin kerap... CTG (alat scan jantung baby) dilekapkan di perut membuatkan aku terpaksa baring terlentang... Aku asyik melihat jam... yelah, sakit semakin lama semakin kerap... nurse2 praktikal yg byk mmbantu aku mengurut pinggang, kaki dan mana2 lah lg yg kram & sakit..

1 April 2011 jam 8.00mlm -- Mr.Hubby masuk menemani aku untuk spnjg proses kelahiran anak pertama kami... mr.hubby byk mmbaca ayat2 al-quran, byk selawat ke telinga aku dan mmbantu aku mengurut sedikit2 bahagian yg sakit...

Sakit 10 minit sekali diikuti sakit 5 minit sekali, dan akhirnye jam 9.00mlm sakit sepanjang masa...aku rasa sgt2 sakit dan rasa mcm baby nk terkeluar / rasa mcm nk terberak pun ade jgk... Dr.Norazah dan Dr.Prakash terus check laluan aku dan ternyata masih 7cm... anak pertama kne buka laluan 10cm... tp, aku dh tak tahan..aku nak sgt lahirkan baby time tu juga dan terus digunting 3cm untk mmbuka laluan aku lg... masa tu sakit nye yg teramat... Hanya ALLAH yg tahu...

Dalam kesakitan, aku smpat meminta ampun maaf kpd mr.hubby. Aku terasa nyawa hampir dicabut. Aku muntah2 dan badan aku menggigil.. Sewaktu doktor memaksa aku untuk meneran, aku gagal lakukannye... aku terlalu lemah. Berkali2 aku cuba meneran, tetapi aku masih gagal mengeluarkan baby... 2 doktor yg lain mmbantu aku dan menekan perut aku untuk mengeluarkan baby, dan sewaktu baby mengeras, aku diminta untuk meneran...aku berjaya mengeluarkan kepala baby, tp malangnya aku x cukup nafas akhirnye baby aku termasuk balik... Ya ALLAH...betapa sakitnye aku ketika itu.

Tepat jam 9.27mlm aku selamat melahirkan, badan aku masih lemah walaupun lega apabila sakit hilang apabila aku melihat bayi aku lahir. Pada ketika itu aku tak tahu apa masalah yg berlaku, rupa-rupanya anak aku lahir tak nangis dan sudah hampir lemas, kurang oksigen dl badan dan pernafasannye sgt laju... doktor sepantas kilat mnghntr bayi aku ke SCN iaitu wad rawatan bayi.

Mr.Hubby diminta keluar ke SCN untuk mengazankan anak dan semntara aku direhatkan dan proses menjahit bermula... OuChhH... bius skitnye... sakit lor !!

Selepas dijahit... aku bleeding !!! Tumpah darah yg amat byk pada jam 10.30mlm dan cepat diuruskan oleh doktor Prakash... aku masih lemah ketika itu.

Aku direhatkan dan... JAM 12 tgh malam.. OMG !! Tumpah Darah again and again... time ni aku panggil nurse tp nurse leh x layan, then doc plak buzy uruskan bos dr JB dtg dan aku ditinggalkan selama hmpir 1 jam dgn darah yg byk di katil... aku agk panik smntara nafas aku makin perlahan dan aku hmpir pitam...

Jam 1 pg... doktor Norazah dan Doktor Prakash check keadaan aku, diorg gunting balik jahitan aku dan keluarkan saki baki darah beku yg msih tinggal. Dijahit semula tanpa bius...aku merayu dan menangis2 menahan sakit ketika dijahit. Ya ALLAH... betapa sakitnya aku ketika itu... Selesai sudah, aku dihantar ke bilik (still dlm dewan bedah) dan aku dipasangkan alat bantuan pernafasan & monitor jantung serta dipasangkan saluran kencing dan aku direhatkan & tido...

2 April 2011 jam 6pg -- Doktor Norazah mengeluarkan kapas2 yg dimasukkan dan didapati ada jahitan yg tertetas dan dijahit sekali lg... kali ni mmg sakit tp, aku tahan jek laa...

2 April 2011 jam 9.00pg -- Aku dibawa mr.hubby ke CN untuk melihat keadaan bayi kami... dan keadaan nye sangat memilukan hati..aku menangis...Baby mndapat bantuan oksigen dan keadaan kritikal masih koma... jam 5.00ptg sekali lagi kami berdua melawat abak kami...

3 April 2011 jam 12.00tgh hari aku sudah boleh pulang ke rumah smntara anak kami ditahan kemungkinan seminggu... sebelum aku dibawa pulang ke rmah, aku dan mr.hubby melawat anak kami dan keadaan masih spt hari sblum nye.. ku kucup dahinya... dan tidak putus aku berdoa agar anak kami cepat sembuh dan sihat spt bayi2 lain.

.....................................................................................

Aku berpantang di rumah mak aku. Badan aku terasa sengal2. Aku diurut oleh bidan selama 3 hari berturut2 dan mandi dengan air jambu untuk melegakan badan yg msih lemah.

Ok laa... smpai sini je dlu. Nanti next aku upload pic baby aku yee...
:-) Doakan kabahagiaan aku&mr.hubby dgn kehadiran puteri sulung kami.

Friday, March 18, 2011

Kerja menDELETE

0 comments
I spend my time to removed all SPAM and clear my Inbox at yahoo.mail..
Puas hati aku... lama kot bersawang x chec email.
Amik ko 4709 new email... huhu...
What important thing ntah... semua nyee "facebook notification"... agak mmbosankan terpaksa menCLEAR kan semua tuh.

Tetibe agk terkejut mndapt 1 email dr Mr.Andrew, offered me LIBRARIAN POSITION. I ask him is it temporary or permanent? WHAT?? permanent? he really need 1 more librarian. Aduhaiii... camne?? then, he ask me to dtg interview on 4th april? aduhaiii... sekali lagi. DamNnn !!

Jangkaan due 3 april.. so, wht should i do ye? HmMM, now tgh fikir ayat, fikir reason, camne aku nak bgtahu my situation + condition pd mr.andrew...leh ke minta die hold kan dlu, KIV me ke... hmMm. Camne ea?? bingung lak...

---mode: mencari idea

daaa~

Monday, March 14, 2011

Merokok adalah HARAM : Fakta atau Auta???

0 comments

Terlebih dahulu aku nk mnta maaf lah andai entri aku ni boleh wt blogger2 marah+sakit hati+ mcm2 lg lah... bukan niat aku pun. Tapi aku juz nak kongsi info. Terpulanglah pada individu trsebut untuk mnjadikan Merokok adalah haram itu adalah FAKTA ataupun AUTA.... Tepuk dada tanye selera yee~

MEROKOK ADALAH HARAM

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju membuat keputusan bahawa merokok adalah haram.
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”-Surah Al-Baqarah : 195

MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK

Nikotin dalam rokok merosakkan saluran darah. Dinding salur darah tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan akan lumpuh dan mungkin membawa maut.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KELAHIRAN PRA MATANG


Merokok semasa hamil mengakibatkan risiko kelahiran bayi pra-matang dan kurang berat badan.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KANSER MULUT

Merokok merupakan sebab utama kanser mulut. Kanser ini akan menyebabkan pesakit memerlukan pembedahan yang rumit serta menimbulkan masalah pemakanan, pertuturan serta kecacatan kekal.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KERACUNAN

Apabila anda merokok, anda akan menyedut asap rokok yang mengandungi arsenik dan naphthalene. Keduanya adalah bahan utama dalam racun tikus dan ubat gegat.

Hah !!! Ini pula KANDUNGAN yang ada dalam ROKOK.... IsHHh, menakutkan woOOo....

* Ammonia (Pencuci lantai)
* Toluidina (Pelarut industri)
* Uretana
* Hidrogen Sianida (Racun untuk hukuman mati)
* Naphthylamine (Kapur barus)
* Arsenik (Racun anai-anai)
* Dibenzakridine
* Naftalena (Ubat gegat)
* Metanol (Bahan api)
* Aseton (Penanggal cat)
* Kadmium (Bateri kereta)
* Butana (Bahan bakar pemetik api)
* DOT (Racun makhluk perosak)
* Nikotin (Membuat PVC)
* Karbon Monoksida (Gas beracun dari ekzos kereta)
* Tar (Bahan membuat jalanraya)
* Fenol
* Polonium – 210


** Ok lah bloger2, nanti kalo ade info yg leh di share, pasti akan di share di Next Entri *** Daaaa~

~Isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku ~

0 comments
Ini adalah salah satu kisah teladan yg sangat aku suka... dan aku nk share ngn blogger2 smua... :-)

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
" semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya."

Masyaallah!alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie..adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya...

Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia. tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi hehehee...

Khusus untuk WANITA

0 comments
Salam 1 Malaysia. Kali ni terasa nk share tentang CINTA. Tetapi Khusus tuk golongan kaum hawa. Dalam bab ni, lebih ditumpukan kepada perempuan yang ada bf atau pasangan yang baru sekarang.Kalau still single tu bab lain ya.

1. Kekasih atau pasangan sekarang ni tak sebaik dulu.

Ex-bf tak pernah pun tengok perempuan lain depan anda,bf sekarang ni buat pulak macam tu.Ini baru satu contoh yang banyak berlaku.Pasangan anda sekarang ni tidak seromantik yang dulu.Suka mengambil ringan perasaan anda dan banyak lagi perkara yang tindakannya membuatkan anda secara tidak langsung merindui dan teringat cara dan sikap kekasih lama.


2. Anda masih sayangkan kekasih yang lama.

Perasaan sayang masih lagi wujud dalam hati anda terhadap kekasih lama.Perasaan tersebut seolah-olah sukar sangat nak dibuang walaupun anda rasa dalam masa yang sama anda sayangkan kekasih sekarang ini.Walaupun sayang anda pada kekasih dulu tu dah kurang, tapi tetap ada sayang padanya yang membuatkan anda selalu jugak teringat kat dia.


3.Cinta yang sekarang hanya cinta bidan terjun

Selepas anda putus dengan ex dulu tu…adalah seorang lelaki(bf/pasangan sekarang la ni) yang jadi tempat anda curahkan masalah dan perasaan anda.Maklumlah tengah serabut fikiran dan “lonely” la katakan.Jadi perhubungan semakin rapat…lama-lama lelaki tu pun curahkan perasaan dia pada anda.Anda pun tak fikir panjang terimalah dia mungkin sebab masa tu anda rasa dia boleh mengisi dan mengubat hati yang lara.Jadi cinta sekarang yang bidan terjun ni takkan dapat melupakan perasaan anda pada ex dulu tu


4.Anda benci Lelaki

Ya,anda benci lelaki.Walaupun tidak anda sedar,pengalaman pahit anda dulu membuatkan anda membenci dan tidak percaya pada lelaki termasuklah pasangan anda sekarang.Oleh itu,masih ada ingatan tentang ex lama termasuk kenangan manis bersama dia yang kadangkala membuat anda masih teringat padanya.Kalau anda dalam golongan ini,anda perlukan bantuan!


5.Anda sebenarnya sekarang ini tidak bercinta!

Anda rasa bersama pasangan anda sekarang ini adalah satu perhubungan yang dinamakan cinta dan anda sedang berpasangan dengannya.Tetapi hakikat yang sebenar,jauh di sudut hati anda,anda tau anda masih menyintai bekas kekasih anda.Anda juga mungkin sedar perasaan ini dan masih meneruskan perhubungan dengan kekasih sekarang dengan harapan perasaan cinta terhadap kekasih anda sekarang akan wujud.

SIAPA DIA ???

0 comments


Comel kee Baby Girl kat sebelah tu? Agak-agak baby girl kat sebelah tu siapa?? HaHAha...lg mahu tanya.. itulah AKU sewaktu kecik. Masa ni my mom ckp aku baru belajar meniarap. Means baru 4 bulan la kot. IshHh... Rambut ku ke itu?? Hehehe... jgn salah sangka, skrg rambut aku tidak seperti tu lagi. :-) My mom ckp kan, rambut aku mse lahir mcm topi... hihi... Agak lebat la jgk. Tp, skrg ni npe mcm x lebat je? Mungkin dah besar, then, byk plak keguguran rambut yg tak tahu punca nye kenapa.

Now, aku tgh menunggu hari tuk bersalin. Aku dijangka 99% akan melahirkan baby girl. Adakah dia akan mirip aku? atau mirip ayahnya (mr.hubby tercinta) ?? Kalo ikut aku, sure COMEL kan... ahhaha... dah start aku memPERASANkan diri ku sendiri.

Apa-apa pun, aku harap dan sntiasa berdoa agar baby yg bakal lahir akan sihat dari segi fizikal dan juga mental. AMIN.

** MOTHER~GOING~TO~BE **

14 Mac 2011

0 comments
Alhamdulillah akhirnya hari ni LAST aku bekerja di McDonald's... Jgn salah sangka, bukan last yg dimaksudkan berhenti selamanya, tetapi aku dpt "MATERNITY LEAVE".

Yang best nye hari ni aku cumalah keje 4 jam. Ya ALLAH, ape pemalas nye laa aku ni, mentang2lah last day. Aku teramatlah busy menyiapkan kerja2 aku dan juga communicate pd manager2 lain untuk bg diorg tugasan2 yg akan aku tinggalkan.

Tiba2 agak risau dengan kredibiliti diorg, boleh ke diorg wat tugas2 aku sepanjang ketiadaan aku? ishHH... bukan susah pun sebenarnye, tp, agk complicated laa jgk kan. :-p Tak pe la, aku kne berserah je...hope diorg akn ade rse tnggungjwb tuk siapkan keje2 aku agar x tertunggak.

oItTt.... ape aku nk buat yee?? Mengikut jangkaan doctor, aku akan bersalin pada 3 APRIL 2011... tp, aku dah cuti awal ni, ape aku nk buat?? x smpai 1 hari ni pun aku dh start bosan... al-maklumlah, badan dah biasa keje.

Agak risau juga lah bile ramai yg tnye "YAYA, BILE DUE?"... ishHHh, x de soalan lain ke? Perlu ke aku hitung?? Semakin aku hitung, semakin takutt... tp, excited juga lah nk lahirkan 1st baby ni. Biar lah org nk ckp "SAKIT TAU BERSALIN"... Ape lah diorg ni, bagi lah aku rasa dlu... x suspen laa kalo cite kt aku. IshHh...

Apa2pun, doakanlah yee agar segalanya dipermudahkan. AMIN.

Daaa~~

Sunday, March 13, 2011

Wajarkah LELAKI Menangis

2 comments
Menangis?
pernahkan anda?
ermmm....
saya tiba-tiba berminat hendak mengupas cerita lelaki yang menangis...
wajarkah?




Kenapa lelaki menangis?

# Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.


Sesetengah lelaki yang aggap mereka ini LELAKI SEJATI akan mengatakan ia tidak wajar...bukan?
Mengapakah mereka perlu mengatakan sedemikian?
Sudah tentu mereka akan mengatakan lelaki yang menangis ini akan menjatuhkan maruah seorang lelaki..
lelaki yang menangis ini tidak macho dan sebagainya...

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Bagi saya releven untuk seorang lelaki menangis atas sebab tertentu...menangis adalah lumrah sebuah kehidupan...Melalui menangis, kita dapat meng-ekspresikan sebuah perasaan yang terbuku dalam diri kita...

Friday, March 11, 2011

???

0 comments
Apa yg korang faham dengan istilah :

HARGAILAH YANG TERSAYANG SELAGI MASIH ADA WAKTU

......................perlu difahamkan.......................bila faham, hati pula tak keruan................ohHhh tidakKkk.........................................

Char Kuay Tiaw

0 comments
Hai blogger2 sekalian,
Terutama di daerah Batu Pahat Johor...

Tahu x di mana ada jual CHAR KUAY TIAW yg paling sedapPpp ???
Sudah puas mencari.
Ada jumpa di Warong Pak Tam, Parit Raja, tp, kurang uMmmphHh lah.
Actually bukan saya yg nak, tp, mr.hubby

WHAT??? Mr.Hubby mengidam?? heheh
YezZzaa,... agak comel bile melihat mr.hubby mengidam.
Hampir sebulan jugak laaa tiap malam mencari kedai jual char kuay tiaw.
Buat sendiri dah selalu lah, tp, selera nye tetap nk cari yg POWER...
Kata mr.hubby, sePOWER di JB... aduhaii.. camtu, perlu ke JB ke??

*** perlu di ingatkan yee, CHAR KUAY TIAW not Kuay TIAW.... beza tauuu ***

Neway, if sesape tahu, roger yeee...
Thankz...

Kerjaya & Pekerjaan....Adakah sudah tercapai???m

0 comments
Hi semua... saya cuma mahu berkongsi apa-apa yang patut terutama mengenai kerjaya yang sedang lakukan, sedang usahakan ataupun apa yang kita cita-citakan di masa akan datang.

Mungkin ramai antara korang terutamanya siswazah *menganggur* ingin menjadi seseorang pada masa akan datang terutamanya kerjaya-kerja seperti:

a. guru
b. doktor
c. jurutera
d. businessman (kontraktor, pekedai, pedagang dan lain-lain)
e. saintis
f. pensyarah

Adakah pekerjaan2 yg di idam2kan itu telah tercapai? bakal dicapai? atau tidak tercapai...??

Kelulusan?? kelulusan VS Pengalaman?? agak mengelirukan juga ye. Kekadang sesetengah tempat hanya memerlukan pengalaman, dan sesetengah tempat memerlukan kelulusan dan kebanyakan tempat memerlukan kedua-duanya... walaupun begitu, macam mana org yg berkelulusan akan mendapat pengalaman jika tidak diberi peluang bekerja dalam sesuatu bidang tertentu???

Pelbagai laman sesawang yg menyiarkan iklan2 jawatan kosong terkini, jawatan badan kerajaan juga badan swasta...namun, apakah itu telah cukup untuk anda mendapat pekerjaan yang diidam2kan??

SPA?? Sampai bilakah....?? sampai bilakah untuk anda menceburkan diri dalam menjadi salahs eorang pekerja dalam badan kerajaan?? Itu semua semestinya menjadi kekusutan dan menjadi tanda tanya kepada yang masih menanti dan mengharap peluang bekerja bersama kerajaan.

Apa-apa pun, percayalah pada REZEKI... banyak2kan lah berdoa, berudaha dan bertawakal.. Setiap apa yg berlaku pastinya ade hikmah disebaliknya. Semua sudah tercatat di Loh Mahfus... segalanya sudah kun fa ya kun...

Jika ALLAH akan memberi kita kesenangan,pasti kita akan memeperolehinya... jadi, bersabarlah wahai semua. Pasti akan ada hari untuk anda....

Sekian dari saya,
Yang masih mengharap
Pekerjaan sebagai PUSTAKAWAN
Pekerjaan dalam badan kerajaan

Wednesday, March 9, 2011

KeGATALan semasa Hamil

0 comments
Satu lagi masalah yg melanda aku ketika mengandung adalah gatal2. Rasanya gatal2 yg paling teruk yg pernah aku alami kerana aku sedikit sebanyakmmg mempunyai masalah alahan kulit. Kegatalan tu makin teruk..malah habis berjangkit ke seluruh badan. Aduhai...tak dapat nak gambarkan kegatalan yg menyerang...Aku memang tak boleh nak tahan diri daripada menggaru. Kadang2 rasa dah macam monyet pulak asyik menggaru jer! Hehehe. Bayangkanlah aku tidur pun ditemani sikat.

Agak teruk juga dugaan yg aku terima pada trimester yg terakhir ni. Aku langsung tak boleh berpeluh dan panas, habis ruam naik, bukan itu sahaja, bintik0bintik merah yg gatal tumbuh bagai cendawan hidup selepas hujan kat 1 badan aku ni. Memang ramai yg cakap "YAYA, JANGAN MENGGARU NANTI PARUT...." tapi... berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.... ingat senang kee nk bertahan kalo dah gatal 1 badan??? Errrr....

Hasil aku mencari info, punca dan tips mengenai masalah kegatalan ini, ada yg menyatakan bahawa *** kegatalan kulit ketika hamil adalah sesuatu yg sukar dirawat. Apatah lg ada sesuatu masalah kegatalan kulit ini hanya akan berakhir setelahs elesai melahirkan anak. Ini bermakna selagi wanita itu hamil, selagi itulah dia akan merasa kegatalan kulit. ***

Inilah perjuangan seorang ibu. Tentu kita semua merasa insaf apabila mengenang kesusahan ibu semasa melahirkan kita. pelbagai ujian yang diterima dan ditempuh dengan sabar.

okeylah...rasa nye aku nk mencari punca / tips berlakunya masalah kegatalan kulit ini... Akhir kata, hargailah pengorbanan ibumu yg melahirkanmu...

Tuesday, March 8, 2011

Result

2 comments



...99% from 4D Scan by Pakar Sakit Puan (Kartik) it's a GIRL....

Checklist for New Born

0 comments
Salam 1 Malaysia~
Now aku tgh buat checklist for newborn...agak banyak juga yee brg yg harus dibeli
cuma.. kne laa pandai tuk bajet2kan mana yg penting atau tidak...
Skrg ni aku dan suami sdg wat2 persiapan tuk baby yg bakal dilahirkan on 3rd april {followed my due date}
Ape lagi yeee yg x beli lg??? hmMm... ni antara yg dah dibeli :

- Baby Napkins
- Feeding Bottles (6-8)
- Diaper
- Bottle / Food Warmer
- Nappy Liners
- Nappy Rash Cream
- Minyak Telon & Vicks

** for baby care / bathing **
- Baby Bath Foam
- Bath Sponge
- Cotton Buds
- Baby Shampoo
- Face Towel
- Baby Powder
- Bath Tub
- Baby lotion & oil
- Bath towels
- Baby powder puff case
- Baby Nail Clipper/Scissor

** For baby beddings **
- Baby Pillow & Bolster
- Blanket
- Sping Cot / Net
- Mattress
- Changing Mat

** Maternity **
- Breast Pump (Not yet)
- Nursing Bra
- Strechmark cream
- Pre-post Natal/Girdle / Bengkung (Not Yet)
- Jamu Mustika Ratu (Not Yet)
- Breast Pad

** Clothing **
- Hats
- Long & short pants
- Diaper pants
- Mittens & Booties
- Long & short Sleeve Shirt
- Long Sleeve Shirt

** Toys **
- Set Doraemon Happy Meal from McDonald's (it's NICE)

Banyak gak barang yang dah beli, tp, adajuga yg masih belum beli...maybe end of March ni kot... :-) mmg byk sgt pakai duit, al-maklumlah brg2 baby agak lah mahal, nk tunggu offer mmg lambat, that's why do preparation awal, means bile kandungan dah 7 bulan dah leh get ready for buying brg2 baby ni... :-)


** ** Hari tu baru beli Katil Baby... so cute... rasa mcm nk try tdo dlm tu laa... hehe... :-)

Okeylah... that's all for this entry... If ade yg kurang brg2 baby, let me know yee... jgn lupe "Sharing is Caring"....

Perkembangan Janin dalam kandungan

0 comments


Allah menciptakan manusia secara bertahap dan bertingkat-tingkat di dalam
rahim seorang Ibu. Dimulai dari sperma yang bercampur dengan sel telur,
kemudian diubah menjadi segumpal darah, segumpal daging, diberi tulang,
saraf-saraf dan lain sebagainya, maka jadilah seorang manusia sempurna di dalam
rahim.


QS. Al Mursalat (77): 20-22
Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina? Kemudian Kami letakkan dia
dalam tempat yang kokoh (rahim), sampai waktu yang ditentukan, lalu Kami
tentukan (bentuknya), maka Kami-lah sebaik-baik yang menentukan.

QS. Ali lmran (3): 6
Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada
Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

QS. Al insaan (76): 2
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (insaan) dari setetes mani yang
bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena
itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

QS. Al Mu'minuun (23): 12-14
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu
Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang
belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami
jadikan dia makhluk yang lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling
Baik.

AGAK TERUJA BILA MELIHAT PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN... MACAM NI LAH KITA DALAM PERUT IBU KITA DULU TAW... NOW BILA AKU BAKAL MENJADI IBU NI, AKU RAJIN LAH MEMBACA UTK MENGETAHUI PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN.... NI AKU NAK SHARE KAT KORANG... CHECK IT OUT ----->

JANIN USIA DLM MINGGU :




Seluruh organ tubuh utama bayi telah terbentuk meskipun belum berkembang sempurna. Mata dan telinga mulai terbentuk. Jantung berdetak kuat. Dengan ultrasound kita dapat melihat jantung janin berdenyut.

JANIN USIA DALAM 12 MINGGU



Panjang janin sekarang sekitar 6,5 cm dan bobotnya sekitar 18 gram. Kepala bayi menjadi lebih bulat dan wajah telah terbentuk sepenuhnya. Jari-jari tangan dan kaki terbentuk dan kuku mulai tumbuh. Bayi mulai menggerak-gerakkan tungkai dan lengannya, tetapi ibu belum dapat merasakan gerakan-gerakan ini.

JANIN USIA 16 MINGGU


Panjang janin sekarang sekitar 16 cm dan bobotnya sekitar 35 gram. Dengan bantuan scan, kita dapat melihat kepala dan tubuh bayi, kita juga dapat melihatnya bergerak-gerak. Ia menggerak-gerakkan seluruh tungkai dan lengannya, menendang dan menyepak. Inilah tahap paling awal di mana ibu dapat merasakan gerakan bayi. Rasanya seperti ada seekor kupu-kupu dalam perutmu. Tetapi, ibu tidak perlu khawatir jika belum dapat merasakan gerakan ini. Jika si bayi adalah anak pertama, biasanya ibu agak lebih lambat dalam merasakan gerakannya.

JANIN USIA 20 MINGGU



Bayi masih berenang-renang dalam lautan air ketuban. Ia tumbuh dengan pesat, baik dalam bobot maupun panjangnya yang sekarang telah mencapai 25 cm, yaitu separuh dari panjangnya ketika ia dilahirkan nanti dan bobotnya sudah sekitar 340 gram. Bayi membuat gerakan-gerakan aktif yang dapat dirasakan ibu. Mungkin ibu memperhatikan ada saat-saat di mana bayi tampaknya tidur, dan saat-saat lain di mana ia melakukan banyak gerak.

JANIN USIA 24 MINGGU



Sekarang panjang bayi sekitar 32 cm dan bobotnya 500 gram. Ibu dapat merasakan bagian-bagian tubuh bayi yang berbeda yang menyentuh dinding perutnya. Otot rahim ibu meregang dan terkadang ibu merasakan sakit di bagian perutnya.

JANIN USIA 30 MINGGU




Kepala bayi sekarang sudah proporsional dengan tubuhnya. Ibu mungkin mengalami tekanan di bagian diafrakma dan perut. Sekarang bobot bayi sekitar 1700 gram dan panjangnya sekitar 40 cm.

JANIN USIA 36 MINGGU



Bayi sudah hampir sepenuhnya berkembang. Sewaktu-waktu ia dapat turun ke rongga pinggul ibu. Kulit bayi sudah halus sekarang dan tubuhnya montok. Apabila ia bangun, matanya terbuka dan ia dapat membedakan antara terang dan gelap. Sekarang panjang bayi sekitar 50 cm dan bobotnya berkisar antara 2500 hingga 4500 gram.

JANIN USIA 37 HINGGA 42 MINGGU

Bayi siap lahir. Ibu tidak perlu khawatir jika bayinya tidak lahir tepat pada waktu yang telah diperkirakan. Persentasenya hanya 5% bayi lahir tepat pada tanggal yang diperkirakan. Waktu yang telah lama dinanti hampir tiba dan si bayi akan segera melihat dunia. Sementara itu, rambut lanugo (= rambut badan) bayi telah lenyap meskipun mungkin masih ada yang tersisa di punggung dan dahinya. Sebagian bayi lahir agak terlalu cepat, sebagian lainnya agak sedikit terlambat, tetapi mereka sungguh lahir! Baiklah, selamat berbahagia dan bersukacita atas kelahiran si mungil di tengah-tengah kita!

Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template