Tuesday, August 24, 2010

Persediaan awal Ibu Mengandung

3 comments



Pengalaman mengandung sulung bagi sesetengah ibu amat menyeronokkan dan bagi sesetengah ibu yang lain pula, mungkin mendatangkan masalah dan dibelenggu perasaan takut, kerana perubahan yang ketara dari segi fizikal dan mental. Ibu yang mengandung seharusnya membuat persediaan rapi dalam menghadapi saat-saat kehamilan. Ini bagi memastikan kesihatan diri dan kandungan berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, suami juga perlulah memberikan sokongan kepada isterinya agar si isteri tidak menghadapi tekanan dalam tempoh kehamilannya.

Kesan-kesan Semasa Kehamilan.

Dalam tempoh kehamilan, si ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan juga anak di dalam kandungan. Pada waktu ini anda tidak digalakkan melakukan kerja-kerja berat. Satu jam selepas makan tengah hari, anda digalakkan berbaring dan membaca bahan bacaan yang ringan. Rehatkan fikiran anda dengan melakukan kerja-kerja yang ringan seperti menjahit, menyulam dan sebagainya.

Dalam proses pembesaran bayi dalam kandungan, si ibu akan merasakan lenguh di bahagian kaki. Bahagian betis, peha dan jari-jari kaki akan terasa sakit dan adakalanya ia boleh menyebabkan kebas atau kejang. Sakit seperti ini biasa berlaku di kalangan ibu yang mengandung. Oleh itu, para ibu tidak perlu takut jika ia sekali sekala menyerang anda.

Semasa mengandung, kulit di bahagian perut dan payudara akan menjadi tegang, ini kerana anak di dalam kandungan yang semakin membesar. Ketegangan kulit di perut dan payudara akan menyebabkan ia kering dan gatal. Bagi mengelakkan kekeringan kulit, ibu-ibu digalakkan menyapu bahagian yang kering itu dengan baby oil atau minyak zaitun. Ibu-ibu juga diingatkan supaya tidak menggaru kulit yang kering itu kerana ia akan memudaratkan.

Pada 12 minggu pertama kehamilan, payudara akan mula membesar. Ini kerana proses pembentukan susu dan adakalanya payudara akan membengkak. Tetapi ia boleh diatasi dengan penjagaan yang lebih teliti. Perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah pemakaian anak baju. Anak baju yang paling sesuai ialah daripada jenis kapas berbanding nylon, kerana ia berupaya menyerap udara.

Anda dikehendaki memakai anak baju setiap masa apabila usia kandungan menjangkau lapan bulan. Pada waktu inilah payudara memerlukan penjagaan yang paling baik. Payudara perlu ditampung setiap masa pada waktu ini. Bagi ibu yang mengandung sulung, anda akan dapati puting susu akan mengeluarkan sejenis cecair, iaitu ‘coloestrum’. Jangan risau, kerana itu adalah bahan permulaan untuk mengeluarkan susu. Jika anda berasa tidak selesa, lapikkan payudara anda dengan kain dan tukarlah ia apabila telah basah.

Menurut seorang pakar Neurosains, Prof. Dr. Haji Azizan Haji Ismail, ibu yang mengandung adalah tidak digalakkan meminum minuman yang berkafein seperti Nescafe atau kopi. Hal ini akan menyebab tumbesaran anak di dalam kandungan terganggu. Makanan yang mengandungi alkohol dan karbohidrat (roti, kentang, gula dan cokelat) juga perlu dielakkan. Makanan berkhasiat seperti telur, ikan, keju, daging dan hati perlu diambil ketika mengandung. Buah-buahan seperti limau, pisang, betik, tembikai, dan sebagainya juga baik untuk dimakan. Minumlah susu sebanyak mungkin kerana ia mempunyai kalsium yang baik untuk anda dan anak anda.

Dalam tempoh kehamilan, si ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan juga anak di dalam kandungan. Pada waktu ini anda tidak digalakkan melakukan kerja-kerja berat. Satu jam selepas makan tengah hari, anda digalakkan berbaring dan membaca bahan bacaan yang ringan. Rehatkan fikiran anda dengan melakukan kerja-kerja yang ringan seperti menjahit, menyulam dan sebagainya.

Mungkin ramai ibu yang tertanya-tanya adakah boleh melakukan persetubuhan semasa mengandung? Dari segi kesihatan, hal ini tidaklah menjadi masalah pada awal kehamilan, cuma apa yang perlu difikirkan adalah caranya menyenangkan anda dan pasangan anda.

Pada empat minggu terakhir kehamilan, anda tidak digalakkan melakukan persetubuhan. Ini kerana dalam tempoh ini anda memerlukan rehat yang cukup. Tidak salah jika ia perlu dilakukan, tetapi ia akan menyebabkan anda merasa sakit. Sebaik sahaja melahirkan anak, persetubuhan haruslah dielakkan sekurang-kurangnya enam minggu. Ini membolehkan bahagian-bahagian kelahiran untuk berehat dan pulih seperti sediakala.

Baby Laughing ~ cute

0 comments


GILE COMEL.... BERSUNGGUH-SUNGGUH BABY NI KETAWA.... :-) I LIKE~~

Saturday, August 14, 2010

1st time using........

6 comments
Inilah 1st time aku menggunakan....
4hb August aku mengambil keputusan untuk menggunakan...
"Pregnant Test"
Agak gelabah + takut laa nk guna... yelah, x pnh plak guna
Then, x tahu cara nak guna...
Hahhaha... lawak gle bile hubby aku tgok keadaan risau dan gundah gulana nye aku.

Akhirnya aku nekad utk guna jugak.... dalam hati hanya ALLAH yg tahu.. ku panjat doa tidak putus2 agar segala persoalan kami terjawab...

AKHIRNYA....



Terbeliak gak laa bila 2 line pink muncul...aku pastikan beberapa kali, takut aku salah tgok atau aku berfantasi..Suamiku dikejutkan dari tidur yg lena, aku mmberitahu keputusan dan menunjukkan hasil keputusan pregnant ni... Ya ALLAH... tidak tergambar kegembiraan suamiku...terus merangkul tubuhku dan mencium kedua pipi ku dan mengucapkan terima kasih.... Ya ALLAH, aku bersyukur kepada-Mu. Terima Kasih Ya ALLAH...

Pada 11hb August 2010, adalah hari pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri dan anak menantu... :-) Puasa pertama aku tidak selera makan... semua yang aku bau, yg aku lihat mendatangkan loya... Suamiku mengajak aku ke sebuah klinik swasta untuk diperiksa.... doktor membuat "pregnant test".... dan... doktor mengesahkan kandungan aku sudah SEBULAN... dan keadaan loya/muntah dan hilang selera makan itu normal pada ibu mengandung...

Kini, aku harus menjaga kesihatan aku... dan... ternyata... aku semakin hari semakin bahagia.... Amin.

TAUHU BAKAR

0 comments


Tauhu Bakar mmg susah nk dpt kat Batu Pahat eak?
Aku dah bpe hari nak makan tauhu bakar x jumpa2...
Puas dah hubby aku mencari, tp, x jumpe gak...
cian kan die melayan kerenah aku yg mengidam ni... huhu...
Neway, sesiapa yg terbaca entri ni, tahu di mana jual tauhu bakar di bulan poce ni, tolong inform saya yee..... janji tauhu bakar di Batu Pahat, Johor....

Thankz...

p/s : tolong yee.... nak sangat makan tauhu bakar...

New Life

0 comments
Kehidupan baru aku
Agak sukar tuk aku ubah
Segalanya ku ubah
Dulu, aku suka sangat tido dan bangun lambat
Kini, tidak lagi... selepas subuh dah x tido
Dulu minatku masak mungkin hanya 70%
tp kini, sudah hampir 98% minatku memasak

Kehidupan aku menjadi seoang isteri tidak lah susah dan tidaklah mudah
Walaupun agak penat seharian bekerja
Namun, aku tetap masih ada masa untuk menguruskan rumahtangga kami
Aku masih sempat membasuh baju, mengemas dan sebagainya

Kebahagiaan yang aku idamkan selama ini
Akhirnya ku temui
Terima kasih Ya ALLAH
kerana menemuiku dengan takdirku
Aku bersyuku kpd-Mu.

My Wedding Day

0 comments


Alhamdulillah kini aku sudah selamat bergelar isteri kepada suamiku tercinta, Junrizan Bin Raman... Dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri. Walaupun sudah hampir sebulan setengah majlis perkahwinan ku, aku tetap masih merasakan baru semalam aku dinikahkan... alangkah bahagia nya aku bila sudah bersuami.

Majlis kedua-dua belah pihak berjalan lancar, walaupun petang sebelum aku nikah (jumaat, 2 julai 2010) hujan lebat, tetapi majlis nikah aku juga berjalan lancar. Amin.

Ni aku juz nk kongsi gambar2 di hari bahagiaku.



Ayah aku nikahkan






MY HAPPY FAMILY




Thankz geng Gedikz Club kerana sudi datang...cyg korang!!




Thankz geng Kedaong kerana sudi datang...cyg korang!!


Neway, thankz to all... thankz walaupun ada antara kalian tidak dpt hadir, tp x pe aku faham.... thankz doakan kami, doakan kebahagiaan kami.... terima kasih semua !!
Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template