Wednesday, February 10, 2010

Kehilangan Seseorang....selamanya


Penderitaan sakit yg dialami hanyalah sementara, selama 1 tahun 7 bulan. Penyakit yg penuh misteri dan tanda tanya. Hanya ALLAH Maha Mengetahui. Jika benar sakitnya adalah kerana buatan orang, diharap org yg membuatnya terima hukuman dan pembalasan dr ALLAH SWT. Amin.

Allhyarham Amir Mahmood Bin Jasruni, maninggal pada 7 Februari 2010, Ahad pada jam 9.00 mlm, meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak. Umur genap 43 tahun 1 bulan pada tarikh kematian. Sepanjang hayatnya, arwah berniaga di Pekan Parit Sulong, berniaga Sataydan bagi aku, Satay yg paling sedap yang pernah aku makan. Hasil perniagaannya itulah untuk menyara kehidupan nya dan keluarganya. Sepanjang hayatnya tidak pernah merasai kesenangan. Namun, dengan kesederhanaan nya, mencukupi untuk kehidupan dan keperluan seharian mereka sekeluarga.

Kini... tiada lagi senyuman, tiada lagi kehadiran nya di rumahku, tiada lagi gelak tawa nya, tiada lagi senda guraunya... Segalanya hanya tinggal kenangan yang x mungkin dpt kulupakan. Arwah seorang anak yg baik, walaupun sakit, tidak pernah mengeluh, seorang yang kuat semangat sehingga nafas terakhirnya pun masih berikhtiar utk berubat. Ya ALLAH, tempatkanlah dia dlm kalangan org g beriman.

Terasa kehilangan yang amat sangat.... aku dan keluarga ku sgt rapat dgn arwah. Kami redha dan pasrah kehilangan nya. Kami menyayangi nya dan yg pasti ALLAH lebih meyayangi nya. Kepada-Nya dia kembali. Dah tertulis dia akan pergi pada 7 Februari 2010.

Moga arwah ditempatkan dlm kalangan org yg beriman.... Marilah sedekahkan Al-Fatihah utk arwah. Amin.




Sewaktu arwah masih sihat, berniaga Satay di Parit sulong



Wajah sugul, arwah ketika di hospital Batu Pahat, Johor.

Senyuman arwah penuh pengharapan agar akan sihat spt biasa


Di Tanah Perkuburan

Ya ALLAH, tabahkanlah hati isterinya (Kak Lin) dan anak-anak nya (Amirul,Ewan&Balkis) dlm meneruskan kehidpan tanpa suami & ayah di sisi... Amin Ya Rabbal-Alamin.

3 comments:

Irwan said...

sedih

norizan / nilabaju said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

SEDIH NYER

Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template