Monday, January 4, 2010

Indahnya Bahasa



Yang kurik itu Kendi,
Yang Merah itu Saga,
Yang cantik itu Budi,
Yang indah itu Bahasa.

Budi bahasa merupakan adunan pelengkap dalam hidup insan. Terasa manisnya perhubungan jika disulami dengan budi dan bahasa yang baik dan indah. Menjaga hati dan hak rakan, menjaga tutur biar bersopan. Andainya ada terlebih dan terkurang bercakaplah terus terang, agar kekusutan tidak berpanjangan.

Mari nyanyi sama-sama...
Budi Bahasa Budaya Kita
Nyanyian : Dato Siti Nurhaliza

Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia

Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria

Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita


Renung-renungkan dan Selamat Beramal...

Berazamlah tahun baru anda (2010) dgn mengubah cara berkomunikasi dgn lebih baik, eratkan hubungan silaturrahim sesama manusia tanpa menyakiti dan disakiti. Mudah2an hidup akan lebih bahagia dan diberkati oleh ALLAH. Amin.

2 comments:

cokelate.... on January 5, 2010 at 6:07 AM said...

kite dah nyanyi td... lgu tu..

Yaya Johorean on January 5, 2010 at 8:57 AM said...

Kan kee kte da nyanyi sama-sama di offiece... heheh... sedap kn lagu ni...

Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template