Monday, December 27, 2010

Perasaan, Doa dan Harapan

0 comments
Terasa rindu pula pada mr hubby
Walau dekat perasaan rindu tetap ade
Menanti kepulangan suami dari kerja dengan sabar
Setiap saat pasti aku mendoakan agar keadaan nya selamat dan sihat sejahtera

Tatkala kesunyian malam menjelma
Mula lah aku mengingati segala kenangan pahit manis kami bersama
Suka duka, nangis tawa bersama
Segalanya tersemat di hati dan sentiasa di sanubari

Dia lah lelaki yang hebat bagi ku
Dia lah lelaki yang ku idamkan selama ini
Walau ade istilah "Nobody Perfect"
Tapi...
Bagiku, dia sudah cukup sempurna untuk diriku

Dia adalah anugerah ALLAH untukku
Terima Kasih Ya ALLAH kerana meminjamkan dia untukku
Memberi sepenuh kasih sayang untuk ku
Aku hanya mampu bersyukur dan akan ku janji akan menjaga dia dengan baik

Hanya aku ISTERI kepada mr Hubby
yang mengetahui segala yang baik dan buruk tentangnya
Segalanya kami kongsi bersama
Tiada rahsia antara kami

Alhamdulillah kami bakal mendapat cahaya mata
Hasil dari cinta dan kasih sayang kami
Tersemai nya benih cinta maka lahirlah permata kami
Segala yang kami impikan bakal menjadi kenyataan
Mudah2an kami menjadi ibu dan ayah yang baik utk permata hati kami..

Ya ALLAH, kekalkanlah kebahagiaan dalam rumahtangga kami
Jauhkanlah kami dari kekecewaan
Jauhkanlah kami dari kemusnahan
Jauhkanlah kami dari segala hasad dengki manusia
Pertahankanlah cinta kami
Semaikanlah cinta kami ke akhir hayat

Ya ALLAH
Kami bermohon kepada-Mu
Peliharalah zuriat dalam kandunganku
Sihatkanlah zuriat kami dan berilah kesihatan yang cukup untuk zuriat kami
Sihatkanlah tubuh badan fizikalnya dan juga mentalnya

Hanya kepada-Mu Ya ALLAH kami bermohon dan kami berserah
AMIN

Masak memasak

0 comments
Salam...
Hari ni aku dan my hubby rest sepanjang pagi... sementara menunggu isteri tersayang nya masak, mr hubby menghias rumah dgn mengantung frame2 canik di wall rumah kami..
Aku buntu juga nk masak ape.. al-maklum lah skrg ni dah x tinggal rumah mak, kene lah masak sndiri...mujurlah aku pandai jugak laa masak walaupun basic2, x lah power...

Today aku masak Ayam Masak Merah + sayur campur... so simple kan?? hihi.. cukup lah tuk kami berdua makan... Sukanye aku bile my lovely hubby makan sampai bertambah... wahHh... siap di puji lagi "Mestilah sedap, isteri abg masak sedap".. jujur kah die? hehe... tp, mengikut reaksi wajah die, nampak berselera... Air tangan isteri die masak patut lah sedap kan... :-)

Esok target aq nk masak lemak labu plak... tetibe aku teringin nk makan lauk labu... :-) wahhhHh... msti baby yg nak makan ni... x pe, nnti mama msk tuk baby yeee...

Sejak2 aku pregnant ni, mcm2 aku suka makan... kengkadang makanan yg aku suka makan tu la yg aku jadi x suka... yg x suka tu lah jd suka... nape yee?? :-)

ok la...skrg dah jam 11 mlm...aku nk masak burger tuk my hubby sat g die balik keje.. waHHh...tetibe makan wastern lak tgh2 malam ni... :-) k laa... daaa~

Thursday, December 2, 2010

HoneymooN~

0 comments


Salam 1 Malaysia kepada semua...


Agak lama aku tak menulis di blog ni... Semua ni angkara Broadband aku yang telah terlebey limit... itulah, dah terang2 broadband de limit, lagi nk men game online lah ape la... :-P

Alhamdulillah kehidupan aku makin lama makin teratur dan lebih bahagia selepas kahwin. Baru-baru ni aku dan hubby bawa baby dalam kandungan aku berjalan2 di Cameron Highland... kopak gak laa duit hubby aku... Thankz a lot sayang !!! Neway, smpat gak lah kami melawat Opah Chik kami di Tapah yang dah terlantar lebih 3 tahun di katil... mudah2an adalah harapan tuk Opah Chik sembuh.




Sepanjang kat Cameron, hujan lah... kengkadang lebat, kengkadang benti dan kengkadang gerimis.. So, banyak lah tempat yang x dpt dan x sempat dilawati... x pe, next time leh g lagi kan Mr. Hubby? :-p

Kat bawah ni kenangan picture di rumah arwah opah aku... Akhirnye aku bawa suami tercayang aku ke kg halamanku di Pekan Lama, Sungkai, Perak.




K laa, will remember our sweet memory @Cameron Highland... LOVE U SO MUCH sayang~

Thursday, November 11, 2010

Al-Fatihah utk Arwah SHAMRIN FOTOGRAF

1 comments


ni berita yang baru diterima. Shamrin Fotograf meninggal dunia. Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta itu dibawa ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman di sini petang ini.

Menurut sumber, sebelum Shamrin Fotograf meninggal dunia, beliau baru sahaja hadir di majlis pelancaran Duit Syiling P Ramlee dan tampak sihat seperti biasa.

Jenazahnya kini berada di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

Allahyarham Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.

Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan 5 buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Antara lagu-lagu kumpulan ini yang telah mendapat sambutan yang hangat ialah Nafas Kekasih, Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan, Di Alam Fana Cintamu – duet Sharifah Aini (Pernah memenangi Lagu Terbaik Kategori Rock di Juara Lagu 1992 dan juga Anugerah Khas Muzik-Muzik) dan Luka Seribu Rindu.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Shamrin, moga rohnya di tempatkan dalam kumpulan orang beriman. Amin...

.........**** MY FEELING IS EMPTY....
Agak terkilan + sedih...
Shamrin penyanyi pujaan meninggal dunia...
Sedih x terkata....
Moga rohnye ditempatkan dalam kalangan org yg beriman.
Amin.

Monday, September 27, 2010

Rumah Baru

0 comments

** Rumah dalam pic ni cantik kan... nanti nk wat rumah sendiri mcm ni lah **

Topik entri aku kali ni berkaitan dengan rumah baru. Alhamdulillah sudah berbulan puas mencari, akhirnya aku dan hubby dapat juga rumah baru tuk kami. Walaupun bukan rumah yang kami beli, tapi, cukuplah untuk sementara waktu ni kami menyewa dulu. Mana tahu rezeki kerja aku or hubby aku di luar kawasan Batu Pahat...

Rumah x lah besar mana, cukup lah sekadar tuk kami tinggal berdua.. cuma 3 bilik, ruang tamu, 2 bilik air dan dapur. Kawasan nye pun selamat dan dekat dengan family aku... Bukan kerana dekat dengan family aku baru aku nk pindah ke umah tu, tapi sbb faktor berdekatan dengan tempat kerja hubby aku...yelah, jimat skit kan kalo time rehat die leh lik umah makan masakan aku... wahHh..aku pandai masak ke?? alaaa...biasa2 jeee... so far hubby aku x de complain laa masakan aku.

Perancangan aku tuk rumah baru aku, 1stly aku nak cat umah tu, aku pilih color luar rumah color Dark Purple dan color dalam pula soft purple.. corlor bilik utama juz simple white + yellow... color bilik kedua tuk baby bakal lahir x tahu lagi, tgok pada baby girl or baby boy... tp, kalo nk selamat amik color yg kedua-dua jantina leh ngam la kan... ape yerk?? oren? hehhe... tuk bilik ketiga maybe juz totally white... ingat nk color pink... tp, dah macam ape je nnti bercolorful... hehhe... x pe la, de org ckp, kehidupan penuh dengan warna leh ceriakan hati dan medamaikan kehidupan... ye ke? try dulu baru tahu !

Lastly, thankz a lot to my lovely hubby for everything :-) MMuAhhH..

Wednesday, September 22, 2010

Morning Sickness

0 comments


Setiap hari yang berlalu aku lalui dengan tabah, ku anggap ini salah satu ujian dan anugerah dari ALLAH SWT. Dengan bakal kehadiran cahaya mata, aku terpaksa melalui "MORNING SICKNESS" yang biasa dilalui oleh wanita2 hamil.

Aduhaiii... aku x leh mengeluh, normal lah kan kalo muntah2 tiap pagi. Memang agak menyakitkan setiap kali muntah di pagi hari atau setiap bangun tidur.

Pada mulanya aku agak pelik, kenapalah diri aku x leh langsung bau apa2 yang BUSUK dan juga WANGI... normal kah aku? hehehe.... sampaikan Sabun dan perfume kesukaan aku sendiri pun aku x leh nk bau... asal bau je aku muntah. Selain tu, aku jugak alahan pada bau tumis2 masakan terutama yang mengandungi apa jua bawang tidak kira lah bawang besar ke bawang putih ke...sangat meloyakan !

Setelah kandunganku berusia 2 bulan, aku barulah ingin mengetahui punca dan cara mengatasi "Morning Sickness" yang aku hadapi...
Ni aku nk share salah satu artikel yg agak best dan leh dikongsi bersama...

*********************MORNING SICKNESS

Tahukah Anda bahwa morning sicknes, atau mual-muntah pada kehamilan merupakan salah satu anugerah Tuhan yang patut kita syukuri? Bersyukurlah, bahwa Tuhan Yang Maha Hebat ini selalu detail dalam setiap perancangan terhadap kehidupan. Tidak satu hal pun luput dari pengawasanNya. Salah satunya adalah keadaan yang kita sebut morning sikness yang terjadi pada wanita hamil pada masa awal-awal kehamilan.

Morning sickness sesungguhnya adalah keadaan yang khusus dirancang sebagai suatu mekanisme perlindungan bagi wanita yang sedang mengandung benih agar tidak terlalu sering terpapar oleh toksin yang berasal dari lingkungan yang dapat mengancam kehidupan janin. Sehingga wanita di-create menjadi lebih sensitif dengan zat-zat yang akan masuk ke tubuhnya pada awal-awal pertumbuhan benih di rahim.

Morning sickness adalah efek dari peningkatan hormon-hormon kehamilan, terutama hormone HCG (Human Chorionic Gonadotropin). Hormon ini meningkat drastis pada awal-awal kehamilan untuk pembentukan plasenta (ari-ari bayi) sebagai pusat nutrisi janin selama dalam ruang nyaman yang bernama rahim ibu. Dan, proses inipun memiliki makna yang mendalam bagi kehidupan umat manusia, bagi kelestarian umat manusia.

Muntah saat awal-awal kehamilan ini merupakan pengalaman yang kadang membuat frustasi para wanita hamil memang telah khusus dirancang bagi pertahanan tubuh janin Anda untuk melindungi susunan gen, terutama pada masa-masa awal kehamilan yang biasa disebut sebagai masa trimester pertama, karena masa ini sangat rentan terhadap toksin sekecil apapun.

Muntah merupakan pengalaman traumatis bagi hampir sebagian besar orang, namun dibalik peritiwa itu kita perlu bersyukur dari cara alam ini dalam membersihkan tubuh kita dari racun-racun dan toksin yang akan membahayakan tubuh kita.

Jadi, bersyukurlah karena kita telah dilindungi bahkan sebelum nyawa kita ditiup sang khalik, maka pantaskah kita sombong?

***************** TAMAT

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari raya Aidilfitri

0 comments
Assalamualaikum pembuka Bicara


Alhamdulillah berakhirnya Ramadhan, kini datangnya Syawal...
Sebulan sudah berpuasa, marilah semua sambut Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua : keluarga + sanak saudara + teman, sahabat dan rakan == Mohon Ampun dan maaf andai ada salah dan silap. Mohon dihalalkan segalanya.

Salam Lebaran, Selamat Hari Raya Aidilfitri
dari : Yaya dan Suami Tercinta

Tuesday, August 24, 2010

Persediaan awal Ibu Mengandung

3 comments



Pengalaman mengandung sulung bagi sesetengah ibu amat menyeronokkan dan bagi sesetengah ibu yang lain pula, mungkin mendatangkan masalah dan dibelenggu perasaan takut, kerana perubahan yang ketara dari segi fizikal dan mental. Ibu yang mengandung seharusnya membuat persediaan rapi dalam menghadapi saat-saat kehamilan. Ini bagi memastikan kesihatan diri dan kandungan berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, suami juga perlulah memberikan sokongan kepada isterinya agar si isteri tidak menghadapi tekanan dalam tempoh kehamilannya.

Kesan-kesan Semasa Kehamilan.

Dalam tempoh kehamilan, si ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan juga anak di dalam kandungan. Pada waktu ini anda tidak digalakkan melakukan kerja-kerja berat. Satu jam selepas makan tengah hari, anda digalakkan berbaring dan membaca bahan bacaan yang ringan. Rehatkan fikiran anda dengan melakukan kerja-kerja yang ringan seperti menjahit, menyulam dan sebagainya.

Dalam proses pembesaran bayi dalam kandungan, si ibu akan merasakan lenguh di bahagian kaki. Bahagian betis, peha dan jari-jari kaki akan terasa sakit dan adakalanya ia boleh menyebabkan kebas atau kejang. Sakit seperti ini biasa berlaku di kalangan ibu yang mengandung. Oleh itu, para ibu tidak perlu takut jika ia sekali sekala menyerang anda.

Semasa mengandung, kulit di bahagian perut dan payudara akan menjadi tegang, ini kerana anak di dalam kandungan yang semakin membesar. Ketegangan kulit di perut dan payudara akan menyebabkan ia kering dan gatal. Bagi mengelakkan kekeringan kulit, ibu-ibu digalakkan menyapu bahagian yang kering itu dengan baby oil atau minyak zaitun. Ibu-ibu juga diingatkan supaya tidak menggaru kulit yang kering itu kerana ia akan memudaratkan.

Pada 12 minggu pertama kehamilan, payudara akan mula membesar. Ini kerana proses pembentukan susu dan adakalanya payudara akan membengkak. Tetapi ia boleh diatasi dengan penjagaan yang lebih teliti. Perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah pemakaian anak baju. Anak baju yang paling sesuai ialah daripada jenis kapas berbanding nylon, kerana ia berupaya menyerap udara.

Anda dikehendaki memakai anak baju setiap masa apabila usia kandungan menjangkau lapan bulan. Pada waktu inilah payudara memerlukan penjagaan yang paling baik. Payudara perlu ditampung setiap masa pada waktu ini. Bagi ibu yang mengandung sulung, anda akan dapati puting susu akan mengeluarkan sejenis cecair, iaitu ‘coloestrum’. Jangan risau, kerana itu adalah bahan permulaan untuk mengeluarkan susu. Jika anda berasa tidak selesa, lapikkan payudara anda dengan kain dan tukarlah ia apabila telah basah.

Menurut seorang pakar Neurosains, Prof. Dr. Haji Azizan Haji Ismail, ibu yang mengandung adalah tidak digalakkan meminum minuman yang berkafein seperti Nescafe atau kopi. Hal ini akan menyebab tumbesaran anak di dalam kandungan terganggu. Makanan yang mengandungi alkohol dan karbohidrat (roti, kentang, gula dan cokelat) juga perlu dielakkan. Makanan berkhasiat seperti telur, ikan, keju, daging dan hati perlu diambil ketika mengandung. Buah-buahan seperti limau, pisang, betik, tembikai, dan sebagainya juga baik untuk dimakan. Minumlah susu sebanyak mungkin kerana ia mempunyai kalsium yang baik untuk anda dan anak anda.

Dalam tempoh kehamilan, si ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan juga anak di dalam kandungan. Pada waktu ini anda tidak digalakkan melakukan kerja-kerja berat. Satu jam selepas makan tengah hari, anda digalakkan berbaring dan membaca bahan bacaan yang ringan. Rehatkan fikiran anda dengan melakukan kerja-kerja yang ringan seperti menjahit, menyulam dan sebagainya.

Mungkin ramai ibu yang tertanya-tanya adakah boleh melakukan persetubuhan semasa mengandung? Dari segi kesihatan, hal ini tidaklah menjadi masalah pada awal kehamilan, cuma apa yang perlu difikirkan adalah caranya menyenangkan anda dan pasangan anda.

Pada empat minggu terakhir kehamilan, anda tidak digalakkan melakukan persetubuhan. Ini kerana dalam tempoh ini anda memerlukan rehat yang cukup. Tidak salah jika ia perlu dilakukan, tetapi ia akan menyebabkan anda merasa sakit. Sebaik sahaja melahirkan anak, persetubuhan haruslah dielakkan sekurang-kurangnya enam minggu. Ini membolehkan bahagian-bahagian kelahiran untuk berehat dan pulih seperti sediakala.

Baby Laughing ~ cute

0 comments


GILE COMEL.... BERSUNGGUH-SUNGGUH BABY NI KETAWA.... :-) I LIKE~~

Saturday, August 14, 2010

1st time using........

6 comments
Inilah 1st time aku menggunakan....
4hb August aku mengambil keputusan untuk menggunakan...
"Pregnant Test"
Agak gelabah + takut laa nk guna... yelah, x pnh plak guna
Then, x tahu cara nak guna...
Hahhaha... lawak gle bile hubby aku tgok keadaan risau dan gundah gulana nye aku.

Akhirnya aku nekad utk guna jugak.... dalam hati hanya ALLAH yg tahu.. ku panjat doa tidak putus2 agar segala persoalan kami terjawab...

AKHIRNYA....



Terbeliak gak laa bila 2 line pink muncul...aku pastikan beberapa kali, takut aku salah tgok atau aku berfantasi..Suamiku dikejutkan dari tidur yg lena, aku mmberitahu keputusan dan menunjukkan hasil keputusan pregnant ni... Ya ALLAH... tidak tergambar kegembiraan suamiku...terus merangkul tubuhku dan mencium kedua pipi ku dan mengucapkan terima kasih.... Ya ALLAH, aku bersyukur kepada-Mu. Terima Kasih Ya ALLAH...

Pada 11hb August 2010, adalah hari pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri dan anak menantu... :-) Puasa pertama aku tidak selera makan... semua yang aku bau, yg aku lihat mendatangkan loya... Suamiku mengajak aku ke sebuah klinik swasta untuk diperiksa.... doktor membuat "pregnant test".... dan... doktor mengesahkan kandungan aku sudah SEBULAN... dan keadaan loya/muntah dan hilang selera makan itu normal pada ibu mengandung...

Kini, aku harus menjaga kesihatan aku... dan... ternyata... aku semakin hari semakin bahagia.... Amin.

TAUHU BAKAR

0 comments


Tauhu Bakar mmg susah nk dpt kat Batu Pahat eak?
Aku dah bpe hari nak makan tauhu bakar x jumpa2...
Puas dah hubby aku mencari, tp, x jumpe gak...
cian kan die melayan kerenah aku yg mengidam ni... huhu...
Neway, sesiapa yg terbaca entri ni, tahu di mana jual tauhu bakar di bulan poce ni, tolong inform saya yee..... janji tauhu bakar di Batu Pahat, Johor....

Thankz...

p/s : tolong yee.... nak sangat makan tauhu bakar...

New Life

0 comments
Kehidupan baru aku
Agak sukar tuk aku ubah
Segalanya ku ubah
Dulu, aku suka sangat tido dan bangun lambat
Kini, tidak lagi... selepas subuh dah x tido
Dulu minatku masak mungkin hanya 70%
tp kini, sudah hampir 98% minatku memasak

Kehidupan aku menjadi seoang isteri tidak lah susah dan tidaklah mudah
Walaupun agak penat seharian bekerja
Namun, aku tetap masih ada masa untuk menguruskan rumahtangga kami
Aku masih sempat membasuh baju, mengemas dan sebagainya

Kebahagiaan yang aku idamkan selama ini
Akhirnya ku temui
Terima kasih Ya ALLAH
kerana menemuiku dengan takdirku
Aku bersyuku kpd-Mu.

My Wedding Day

0 comments


Alhamdulillah kini aku sudah selamat bergelar isteri kepada suamiku tercinta, Junrizan Bin Raman... Dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri. Walaupun sudah hampir sebulan setengah majlis perkahwinan ku, aku tetap masih merasakan baru semalam aku dinikahkan... alangkah bahagia nya aku bila sudah bersuami.

Majlis kedua-dua belah pihak berjalan lancar, walaupun petang sebelum aku nikah (jumaat, 2 julai 2010) hujan lebat, tetapi majlis nikah aku juga berjalan lancar. Amin.

Ni aku juz nk kongsi gambar2 di hari bahagiaku.



Ayah aku nikahkan






MY HAPPY FAMILY




Thankz geng Gedikz Club kerana sudi datang...cyg korang!!




Thankz geng Kedaong kerana sudi datang...cyg korang!!


Neway, thankz to all... thankz walaupun ada antara kalian tidak dpt hadir, tp x pe aku faham.... thankz doakan kami, doakan kebahagiaan kami.... terima kasih semua !!

Tuesday, June 29, 2010

Jemputan Raja Sehari

2 comments
Salam 1 Malaysia...
Dah lama tak update blog... tersangat2lah busy memandangkan majlis kahwin dah hampir tiba... Lagi 3 hari beb...cuak ni...tp smpat lg nk online tuk pos kad2 kawen kt FB...hehhe... Jemputla kawan2 yg mengenali aku hadir ke Majlis Perkahwinan aku pada 3 Julai 2010 (Sabtu) ni...Doakan kebahagiaan kami, doakan segalanya berjalan lancar. Amin.







~~berdebar2 ni...hehhe...~~

Saturday, June 12, 2010

Lagenda Budak Setan

0 comments

Am i 15 years old, i was read Lagenda Budak Setan (Novel) by Ahadiat Akashah, that time, i really like tht story, start the begining till the end... OucHh...really touch my heart and also dream to hv a special boyfriend like Akasha, that not perfect guy, but loyal with love. Even the story is long time ago, but i still remember each chapter.

Today, Ayu & I go to Square One (After MaghriB)and we decided to watch movie at MBO Square one... we decide to watch "Lagenda Budak Setan" adaptation from Novel Lagenda Budak Setan, author by Ahadiat Akashah... hurmmm.... not bad the story, mostly, all the story line followed from 'da novel... Maybe i know the ending, so, i really not enjoy 'da movie... even so many guys told me the story is tooooo sad, and maybe will make me cry, but... its nothing~ Anyway, thumbs up to all actor + actress of Lagenda Budak Setan...

Ayu and I juz like the theme song "BILA CINTA".... hihihi...
This is the lyrics and enjoy 'da song



Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh

Dalam harapan

Thursday, June 10, 2010

--<--<--@ Thank You So Much @-->--->--

0 comments


To My Lovely Mom (Norizan Suhaily) and My Lovely Daddy (Salim Sabri)~


Dear Mom and Dad,
Three small words so much to add. For all your loveand your support a million words would be too short. The words, "I love you" seem too few to express the love I have for you. I also don't always show it...but you know that I do appreciate how much the both of you have helped me with my life, love, and career and given me all of the things that have gotten me here.Lastly, Thank you for everything. I hope I can do it for my kids one day. I love both of you!





To My Love, Junrizan Raman ~


Dear,
I can't believe I'm graduating. I'm so excited and wanted to stop and tell you how much I appreciate your help over the years. You were patient, inspirational, and actually made things fun. Thank you so much for everything. I won't forget it! Thank you for coming to my Graduation... Always love u dear.

Blog~~ how tht i express what i feel... even they did not read this entry...Daaa~~

** CoNvOcaTiOn DaY **

0 comments
29May 2010
Saturday




GRADUATION

...A Celebration...
A time for looking back on lessons learned
Adventures share, bright moment filled with special meaning

...A Farewell...
A time to saying goodbye to old friends
To good time's you've known
A time for packing away memories, treasures for tomorrow

...A Begining...
A time for looking forward
A time to set new goals
To try your wings and see what lies beyond


HouSemaTe 'da BeSh ever

0 comments
Pasti akan ku rindu kan kalian semua... May u all always success in life.. may our friendship will forever~~ next kte jmpe on my wedding ok... !! Then, KOREA (ntah bilatp pasti pegi with housemate)....
Ni aku edit picture khas tuk kawan2 serumah aku di Kampus Puncak Perdana... Terbaek u olls.. Miss all 'da memory together.MmuaHh...


Wednesday, June 2, 2010

Last MomenT wif HouseMate??? -

0 comments


Mengisahkan persahabatan kami selama 3 tahun terjalin... Walaupun 3 tahu x lah begitu lama, tp, dah cukup mmbuatkan kami rapat. Persahabatan yg terjalin hanyalah 1 kebetulan dan akhirnya 7 hati bersatu. Ternyata perkenalan sementara pada tahun 2006, akhirnya kami menjadi "housemate" selama 3 tahun (6 sem) berturut2 tanpa pecah belah...



Rasa nye dah lama kami x kuar bersama...kali ni kami keluar bersama berjalan2 di sekitar KL, kami ke Times Square, Sungai Wnag dan juga melawat sahabat kai (FAHDIS) di Hospital Kuala Lumpur.

Betapa gembira nye kami x terkata.... Walaupun penat, tp, berbaloi krn akhirnye sekian lama kami x berjuma dan keluar bersama... Ni aku upload antara pictur kami... :-)


Aku syg kwn2 aku... MMuAhHHhh...

Saturday, May 22, 2010

HE IS TOO MUCH

1 comments
22May 2010 @McD

Tonight i worked at Kitchen Station.. DamN !! I don't know why he didn't talk to me and i know he angry with me... So what !! He is one of Crew Leader in McD. I don't care who is he.

Wan my manager ask me to make Ayam Spicy half basket. After done, i finished my worked in organized all the tray and also clean up that station. Suddenly he "my crew leader" ask me to changed the towel from the bucket... what the hell....at the same time i not yet prayer (Maghrib)... ArgGghhh... actually i hate him damn Much !! why he suddenly like this? What's going on? Before this, he is not like this...

He is too much and i lost my temper... he words soooo &%&#!@(... u know wht, he also call me or others "Lahanat" Wht meaning of tht words? SuckS !

And the most tht i feel annoyed with him; he didn't respect people.. Not only to me, but also to others... his words hurting us... DamN !!

HAhHAha... at last he know who am i... don't ever make me lost temper... don't u ever judge me by wht i am looks like.. don't u dare to talking with me...

Urusan di Pejabat Agama

0 comments
21 Mei 2010 (Jumaat)

Alhamdulillah selesai sudah segala urusan di Pejabat Agama. Jam 3 ptg, aku bersama tunang aku dan ditemani ayah aku ke Pejabat Agama untuk mnghantar borang kahwin 1 dan 2. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Niat aku dan tunang aku Cuma nk hantar borang jek la, mana lah tahu leh set tarikh tuk temubual tu.. skali tu, kerani pejabat agama tu suruh aku dan tunang aku terus masuk jmpe pegawai utk temubual. Ya ALLAH…gementar nye aku. Hhehe… yelah, tak de preparation…Pulak tu ayah aku ada…Kalo kami tak lulus, malu nyeeee~~ Ahakz.

Soalan per soalan di ajukan kpd kami berdua secara berselang seli… Meh aku kongsi skit ng korang ape bentuk soalan yg di ajukan….

1) Istighfar 3 kali (diajukan kpd tunang aku)
2) Mengucap 2 kalimah syahadah (diajukan pd tunang aku)
3) Pengertian mengucap (diajukan utk aku)
4) Baca Al~fatihah (Diajukan pd tunang aku)
5) Baca Doa Qunut (Diajukan utk aku)
6) Apa maksud Toharah (Diajukan utk aku)
7) Lafaz hadas besar (Diajukan utk aku)
8) Tanggungjawab suami (Diajukan kpd tunang aku)
9) Tanggungjawab Isteri (Diajukan kpd aku)

Alhamdulillah segala persoalan kami dpt jawab. Syukur~~ Cuma, Maksud Toharah aku tak tahu dan tunang aku pun tak tahu, tp, pegawai tu terangkan… rupanye Toharah tu mksudnye “bersuci”… :-)

Selesai sudah temubual, kami baru dpt borang permohonan nikah (90 hari sblum nikah) bru leh apply. Hehe…Then, disebabkan ayah aku yg sebagai wali dan juga akan menikahkan kami… jd, ayah aku uruskan utk mendapatkan cop pengesahan drpd kadi dan juga deal kan Imam yg aka nada di hari pernikahan kami.

Ya ALLAH… terima kasih Ya ALLAH… dengan kehendak-Mu segalanya berjalan dengan lancar. Amin.

FutsaL @McD

0 comments

Mengenai program Futsal yg dianjurkan oleh McD Melaka Mall telah mendpt sambutan dan acara berlangsung dengan jaya nya walaupun ada insiden yang diluar jangkaan berlaku, namun, segalanya berjalan lancar.

Aku dan Ayu terpilih untukmelibatkan diri dlm sukan Futsal wanita kali ni. Kami hanya berdua dari McD BP dan akan bergabung dgn McD Kluang sebagai 1 team.

Perjalanan agak membosankan, memandangkan perut ku lapar+sakit dan ditambah pula dgn ngantukz teramat, jd sepanjang perjalanan ke Melaka aku tido jek la... Heheh... Thankx to Asral yg menjadi pemandu kami. :-)

Aku mmg tak pernah makan makanan breakfast McD, skali breakfast kt McD Tmn Buaya mkn McMuffin + Coffee... pergHh...ingat kn sedap, tp, ntah la...bg aku x sedap. Hehe.

Start jam 10 pg, acara pun bermula. WaHh, tengah semangat aku dan team aku mulalah wt warming up. Ntah npe awal2 lg kasut mnjadi spoiler. Tapak leh plak kopak. Damn ! Tp...x pe la... lgpun player lebih seorang, so, aku out dlu...Ayu yg main diposition Defence. Maka, perlawanan pertama dimulai dengan McD Kluang+BP vs McD Taman Buaya.... YEAHhHh !! dan dimenangi oleh McD Kluang+BP 3-0... Tahniah to my team !!!

What happened with FUTSAL LELAKI erk..? ErrKkk... Bungkus awal dah? Tp x pe la... x silap sesiapa, bak kate diorg, juz nk bg chance jee kt org lain, maklumlah Badminton hr tu McD BP dah pegang... hehehe... tak de rezeki ng futsal.

Akhirnye tiba utk penentuan SIAPA JUARA !! At last...aku dpt main untuk Final Game. Kasut gune kasut Dayah. Pinjam yerk... ehhe... Aku lak main di position defence...aduhaii, mampukah aku???

THE BEST WOMAN WIN !! Akhirnye kemenangan berpihak pd team aku. Tahniah to my team + thuMbs Upp to our striker -> Kak Wati + Dayah yg byk menjarinkan Gol sehingga menang 9-o dengan McD Melaka Mall (Tuan rumah kalah beb)... Neway, McD Melaka Mall 'da best jugak laa.... mungkin rezeki ktorg kali ni.

Seriously aku x puas langsung main futsal. Yelah, slalu main for sure aku akan amik position Striker... tp, dpt lak defence.. arghHh.. x kesahlah...janji MENANG SUDAH. Heheh...

Ni antara gambar yg smpat di capture pd hari kejadian ~~



The Best Woman Win !!! McDonald's BP + Kluang




Lot's of Memories

Ok daaa~

Tuesday, May 11, 2010

Keje tp x semangat

2 comments
Ntah npe dan mane ntah hilangnya semangat aku nak keje. Bukan kje mcd tu x ok... tp, ntah laa....mungkin sbb perasaan aku DOWN yg teramat bile aku masih x bekerja dalam bidang yg aku inginkan.... Disebab kan aku x bersemangat, jadi, slalu jeee aku dtg lambat... Bukan aku seorang yg x berdisiplin, tp, seriously, semangat aku hilang.... Wht must i do?? uwAaa.... nak nanges~~

...New Librarian....

2 comments

NEWBORN LIBRARIAN....ONEDAY...INSYAALLAH

Sunday, May 2, 2010

Counting Days... dup Dap duP daP..

2 comments


Today 3rd May.. it means, only 60 days more..aucHhh... so scared~~ but excited !!

Berkongsi lagi cerita

0 comments
Berkongsi cerita dan pengalaman mmg lah hobi aku dari sekolah. Hahah… that’s why aku ni talkative person. Tp, sejak aku dah meningkat dewasa ni, aku dah x segila dulu la. Means, aku terlebih mesra pd yg aku rapat, nak cakap sekadar yg perlu pada yang baru kenal.


Dulu aku paling senang nk mulakan dlm berkawan. Tp, kini x lagi. Segalanya mcm terbatas je. Kengkadang nk senyum tu pun mcm “perlu ke aku senyum?”… ishh… yaya… senyum tu kan sedekah....


Ok… now aku nk story skit aku kje tadi… actually ntah nape aku happy. Memang x dinafikan 2 hari 2 mlm sblum ni aku asyik berendam air mata je. Biasalah gaduh ngn tunang, tp, kali ni dugaan gaduh ni sgt besar.


Hmmm… sejujur nye mmg start aku kje, aku ntah npe laa x ske ngan sorang manager aku ni, agak poyo skit rupanye, hensem tu ade laa rupa nye. Tp, rasa nye die x taw kot die nmpak hensem bile senyum, kalo x senyum, hampeh jee rupa nye. Hahaha… tp, sejak2 aku kje asyik closing je, pulak tu die jek laa manager closing, so far ok la… dah pandai laa die nk bercakap ngn aku…. Memang aku harapkan komunikasi yg baik antara manager dan crew… x salah kot… nape msti nk wujudkan jurang? Betol x? Ape-ape pun, aku harap aku cpt2 laa dpt kje dan dpt kejar cita-cita yg aku idam2kan… Amin.


Manager McD??? Itulah last choice aku. Aku de borak ng sorang manager mcd aku, cool je org nye, die y suggest tuk aku apply gune klulusan aku ni...paling tidak pun, leh laa dpt gaji tinggi skit dr crew ni... tgok la camne. Aku dah bincang pon ng tunang aku,.. die x kesah.. pape pun... aku akan utamakan impian aku tuk keje dlm bidang yg aku blajar... Mudah2an ada laa rezeki aku x lama lagi.


-- x de pic y related aku nk selitkan... hihihi--

Thursday, April 29, 2010

Dilema !!!

4 comments

Aku berkelulusan universiti tetapi tidak mempunyai pekerjaan tetap. Aku runsing makin hari makin cepat berlalu. Aku menghadiri pelbagai ujian dan beberapa sesi temu duga, namun gagal. Aku berasa sangat kecewa dan rendah diri. Aku tidak pernah penat berdoa kepada Allah, nampaknya sehingga saat ini rezeki aku belum ada lagi. Nasib mbelum menyebelahi aku.


Minggu lepas aku dipanggil untuk satu temu duga lagi. Jauh di lubuk hati, aku rasa bimbang, takut dan gementar. Takut dikecewakan lagi. Akhirnya, aku pergi juga... aku ingat temuduga, tetapi tidak... 2 jam exam.... dan jawapan nya sampai sekarang aku tertanya2...adakah aku lulus ke temuduga??? Now.. aku betul2 dalam dilema... Dilema yang tak tahu ape... Mesti bingung kan nape aku dlm dilema.. Yelah... Aku bakal menamatkan zaman bujang aku Tapi, sampai sekarang aku masih tidak bekerja tetap Aku risau... runsing...takut... Ape tanggapan orang lain terhadap aku? terutama pada keluarga sebelah pihak laki nanti Semua tahu aku kelulusan universiti.. Tapi masih tidak bekerja...

AKU BUNTU.... BINGUNG....

"Ya ALLAH... Bantulah hambamu ini..Tunjukkan lah aku jalan... Tunjukkanlah aku arah tuju.. Bantulah aku dan permudahkan lah segala urusan ku." Amin.

Tuesday, April 27, 2010

Wanita~~

0 comments
Tiba-tiba aku teringat pada lagu kesukaan aku dari dulu lagi...iaitu lagu nasyid bertajuk "Wanita" dendangan kumpulan De-Hearty... Mmg sangat byk maksud nya... dan aku bangga menjadi wanita.

Ramai kaum adam ni x menghargai kaum wanita, mereka dilahirkan ke bumi ni melalui perut wanita yg mengandung 9 bulan (ibu nya))...tp... nape mereka taks edar betapa mulia nyaa kaum wanita ni yg melahirkan mereka dan melahirkan zuriat mereka... Akhirnya...kaum wanita sentiasa menjadi mangsa rogol dan bunuh... Ya ALLAH... sedarkanlah semua kaum lelaki yg ada di dunia ini....


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


Friday, April 23, 2010

Selamat Menempuh Alam Pertunangan

2 comments


To my dear friend, Nor Azlia Safar a.k.a BB...
TAHNIAH dan SELAMAT MENEMPUH ALAM PERTUNANGAN Aku x dpt hadirkan diri... maaf sangat. Neway, aku doakan majlis berjalan lancar... All the happiness will be yours !!

Tuk Boboby -> Jaga kwn aku baik2

Bertunang ni byk dugaan, cemburu mmg x kan hilang, tp, kne la pandai kawal... Aku doakan korang kekal bahagia...Cepat skit kawen...nnti anak kite leh sebaya... ehheh....

Daa~~

Bingung nk Update ape...

0 comments
YeZzaa… Akhirnya dpt gak aku update blog aku y telah sekian lama menyepi. Aku tak lah busy sangat, Cuma dah malas jee nk menaip ni. Maklumlah, keje penat sampai kan aku nak menaip pun terasa penat jee jari jemari aku ni.Hahaha…

Seperti biasa kerja aku, membosankan. Ntah bile aku nk dpt kejetetap. Keje Gomen kee… syokK skit. Aku mengharap gak laaa ade jee rezeki aku tuk terjun ke bidang aku sndiri. Sampai bile? Aku masih menanti dgn penuh sabar. Sabar menanti kehadiran kerja…)wahHh… kne semangat ni.

Kehidupan aku sama je seperti org lain. Sometimes terasa diri ni kosong, terasa diri ni tak guna, mc2 perasaan seingga aku rasa aku ni dah GILA… Ishh… sometimes aku tgok cite kelakar pun tp aku x berperasaan. Ape jek la… terlalu banyak aku fikir kebelakangan ni sampai kan ape je y aku fikirkan tidak sama dgn tindakan aku. Parah kah aku??

Aku sedey skit sebenarnye. Yelah, aku terasa mcm ade seseorang y cuba memusuhi aku dan cuba membenci aku. Perlu ke aku biarkan? Aku tahu jarak dah memisahkan ktorg, tp, x kan tu bermaksud lenyap kan shj persahabat y dah tersedia terjalin.

DamN ! Dalam hal ni aku ke punca nye? Ape aku x de perasaan ke sehingga kan aku lg takut ttg perasaan org lain… Aku marah hanya kejap, mustahil aku x bertindak tuk meminta maaf walaupun bukan salah aku. Jika aku luahkan perasaan sakit hati aku skali pun, tp, akhirnye aku juga y terhegeh-hegeh cari balik org tu. Ape aku ni sbnarnye???? Tak tegas atau BODOH aku ni??? Selalu gak la org pesan “LANTAK LAA BUDAK TU”… tp, mustahil kot. Mungkin mulut leh kate Lantak, sedangkan hati x kata tu semua.

ARGHHh… no more touching… wht will happen next, only ALLAH knows. So, I will be wht I wnt to be…. Juz always be myself… always to find a happiness in mylife… I hv Jon, the only guy tht I love. Thankx so much dear. MmUaHh..

Thursday, April 8, 2010

Macam mana aku nk tangani MASALAH INTERNET ADDICTED ???

3 comments
Kerana INTERNET aku dan ****** asyik nk gaduh....******** yg dimksudkan tu adalah yg paling rapat dengan aku... tp, camne aku nk tangani masalah Addicted yg dihadapinya?? Bila di ckp hal ni, marah... hmmm.. ntah la... perlu ke aku dan yg lain buat dekkk dan sabar jek? I hate INTERNET....


Wednesday, April 7, 2010

Banner 4 our Wedding

10 comments

YezzZaa.. ok x? Simple but Nice rite..?? Tak la membazir, juz buat satu utk 2 rumah skali, means after majlis rumah aku, esok nya akan diguna di rumah pihak lelaki pula... Tak besar mana pun, tp, cukup lah untuk buat ada-ada....Mana tahu kengkawan nk posing kt banner ni... :-) Neway, kengkawan... jgn x dtg k majlis kawen aku.... actually to MPP-X dan Gedikz Club... all of u are invited !!

Untuk kengkawan seperjuangan sekolah terutama dari 5 Technlogy + 6 USA 2...dijemput juga hadir....Staff Carrefour, McD...also are invited...!!

Daaa~~

Monday, April 5, 2010

DamN !!!

2 comments
Aku x leh tido plak...
Mmg spoiler !!
DamNn !!

Ngantuk tapi tak leh tido
Nak tido tp x ngantuk
Which one am i???


3 Jam Berbincang+Berborak

0 comments
Kenangan silam...aku dan dirinya...
OpPss...bukan sesiapa "dirinya" itu
Tp...dia adalah bakal anak buah aku
Bakal berkahwin dgn ank sedara aku
WahHh... best kan kwn baik aku bkl jd sedara aku... :-)

3 jam dia call aku...
Hahaha.... mcm2 yg diborakkan & dibincangkan
Antaranya...
Perbincangan mengenai "ISU LELAKI"
ahahah....
Lelaki = Masalah + Problem
WahhHh...ini lah masa nya
Sesi Luahan perasaan wanita
Segala yg terbuku di hati
Akhirnya terluah jua
Walaupun "si Lelaki" tak tahu
tp setidaknya kami puas...

Selain itu, kami memeningkan kepala
Pening kepala ktorang atas sebab ktorg jugak
Heheh...
Kali ni pening memikirkan BAJET KAWEN dan yg melibatkan $$$$$
Dia lg laa nk kawen ngn ank sedara aku bulan 5
Awal 2 bulan drpd aku
Tak pe bg dia jalan dulu, nnti leh bg tips2 skit tuk aku :-)

Linda ??? Dia lah kawan baik aku
Kenal tak lah lama mcm aku kenal kwn2 skolah aku
Tp, ktorg very close... syg gile kt dia
Itu sbb nye aku couple kn dia ngn ank sedara aku
Tak sangka akhirnya diorg bakal berkahwin
:-) Jodoh namanye

k laaa.... aku dh kne tido... sok aku nk kuar ngn My Dear...wanna dream of him.. So sweet... daaa~~

Sampai BILA...?????...Yuran Tertunggak, bagaimana Konvokesyen ku???

2 comments

Belum Dibayar??? Apa ni.... camne laaa nk bayar yuran Konvokesyen kalo masih lagi ada yang tertunggak??? Nape semua dak yg de praktikal ada yuran RM490 ni?? Aku musykil laaa beb.... Sampai bila?? Ramai dah mmber2 yg dah call pihak HEP or pihak Bendahari or pape jek laa... AduhHh... aku risau gila.... risau laa sbb nye 29 May ni dah tarikh Konvokesyen aku.

Gila apa? kalo lah kene bayar... mana aku nk cekau duit RM490 tu?? huh !!! Tak adil nye laa..... ade pihak yg cakap "adik...awak kena bayar dulu, nanti bil yg awak bayar tu, bagi kat Bendahari Zon16, nanti pihak bendahari akan bayar balik".... pergHhh.... byk laa nk bayar balik, bape lama agknye kalo nk bayar balik? aduhai... ape ni... ape ni... aku x paham !!

Ada sesiapa yg leh jawab segala persoalan dan kemusykilan ini??

RM 1000 = Sehari ???

2 comments
Hai teman-teman...
Aku dalam kesempitan
kesempitan waktu...kesempitan akal...dan kesempitan wang
Aku harap aku dapat lalui segalanya dengan tenang...
RM1000 = sehari?? aku bukan bermaksud pada pendapatan MLM atau yg tidak sewajar dengan nya...
Tapi, ini adalah apa yg aku lalui pada hari semalam.
Tidak pun dapat bonus, tidak pun mendpt derma ikhlas orang....
Itu adalah Gaji Bersih aku yg pertama dan terakhir di REPCO MANAGEMENT SERVICES
Ya ALLAH...
Hanya Sehari...??
Habis sejumlah itu dlm masa sehari???
Besar ke... byk kee.... setakat RM 1000 pd hari ini?
Sudah ku kawal dan ku cuba drpd bershopping sana sini
Tapi... mmg benar... Everything need money...
Ok... ok... ini antara perbelanjaan aku sehingga habis sekelip mata...
HP for my Love => RM300
Bill Celcom aku+my love => RM100
Bg ayah =>RM200
Cincin Suasa=>RM400
TOTAL => RM 1000
Now... aku buntu... ade la lg 3 bulan tuk aku mencari duit for:
Photographer --> tak tahu lg bpe RM..... "tanda tanya"
Kad Kawen ---> RM280
Konvokesyen --->RM150
Pening kan?? ishh... kne kerja work hard start from now...
Doakan aku ye kawan2 dlm pencarian duit yg halal... :-)
Daaaa~~~

Friday, April 2, 2010

HP for My Love

1 comments
Yesterday aku belikan HP tuk tunang aku. Hp dia hilang hari tu... then, aku kebetulan gaji, jd aku nk wt suprise laa tuk dia... Seperti biasa aku memikirkan bajet.. bajet... bajet... rasa nye kepala aku pun dah mereng, otak penuh dgn simb0l $$$$$$...... aku x leh over bajet coz byk tuuu nk guna duit tuk majlis kawen... ishh....

Aku harap dia happy, tak lah mahal mane... Aku beli Nokia 2700 Classic... No 3G... x pe laa, akn dtg ade bajet lebey, kte trade in yee syg....

Kesian lak ngn tunang aku, selama 3 tahun dia yg byk kuar kn duit tuk aku,ape salahnye turn aku pulak...lgpun, sharing is caring rite....

Neway, Hope sgt dia happy ngn pemberian aku ni... walaupun x mahal, tp, sangat bermakna... :-)



Simple but look Nice rite?? Senang dia nk bwk g keje... x lah besar sgt, x tebal... Yg penting, tiap hari leh call him + msg him... Love U dear...

Thursday, April 1, 2010

Apakah hubungan itu??

4 comments
Setiap hari aku menghitung hari
Hanya tinggal 3 buan iaitu 90 hari utk aku menamatkan zaman bujang aku
Tapi... apakah hubungan itu?
Yang pasti satu hubungan yang HALAL di mana ada lelaki dan perempuan
Iaitu di mana ada aku dan dia...
Alangkah indahnya jika kami bersatu dengan kehendak-Nya
Alangkah indahnya jika kami bersatu dan kekal selamanya

Penantian sang putera dalam kehidupan aku
Untuk menceriakan kehidupan aku
Untuk berkongsi kasih
Berkongsi Masalah
Berkongsi Kemahuan
Apakah hubungan itu?
Jika bukan Hubungan Suami Isteri

Kehadiran nya sudah cukup membuat kan aku rasa bahagia
Aku sentiasa menjadi insan yang bersyukur
Tanpa dipaksa aku memilih dia
Dia adalah yang terbaik bagi aku
Walaupun tidak sempurna di mata orang lain
Tapi, di mata dan di hati aku
Dia sangat SEMPURNA
Tiada insan lain yang dapat mengantikan nya

Dugaan yang datang harus aku tempuhi
Memang benar ! Ya ! memang benar
Percintaan sememangnya kadang2 sangat menyakitkan
Tapi, aku melalui nya
Pergaduhan kadang2 membuatkan aku lemah
Lemah semangat
Namun demi perhubungan itu,
Aku tabah... aku sabar....
Aku tidak rela terputus begitu shj
Kini aku faham
Aku mengerti
Diriku tidak sempurna untuk nya
Aku masih kebudak-budakan
Betul kata dia, fikiran aku budak-budak
Aku buat sesuatu mengikut perasaan

Ya ALLAH
Mengapa aku begini??
Aku sedar lelaki memang tidak suka di marahi
Lelaki tidak suka di leter
Lelaki juga tidak suka di perli atau di herdik
Aku sedar semua itu...
Tapi...
Adakah Lelaki memahami perasaan dan jiwa wanita?
Hati wanita yang teramat sensitif
Sekeras mana hati wanita, tidak mungkin tidak menangis
Sampai bila
Mahu kau mengerti perasaan aku?
Sampai bila-bila memang lelaki tidak faham perasaan wanita
Wanita... wanita...
Seorang wanita layak untuk di hargai
Layak untuk di hormati


Aku pasrah kepada-Mu Ya ALLAH
Hanya Kau yang Maha Mengetahui
Sejauh mana cintaku,
Sejauh mana perasaan ku
Hanya Kau yg mengetahu
Setulus dan sikhlas mana diri ku

Aku hanya manusia yang lemah
Yang masih mencari sinar kebahagiaan
Walaupun kebahagiaan itu datang hanya secebis
Bantu lah aku
Hindarilah aku daripada kekecewaan
Jauhi aku daripada menjadi manusia yang berputus asa
Jauhi aku daripada menjadi manusia yang tidak bersyukur

My Destiny... Takdirku... Hanya ALLAH yang mengetahui...

Alice in Wonderland

0 comments
ALICE in WONDERLAND




Last nite aku bersama tunang aku layan cite Alice In Wonderland...
Cehhh.,.. dah hmpir 2 weeks men cite tu baru aku nk g tgok...
Biasalah, masing2 busy....
Thankx dear...
Tp...npe aku tgok muke tunang aku mcm x syoKkk jeee... ishh..
Aku ni gile laa suka...
Siap nk bg semangat kt Alice suruh cepat amik pedang tu... ahahah...
Pastu tunang aku ckp aku bising + memekak...
HampehHh...
Tp x pe la...janji dia tunaikan janji die nk bwk aku tgok cite tu...
Mula lah aku berangan...
YAYA in WONDERLAND...
waHhh... so sweet... hidup dlm taman
Bersama kehidupan y lain dan mencabar..

Dear Jon, come to follow me...go to Wonderland !!! YeaHHHH.....



Watak aku as Alice... become Mrs Jon oneday... sweet...



Agak - agak watak Hatter ni leh bg kat Tunang aku tak? heheheh..... comel jek tgok die gelak...



Dan yang ini watak Twedledee & Tweedledum ni anak kembar aku dan bakal suami aku ... whahah... tp x mo laa terlalu montel begini....



Ni watak kakak Lya... heheh... aku bg kat Lya laa sbb die jiran aku kt Wonderland... :-P

Thankz again to him.... after thz msing2 dh busy gile laa... mne nk simpan duit nye lagi... tp x pe la.. berkorban dulu.
Now...aku nk meneruskan berangan aku ke Wonderland...
Daa... selamat berangan semua !

Friday, March 26, 2010

Sunday.... 28 Mac 2010

0 comments
Wish me all 'da best...
Aku ade exam tuk jawatan pengambilan P&P UiTM...
Doakan aku...
Bukan course aku je, rasanye semua course...
Good Luck tuk semua juga....
Hope.... hope.....
Aku antara yg bertuah lulus exam trsebut.
Malam ni dh nk gerak ke JB
Maybe mlm ni la study...
aku keje laa today...
Ok....
Daaa~

Saturday, March 20, 2010

"Dptkan duit hanya..... " " Menjana pendapatan hanya...."

9 comments
".....Sistem yang ingin saya perkenalkan kepada anda mampu menjana pendapatan sampingan sebanyak RM100 sehari, RM200 sehari, RM300 sehari atau lebih jika anda mempraktikkannya dengan bersungguh-sungguh. Berapa banyakkah pendapatan tahunan yang anda impikan selama ini ? ....." petikan dr stu blog... yeahHh.... live blogging ---....



GILA !! Katakan tidak pada MLM, pyramid.... etc.... nape lah skrg ni byk sngt bende2 ni... padahal sama je ngn Skim Cepat Kaya... ceHhh... janganlah terpedaya... bodoh tol !! tgok org lain kaya sikit, cite lebih join sana sini, terus nk jd mcm dior... ape ade ke ingat MANA DTG NYE DUIT TU? HALAL ke HARAM ??

Perniagaan tu kne lah bercorak ISLAM, mesti ade hukum & syarat Muamalat...kalo skolah agama x tinggi mana, bukak jee Google, cari hukum perniagaan, syarat muamalat.... etc....

Now, aku de lg satu website : http://www.330hyper.com/ (click pada Hyprobulk sms)... ni kwn aku lah yg join, kononnye dh pernah dpt lebey RM 8000... ceHhh.... aku layankan, tanya la mcm mana la ape lah... die ckp kne cari org bawah... means mcm sistem piramid lak gak kn?? aku tnye it's like MLM or whtever.... die still ckp bukan, biasalah, nk cari org bawah... permulaan bayar RM 250-500, hanya promosi gune SMS, dpt org bwh, kte leh dpt komisyen & leh cecah ribuan ringgit sebulan... HuH !!! Aku tanye mane dtg nye duit senang2 je nk bagi, dok goyang kaki hanya SMS dah leh dpt duit... senang je jawapan nye " cari org bawah "....

Aduhai.... muak aku !! dulu sebok ngn login Facebook shj leh dpt RM100 sehari.. jadah !! senang kan nk dpt duit, halal or haram diketepikan... mana nk berkat hidup... huhuh.....

Kpd kawan2 yg teringin nk join semua ni, lupakanlah.... baik lah korang keje dgn gaji kecik drpd korang mengejar kekayaan spt ni.....

Fikirkanlah & selamat beramal...

Saturday, March 6, 2010

Destinasiku...

4 comments
Di mana harus ku terus melangkah...
Di mana destinasiku?
Aku hilang arah...
Aku hilang akal...
Aku hilang tujuan...
Aku hilang kewarasan...

Kerja..?
Dimana lagi harus ku cari?
Inginkan gaji kelulusan Degree?
YA... mmg benar..
tp..hakikatnya sukar tuk dpt...

Interview oh interview...
Hampir 5 tempat aku pergi...
Ada yang dapat
Bermasalah tmpat x selamat
Kini...keputusan di KPMG
menyedihkan !!
Namun, aku pasrah...
Ini adalah dugaan dan ujian

Kini... di mana lagi?
Aku bingung.
Bingung memikirkan segalanya memerlukan DUIT
Walau duit bukan segalanya, tp segalanya duit....
AduHh....

Tidak !!!
Aku x perlu merintih...
Aku x perlu mengeluh...
Aku kene kuatkan semangat ku...
Semua ini adalah cubaan, dugaan
Aku harus BERSYUKUR
Dengan segala ALLAH S.W.T berikan
Terima Kasih ya ALLAH.


Friday, February 26, 2010

Selesai interview... thankx a lot to him

4 comments
Alhamdulillah selesai sudah temuduga aku as Librarian position di company KPMG.. Aku g interview dgn harapan aku dapat kerja tu... mudah2an...

Thankz a lot to "him" coz sudi bawa aku ke tempat interview... hanya ALLAH yg tahu betapa bahagia dan beruntung aku dapat memiliki dia... :-)

Aku dan tunang aku ke KL hari Selasa (23 Feb) iaitu sehari sblum aku interview... pelbagai dugaan kami. Antaranya berhenti di R&R Dengkil... pergHhh, bru ku tahu situ agk bahaya. Ade laa kumpulan2 yg jual HP Nokia tp made in China kan... siap nk paksa2 beli. Aku dan tunang aku sepakat tuk solat scra gilir2... aku g solat dlu dan dia kemudian slpas aku... tp terasa nyawa terancam pabila smua melihat aku dan cuba utk meragut beg tangan aku.. WTF...

Setibanya aku di S.Alam, kami ke Giant tuk cuci gambar tunang... :-) then ktorg ke Damansara Aku ingat2 lupe jalan nk ke sane walaupun dh 3 kali ke IKEA... kami kesana coz nk survey dlu lah jalan dan tmpat interview... skali tu amik ko !! 3 jam jugak lah sesat... sesat dlm keadaan cuaca panas terik + jem ! huh... hnya ALLAH yg tahu. Tp, kami ttp usaha... dgn bantuan Nabil kami msih juga sesat... ishh... Akhirnye jam 5.30 ptg bru kami jmpe company KPMG.

Then ktorg smpat jalan ke IKEA dan dpt lah blnje tunang aku karipap yg sedap di IKEA tu..
After that rushing lek Puncak... pun sesat.... agak mencabar coz kami hmpir2 termsuk highway ke kedah,bukit kayu hitam... hahah... kesian dia yg drive sorang dan aku plak x reti baca map !! heheh... sorry dear.

Aku tido umah Ida.. thankx ida & housemate nye yg sudi tumpangkn aku... :-) Tunang aku lik Bangi...de tdo umh abg dia..

24 February 2010 (Rabu) -> dlm debaran... ehhe... pape pun SORRY to Man_Naga coz aku gagal melunaskan janji aku tuk amik kn skali Mini Transkrip yg dah update... aku pn x dpt amik sndiri pnye cuma dpt bayar je kt bendahari... sorry sgt.. aku dh cuba tuk dpt kan.. ni smua angkara Office tutup smpai jam 1 tgh hari coz ade seminar "Stress" di b.seminar... nk mntak tolong mirul pn call x hang up... x pe la... next time k.. sorry man.

Dari puncak jam 10 pg.. sampai Damansara dlm jam 10.40 pg... Thankx Aina coz smlm tolong bkk google map dan ktorg try gune jalan Sg.Buloh ke Damansara tu... best x sesat walaupun sekali tu kami tersalah naik flyover... tp, alhmdulillah x seteruk smlm sesatnye sampai ke KL jmpe KL Central lg... hehhe...

2.00 ptg --> INTERVIEW !! May ALLAH bless me... Aku di interview oleh 2 org, fully speaking in English...agak x yakin gak, tp, aku dah try sebaik yg mungkin.
After interview ade e-test (3 bhgian)... mak aiii...susah gak lah, mcm test Project Management yg bljr kt 3p tu...byk ttg business kan... kira2 yg paling susah...aku dh tawakal... aku berserah.. aku dh usaha sebaik mungkin.... Ingat kan dah x de test...skali tu de plak writing test (essay) aduHhh... english lagi.. tak pe... aku cuba wt sebaik mungkin... jgn give up~~

Total time aku berada spnjng interview di company KPMG ====> 2 jam 30 minit.

Thankz to him coz always support me... waHhh... hbs interview die hadiahkan SUSHI.. best makan dlm kete... :-)

5.00 ptg -> kami rushing ke NILAI 3... keluarga abg nye tunang aku dh menanti di sana tuk beli barang kawen... best~~

Jam 8.00 mlm bru ktorg otw lik Batu Pahat, Johor...

Aku kepenatan... tp surely tunang aku double kepenatan coz die drive sorang...
Sayang abg !! MmuaAhhh....love u so much

ok~~ daa~~ doakan aku berjaya get tht job... TQ.
Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template