Friday, November 27, 2009

Bingkisan Nurani


Hujan renyai2 di ketika aku berada dalam dilema. Dilema dan prasangka seringkali menewaskan aku dalam kehidupan. Liku-liku kehidupn sebagai mahasiswi di sebuah Universiti terkemuka ini banyak mengajar aku erti dan nilai kehidupan. Tanpa mak ayah dan keluarga di sisi...aku teruskan perjuangan aku untuk kehidupan mendatang.
8.40 malam... Seperti malam-malam sebelum ini, hati seringkali tidak tenang dan memanggil2 aku untuk mencari kebenaran dimana aku merasakan sesuatu yg tidak enak terhadap diriku. Lalu, aku mencapai sebuah telefon bimbit Nokia milik Akilah, dan hati aku meronta2 dan naluri aku berkata pasti ada yang disembunyikan oleh Akilah daripada pengetahuan aku. Aku membuka "inbox" dan juga "sent item" Akilah lalu ku baca satu persatu. Balasan msg2 daripada Lili Syahida kepada Akilah membuatkan aku tak senang duduk dan otak ku memikirkan pelbagai perkara, kenapa, mengapa dan byk lagi.
Msg2 yang menyentuh hati ku sebagai seorang kawan...msg yang tidak pernah kusangka2... Paling aku tidak sangka... sebelum ini Lili Syahida yang rapat dengan ku, mengata dan mengadu sesuatu perkara kepada Akilah sedangkan pernah satu masa dahulu Lili Syahida banyak terasa hati dengan Akilah. Adakah sikap manusia mudah berubah? Aku tertanya-tanya dan terus bertanya pada diri aku, namun, jawapannya tetap sama "sedangkan pasir pantai leh berubah inikan pula hati manusia". Walau apa pun, aku bersyukur kehadrat ilahi kerana aku mengetahui perangai kawan-kawan aku ini terlebih awal dan aku mengerti kepura-puraan dalam kehidupan.
Kini, aku tidak lagi hidup bergantung demi kawan-kawan. Aku masuk ke universiti hanya berbekalkan ilmu, dan aku pastikan diri aku akan berjaya dan menjadi kebanggaan mak ayah aku. Menyentuh persoalan msg2 yang ku baca itu, tidak sekali pun aku menyerang atau bertanya kan kepada Lili Syahida dan Akilah, aku tidak mahu hubungan persahabatan bertukar menjadi hubungan musuh. Biarlah aku memendam segalanya. Walaupun memendam itu amat perit, tapi, mungkin itulah yang terbaik.
Buat Lili Syahida dan Akilah, walau apa pun, kalian tetap menjadi kawan aku. Dan terima kasih segalanya. Aku tidak lagi seperti............................................... (hehe... tak habis lagi baca... nk tahu selanjutnya, carilah cerpen bertajuk Bingkisan Nurani)... saje boring2... :p

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template