Wednesday, September 30, 2009

Maaf Utk Segalanya


Diriku aku tidak sempurna untukmu.
Aku tidak tahu apa yg harus aku lakukan.
Ingin ku pendam, takut makin banyak melukakan hati kau.
Aku buntu… Aku bingung…
Aku ingin menjadi kawan dan sahabat
Salah ke aku berterus terang?
Mungkin meluahkan akan menyakitkan kau,
Tapi, kau harus mengerti…

Hidup aku tak jauh beza dengan rama-rama.
Aku ingin sentiasa kelihatan cantik pd pandangan orang
Aku ingin bebas ke mana jua
Hidup tidak lama tapi disukai ramai
Aku tak nak dibenci sesiapa termasuk kau.
Maafkan aku.

Aku bersyukur dapat berkawan rapat dengan kau.
Aku inginkan sebuah persahabatan yang kekal selamanya dari kau.
Tapi, sayangnya…
Kau nak mengakhirkan nya.
Hanya ucapan terima kasih dan maaf yang mampu aku berikan.

Maafkan aku wahai kawan
Aku tidak terniat menyakiti hati kau
Aku harap kau menegerti
Aku tidak akan pernah jauh dari kau
Aku tetap anggap kau kawan aku.

Akhir sekali
Doa aku sentiasa bersama kau
Moga kau diketemukan dengan seorang wanita yang jauh lebih baik dari aku
Aku doakan kau Berjaya di dunia dan di akhirat.
Amin.

Satu pintaku,
Andai tiada lagi hari esok untuk aku
Jadikanlah aku sebahagian daripada kenangan manis kau
Simpanlah kenangan itu sebaiknya
Diriku hanya lah manusia biasa
Yang sering melakukan kesilapan
Maafkan aku wahai kawan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template