Thursday, December 31, 2009

KFC + BOWLING

2 comments
-::-31 December 2009-::-

Aku mengakhiri dan menutupi tahun 2009 bersama tunang aku dan juga Lya... Ktorg hang out di BP Mall je..x laa lama cuma memadai laa bg ktorg kan. 6.30p.m kami bertiga makan di KFC. Alhamdulillah kenyang~~ Thankx abg coz blanje kami. :-) Thankz bwk ktorg jejalan... @->->--

Maghrib di BP Mall.. agak jauh tuk amik air smbhyang... hu3, x pe la..jln skit je... surau renovate.

After solat maghrib, kami g men bowling lak. men 1 game je... enjoy jek laa walau dah lame x men.. terpusing2 dan melayang2 bola... ahha.. mcm2 aksi laa antara kami bertiga... kalo bab msuk longkang tu mmg power, serah je kt aku & Lya... :-P

::Siapa kalah dan siapa menang??::

Ciss... aku kalah 3 mata je ngn Lya... hampeh toll... jon laa ni suruh aku ketepi skit ke kanan skit laa...last2 msuk longkang jwbnye..then, Lya pun ikot jejak langkah aku msuk longkang kan. :p


Tahniah tuk satu2nya kumbang yg bermain bersama kami..hahah... "Akulah juara" begitu poyo bunyi nya... hai... ade hati ckp shalin zolkifly leh kalah kalo lawan ng dia.. perasan nye laa... tunang aku ke tu? ahhaha...


::Ni laa muka yg asyik gelak sepanjang men bowling... ::


Score td -- Jon : 120, Yaya : 51, Lya : 54.... x pe... len kali aku and Lya practice make perfect k... tunggu !!!

Ok laa.. si Lya nye syoKkk lebey tido before jam 12 kan... x pe laa.. pura2 penat laa tuh... hahaha... ok... sok kje... daaa~~



* I'm so lucky because of u, syg.... thankx 4 everything*
--To all of u, Happy New Year!!!--

Monday, December 28, 2009

Catalogue~~

5 comments
yeZza.... akhirnya now aku di Indexing Division tempat yg ku idam-idam kan... Ntah nape org tak suka buat cataloguing, tp, aku suka... :-) Thankx to Pn. hamidah coz bring influence to me. Hehe....

Tadi aku catalogue thesis, smlm catalogue buku, jap lg nk catalogue AV material lak... Neway, i want to be a Cataloguer one day, InsyaALLAH.

Daaa~

Sunday, December 27, 2009

Selepas Bertunang

5 comments
Alhamdulillah, kini hubungan aku dan Jon skrg makin baik, tiada lagi pergaduhan. Harap ianya kekal selamanya. Kini aku dan dia byk menjaga hati dan menjaga hubungan. Dia dan aku pun skrg give and take. Aku bersyukur. Org kata bertunang ni byk dugaan. Dugaan lagi hebat&besar. Aku harap sgt ape yg terjadi kt org lain tu tak terjadi kat aku.

Smlm aku keje agak x penat langsung. haha.. Mana tak nye, aku dan yanie dok lepak dan melepak je, x heran nk kumpul komisyen. Asyik ngular dok belakang lipat2 kain. Ntah pape jek. :p Malas kan aku ni.....


Kat BP ade exhibition PEMADAM kt Dataran BP. Aku lik kje Jon ajak lalu jee jalan2 dlm kete. Rupanye die de belikan aku Burger KFC.. besh nyee~~ Dia mcm tahu2 je aku nk mkn burger kan. Heheh...Thankx syg.

Hari ni aku tak dpt jumpe dia. :-( Tp, x pe la.. nk wt camne kn. Dia kje ptg.

Daaa~~

Saturday, December 26, 2009

Engagement Day

5 comments
Ikatan Cinta Junrizan Raman & Nurul Shahira Salim

Syukur Alhamdulillah akhirnya aku selamat menjadi tunangan orang. Gembira tak terkata. Semoga hubungan aku dan Jon berkekalan selamanya. Aku hanya ada dia, aku hanya cinta dia dan aku perlukan dia sepanjang hidup aku...


25 Dec 2009 :

Detik bersejarah aku. Memang pelbagai dugaan aku dan dia sepanjang bercinta. Ya ALLAH, tetapkan lah hati kami, satukanlah kami dan berkatilah hubungan kami.

Aku bahagia...

Baru 3 hari aku menjadi tunang Jon, kami mmg dah tak bergaduh. Sama2 nak menjaga hubungan. Orang kata dugaan banyak time tunang ni...so... aku kne laa menjaga segalanya.

Sepanjang Majlis...

Hujan Rahmat... jam 4 ptg family dia dan family aku tgh dalam perbincangan dan selesai sahaja perbincangan, baru je family dia nak ke khemah utk menjamu selera, tiba2 Hujan Lebat... Sangat Lebat.... Hujan rahmat... Alhamdulillah.

Ucapan Terima Kasih

- Thankx esp. to Mak& Ayah sebelum, semasa dan selepas majlis aku. Terharu aku.. Thankz mak & ayah.
- Thankx to Erin coz volunteer tuk mackup kan aku... Cantik kan...
- Thankx geng Primamoda (Yati, Yani & Amy) coz dtg juga di majlis aku.
- Thankx to Geng TMS/TIGS (shuba, chip, umang, joe, sue, huda, prema, mimie, nimala, balreet) coz memeriahkan lagi suasana.. Terharu~~
- Thankx to Saudara mara sblah ayah yg dtg memeriahkan majlis dan membantu sepanjang majlis

- Thankx a lot kpd SEMUA termasuk yg tidak dapat menghadirkan diri, doa kalian semua agar aku bahagia sudah memadai bg aku.

Lastly... nk tgok pic2 di majlis pertunangan aku, leh tgok di Facebook (yaya johorean).
Ok... Daa~~

Wednesday, December 23, 2009

Bicara Tentang Kita

4 comments
Bagai sebuah drama kurasa, 2 sisi kisah manusia
Diantara dusta yang ada
Mungkin inilah yang terindah

Semua tentang kita kan menjadi satu kenangan
Yang penuh tanda tanya
Dan semua tentang kita jadi saksi jujurnya hati bicara

Bila bicara tentang kita, kisah 2 insan manusia

Terpaut rasa tentang cinta, satu rahasia yg tercipta
Bila bicara tentang kita, semakin nyata hati mendua
Temani sebuah cerita lalu
Jenuh memandang arti cinta

Semua tentang kita mungkin akan selalu abadi
Semua tentang kita di hati dan aku selalu untuk mu


Beautiful Butterfly

10 comments
Hidupku Umpama Rama-Rama
Rahsia si rama-Rama



...HIDUP INI PENUH RAHSIA...
...alunan puisi mampu bercerita...
...kisah hidup penuh derita...
...aku bukan seorang pujangga...
...bukan jua penglipurlara...
...tidak mampu menggubah cerita...
...tidak jua...menyulam kata...

Aku ingin menjadi si rama-rama, disukai ramai, cantik, dan juga bebas. Setiap kali aku melihat rama-rama, pasti hati aku akan sedih...sedih mengenangkan hidupnya. Hidupnya yg cantik berterbangan bebas, akhirnya akan di tangkap dan juga akan di awet kan diletakkan di muzium. Hidup rama-rama tak lama. Aku ingin menjadi spt rama-rama, jika mati, akan tetap disukai dan juga akan tetap cantik selamanya.


Beautiful Butterfly Beautiful Me




Seumpama rama-rama
terbang bebas di udara
tanpa ada halangan
aman damai
suka-suka
riang ria tanpa ada rasa duka sengketa
rama-rama



Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
The precious messed up thoughts of me and you



Seumpama rama-rama
Melewati panorama yang penuh
Warna warni
Tawan bunga tawan taman
Dengan aksi lincah berputik
Hidup yang harmoni





Tuesday, December 22, 2009

Jatuh cinta

18 comments


Ya Allah, jika aku jatuh cinta

cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu

agar bertambah kekuatan untuk menyintaimu…

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,

izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu

agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,

jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu,

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,

rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan-Mu…

AMIN...

Monday, December 21, 2009

Happy VS Sedih

6 comments
Inilah dunia, sentiasa berputar ibarat roda. Kadang2 aku di atas kdg2 tertonggeng ke bwh. Aku tak pernah menyalahkan takdir aku, itu semua dah tertulis oleh-Nya. Aku redha dgn setiap yg berlaku dlm hidup aku. 1st time aku merasa perasaan sedih yg teramat ketika aku di tingkatan 2 apabila adik lelaki aku meninggalkan kami sekeluarga (memory)...Hanya Tuhan yg tahu perasaan aku. Aku x nak story lagi... baca di ruang memory aku kalo nk tahu selanjutnya.]


Happy VS Sedih?

Dalam tawa ada duka nya...

Aku bingung dgn kedua-dua perasaan aku. Adakah aku happy? Adakah tika ini aku sedih? Happy kerana seseorang dan sedih juga kerana seseorang. Ya ALLAH...aku buntu.

Pagi2 aku g keje kekasih hati aku hantar ke tempat keje...mmg aku happy sangat. Tp, di sebalik happy aku, hakikatnya aku sedih...Sedih dgn sikapnya...sedih dgn tingkah laku nya. Hanya aku yg mengerti...

Cinta tak semua nya indah. Cinta tak semua nya bahagia. Cinta menyakitkan? ya....cinta mmg menyakitkan..Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah..Aku kena lah sentiasa bersedia menerima sebarang kemungkinan.

Andainya dikau jodohku yang tertulis di loh mahfuz Allah pasti akan mencampakkan rase kasih sayang dalam hatiku, jua hatimu.

Jika dia adalah untukku, satukanlah hatinya dengan hatiku.

Aku ingin mendamba cinta ALLAH cinta kpd Pencipta...Aku ingin menjadi spt Wanita-Wanita yang bahagia... aku ingin tidak bersedih lagi... aku ingin menjadi sang pencinta yang setia... segalanya ku inginkan.

Daaa~

Aku bosan dgn alasan !!!

31 comments
BUSY - SIBUK - BUSY - SIBUk - BUSY

AKU BOSAN DAN NAIK MENYAMPAH LAGI MELUAT DGN ALASAN TU SEMUA.
ANDAI LAH DIA MENGERTI PERASAAN AKU, ALANGKAH BAGUS NYA...
TAK APALAH...
CINTA TAK SEMESTINYA BAHAGIA...
BAK KATA.... CERAH TAK SEMESTINYA HINGGA KE PETANG...

SENANG CITE.... LANTAK KO !!!!!!!!!!

Sunday, December 20, 2009

The Last lecture

0 comments

Ni aku nak berkongsi mengenai satu buku bertajuk "The Last Lecture" by Randy Pausch... Buku ni mengisahkan ttg all aboout life. In this book, Randy Pausch has combined the humor, inspiration and intelligence that made his lecture such a phenomenon and given it an indelible form. It is a book that will be shared for generations to come.

Buku ni harga nya tak lah mahal. Duit Malaysia RM 38 kalo x silap aku. Cuba cari di MPH pasti ada. Aku teringin nak mmbelinya... hari tu baca sikit je buku ni, langkah2 by chapter. Memang sedey...

On September 18, 2007, computer science professor Randy Pausch stepped in front of an audience of 400 people at Carnegie Mellon University to deliver a last lecture called “Really Achieving Your Childhood Dreams.” With slides of his CT scans beaming out to the audience, Randy told his audience about the cancer that is devouring his pancreas and that will claim his life in a matter of months. On the stage that day, Randy was youthful, energetic, handsome, often cheerfully, darkly funny. He seemed invincible. But this was a brief moment, as he himself acknowledged.

Randy’s lecture has become a phenomenon, as has the book he wrote based on the same principles, celebrating the dreams we all strive to make realities. Sadly, Randy lost his battle to pancreatic cancer on July 25th, 2008, but his legacy will continue to inspire us all, for generations to come.

Leh lah dapatkan buku ni di pasaran...

Author: Randy Pausch

Title : The Last Lecture

Price : USD 14.27

URL : http://www.thelastlecture.com

http://download.srv.cs.cmu.edu/~pausch

Ok.... Selamat Membaca. Daa~

PrimaDona

4 comments
Siapa Kami?Siapa dia?Siapa Mereka??


Ni laa antara geng2 Part Time Primamoda yg sempoi + gile2...Bagi aku mereka ni adalah SAHABAT aku... aku sayang mereka... Thankz coz being such a wonderful friends... Aku x kan lupe kalian semua...

Aku kenal mereka tak lah lama sangat... aku knl start part time di Primamoda. Ntah nape kami semua sekepala. Segala-galanya... Di mana ada aku disiti ada mereka... Mereka sentiasa ada di sisi aku tiap kali cuti sem...

6 bulan sekali baru kami jumpa.. Ya ALLAH... lama kan. tp, ktorg tetap mesra dan x pernah terputus...Dlm gambar ni semua ade kecuali geng lg sorg (Zariah a.k.a Yah)...

Ktorg di kenali sbgi Cokri-cokri Haru... yg bermaksud (perempuan-perempuan cantik)...ahakz... tu bahasa Jakel. :-)

Kalo aku part time kt Primamoda tanpa mereka mmg x besh... tak lengkap dunia aku tanpa gelak tawa mereka... hahah.. GENDAI (bahasa Jakel). Hope persahabatan kami x kan terputus.. mrk sahabat yg baik...dimana susah senang bersama dan saling bekerjasama.. :-)

Ni antara gambar-gambar kenangan kami...



Antara mereka... : YANIE (student UMS) - ERIN (Student UiTM S.Alam) - AMY (Student UPSI) - YATI (Student UiTM S.Alam) - SOPHIA (Student UPM) - YAH (Student UPM) - IQBAL (Student UiTM Perak)....

Yati dah nak kawin... aku doakan die akan sentiasa bahagia selamanya... Ok la... rindu plak kt diorg... hope jadi laa plan nk hang out ke Genting... :-) Ok...daaaa~~ Salam.

Wednesday, December 16, 2009

Awal Muharam

6 comments

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu
Mari SemuaKita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat
Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman

HIJRAH


1 Muharram 1431…1st day in islamic calendar…its a new year for umat islam..time skolah rendah dulu tibe maal hijrah lagu kat atas ni la yang aku nyanyikan….masuk nasyid heheheee…inilah masenye tuk kite bukak buku baru…


Hijrah means migration…di mana on this day berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya dari Mekah ke Madinah. Peristiwa tu adalah satu strategi dlm perjuangan, menunjukkan keimanan,pengorbanan dan kesungguhan untuk menentukan umat islam di masa hadapan lebih terjamin.


Maal Hijrah also mean changes from bad to good side and can be said as starting point and evaluate inner-self on self achievement. Satu tuntutan supaya umat islam berkorban utk satu perubahan. Allah telah membuka peluang kpd mereka yg ingin berhijrah melalui firman Nya dlm


Surah An-Nisa’ ayat 100:


Marilah kita membina kembali keazaman sempena tahun baru hijrah ni utk meningkatkn kualiti perhambaan kpd Allah dgn berbekalkn ketulusan hati. Rasulullah s.a.w dlm sabdanya yg bermaksud: “SESUNGGUHNYA SESUATU AMALAN ITU BERGANTUNG KEPADA NIAT DAN BAGI SETIAP INSAN ITU APA YANG DINIATKANNYA”.


So,marilah kita betulkn niat,tetapkn arah dan destinasi,selarikan matlamat, mudah

-mudahan Allah melakarkan kita perjalanan yg sentiasa dirahmati-Nya dan ditempatkn di bawah golongan hambaNya yg beriman

Dunia 4 Orang !!!

25 comments

1stly... Thankz a lot to Mr.Bolat coz sudi mengeluarkan wang sebanyak $$.$$ coz membelanja kakak2 mu yg comel ini di KFC idaman kami selalu. Hahah...Terharu tau kakak2 ni bile ade adik junior blanje makan. Camtu lah.... kami akn doakan yg terbaik tuk adik Bolat tuk next sem... CayOkkkk Jepun!! hehe...

Di KFC... spt di Blog Lya ...kami di KFC mmg sgt seronok and meriah lah bercerita dan terus bercerita ttg zmn lampau...waHHh...menarik gtu.Zaman lampau di Puncak Perdana, imbas kenangan di kelas SISP...Baru aku dan lya tahu sape Bolat dan baru Bolat tahu siapa kami. Heheh.... CehHh... Alhamdulillah kami lulus SISP. YeZzaa...thankz Pak Lah.

DUNIA 4 ORANG ?? kenapa dan mengapa DUNIA 4 ORANG? ini adalah kerana :
- kami bercerita sakan dan gelak tanpa menghiraukan org sekliling.
- Perlu ke hiraukan org sekeliling? x perlu kot.... ahakz...
- Janji kte happy.

HuHu...2.10 p.m bru nk gerak ke pejabat..AdeHh. Thankzto Aida coz ingatkan ktorg.Kalo layankan cerita dan terus bercerita kami, mmg x msuk pejabat laa jwb nye. Ahakz...

Neway, thankz a lot to Bolat. Sudi2 lah blanje lagi yer...Hehe... mari2...karok plak lepas ni... then, pekena big apple Aida or lya blnje ke... ahakz...

Lastly...Sedap Ayam Spicy KFC.
Daaa~~

Tuesday, December 15, 2009

Katak oh Katak

11 comments
Hari ni genap lah sebulan aku di UTHM Library. Alhamdulillah sepanjang aku prakttikal, segala urusan dipermudahkan-Nya. Kini aku praktikal di bahagian Acquisition...bru lepas cop2 buku yg bru receive.

Ni ha... pagi2 lg dh spoil kn mood aku. Dah nye aku dtg agak lambat...Jam di HP menunjukkan 7.35 a.m... then, spt biasa aku melangkah ke punch card berhampiran Pej.Pendaftar. Sekali tu....Hah!! Amik ko !!


OhHhh !!! Ni lah punca kelewatan aku. Tak pasal2 7.45a.m aku punch card !! Hampeh... Leh plak ade katak 3 ekor tgh bercengkerama. AduSss... terpaksa aku lalu jalan jauh...takot beb... takot lompat dlm kain... mampos aku. UwaAaa.... mmg katak durjana. Entah nape aku takot ng katak... aku taku + geli... Ingt zmn skolah dulu kdg2 katak msuk dlm kasut skolah. Yerkzz...GELI !!

Selain katak.... cicak pun aq takot. Kalo ade cicak mmg habis 1 umah aku jerit. Kalo cicak kt dlm bilik air..mmg cnfirm aku x kan mandi...!!Hah !!! tu cicak aku bagi kat Che'da Aida...Amik ko !!!

Hah !! ni aku bagi katak khas utk Bee Bee yg sntiasa mnjadi peneman Blog aku...Terimalah ikhlas dari aku.

Selain tu...aku takot gak ngn Lipas....thankz to Ayu selama 3 tahun di Puncak, asal ade lipas die yg tolong mamposkan...x pun tolong larikan dr aku... hahah.... Ni ayu...khas tuk ko tuk wat kenang-kenangan....

Hehehe..... kawan2 yg lain nak jugak? leh request kat saya binatang apa yang anda mahukan... ahakz..... Neway... mmg aku takot semua nya..... Lupe lak..KUCING + ANJING pon aku SERAM !!!!

Daa~~

Monday, December 14, 2009

Aku...Karipap ...dan...Seseorang

19 comments
Hari ni aku late skit msuk office coz aku g kafe...
Kenapa aku ke kafe??
HuHu...ade org nk jmpe...
Secret admirer?? ohHh..mungkin tidak...
Pagi2 aku dh mkn karipap.

Ape ade hal... tgh panas2 lg tu karipap nye.
Ha3...x ley blah aku mkn 3 biji.

AduHhh... org blanje beb...

Seseorang itu?
ha... itu yg susah nk explain.

Org tu kje library gak...
Tak lah muda sgt dr aku dan mungkin x lah tua dari aku.
Yang pasti org tu x kawen lg..
Dia ckp dia ade hal skit ng aku..
Nak tnye something la.. ape la..

Aku kebetulan dtg awal, aku lapar mmg nk tapaw karipap,...

Trserempak lak ng makhluk yg msg aq pagi2 tu
Ntah camne tahu no aq...
Huhuhu....
Membosankan...

Neway,
Dia tu siapa aku x pnh amik kesah...
Nama dia tu untung aku tahu...
cukuplah sekadar nama.

...so...ape ade hal..
Aku tak suka dia pon !! hHahha
Aku kn dah de JON... bakal tunang dan bakal suami.

So... SETIA laa skit.

Ahakz...


DaAa~~

Sunday, December 13, 2009

My heart

4 comments
Dear Jon,

My days of sadness are a thing of the past
Because I have found true love at last

My days of emptiness are gone for good
Because you fill a void in my heart that you should

There is something special between me and you, the flutter in my heart and the glow in your eyes tells me our love is no lies.

If I had one wish I would give you a long and tender kiss and if I had two wishes then I would choose to do it over again.

Our love is like a diamond ring, it's a precious thing. Our love together is the kind that lasts forever.

Would you open your heart to love me once again? I swear that I'll be true and never let go because my heart is you.

Everyday away from you, tears could fill an ocean blue. Please don't turn away from all those dreams that we once knew.

Life won't mean a thing without you loving me and all I need is you in my life.

Don't ever doubt your trust in me, I'll give you my heart so honestly.

You are like the sunshine so warm, you are like sugar, so sweet.. you are like you..

and that's the reason why I love you!

Faith makes all things possible. Hope makes all things work. Love makes all things beautiful. I Love You my only love.

Can I say I love you today? If not, can I ask you again tomorrow? And the day after tomorrow? And the day after that? Coz I'll be loving you every single day of my life.

Sunyi dan Sepi

0 comments
For 2-3 days.. my life without him.. so lonely...



Hanya ALLAH yg tahu betapa busy nye dia. Aku harap dia tak manipu aku....
Aku tahu dia ada inventory. Dia agak busy coz kne monitor staff dia...
Department dia plak agak besar..Hope inventory kali ni x byk laa lost item. Kalo tak, mesti dia 24 jam kt dlm Carrefour tu.

Sunyi dan sepi...
Tanpa senyuman nya..
Tanpa suaranya...
tanpa lirikan matanya..

Aku akan cuba jadi seseorang yg memahami. Rasanya dah tak perlu aku nak merajuk...
Dah tak perlu aku x percayakan dia.
Dah tak perlu aku syak wasangka kat dia.

Dulu aku pun kje Carrefour dan pernah melalui innventory.
Memang agak payah jika ade byk yg lost...
Kesian pd manager lah yg kne rushing and responsibilty utk mencari solution...
Terpaksa mencari brg2 yg hilang...
Kalo dah tak jumpa smpai ptg, kene jawab ng pihak atasan lagi.

Harap-harap staff2 dia x buat hal... huhu..

Neway, Good luck dear.

Saturday, December 12, 2009

Sakit dan terus disakiti.... kecewa dan terus dikecewakan....

34 comments
Itulah aku.. padan muke aku !!
Org len bercinta aku pun nk bercinta....
Org lain happy... tp aku????
Nape die dah berubah??

Lelaki semua #$@!@#....
Lelaki yg aku cintai tu pun mcm tu jugak???

Aku silap nilai siapa dia ke??
Ya ALLAH...dugaan apa ni?? Aku cuba tabah dan redha...
Aku x perlu lagi menangis untuk lelaki spt dia.

Aku x perlu bersedih krn dia

Aku pasti akn jadi Wanita Paling Bahagia di Dunia...


Tanpa dia... siapa aku???

Dia siapa bg aku???
Siapa dia dan siapa aku??
Perlu ke aku masih megharap sinar bahagia?

perlu ke aku mengharap kasih nye?
Betul ke keputusan aku kali ni?

Adakah betul?? Adakah salah??
Aku memilih dia....
Aku memilih dia...
tp, kenapa?? Mengapa??

"Ya ALLAH, jauhkan lah aku dr kekecewaan.
Jika dia bukan dijodohkan utk ku...

Bawalah dia jauh dr hidupku...
Bebaskanlah aku dari perasaan sakit hati,
kecewa....
Bantulah aku...
Hanya kpd-Mu ku berserah"
Amin.

Aku buntu.....!!!!!!!!!!

Thursday, December 10, 2009

Cintailah aku...Sepenuh Jiwa

0 comments
...Aku rindu dia, aku perlu dia, aku sayang dia, aku cinta dia...
Only for u dear, Jon.


Melihat dedaun di taman
Yang gugur bersama airmata
Dipagar bunga kesedihan
Harumnya mengundang luka kisah silam

Seharusnya kita masih kekal bercinta
Namun apa yang hilang ialah kemesraan
Mengapa ia berakhir
Saat-saat kita bahagia
Dan kini sedang kesuntukan waktu



Imbas semalam masih hangat terasa
Diriku ini kau cintai dan kasihi
Tariklah balik kata-kata yang luluh memisah kita
Cintailah aku sepenuh jiwa

Serlahkan hati yang gerhana
Suburkan semula asmara
Kesalahan dulu sememangnya milik kita berdua


Pulangkan kembali cintamu
Hiaskanlah dalam hatiku
Semoga cinta kita bertemu
Beralas kasih tulus suci abadi

Mengira dedaun di taman
Yang gugur di pipi berlinangan
Terkejut aku dari lena
Dibasahi airmata kesedihan

Pengakhiran dgn kebahgiaan

4 comments

Di sini ingin ku ucap jutaan terima kasih yang tak terhingga kpd kedua ibu bapa aku coz mmberi aku semangat dan segalanya2 yg mereka lakukan utk aku tidak mampu kubalas. Aku hanya ingin menjadi anak kebanggaan mereka berdua. insyaALLAH.

Alhamdulillah, akhirnye pengakhiran aku selama 3 tahun sebagai mahasiswa UiTM Shah Alam di iringi dengan kegembiraan. Alhamdulillah result aku agak mengembirakn hati mak ayah aku. :-) walaupun aq x dpt anugrh dekan spt sem lepas, tp, aq ttp bsyukur. Walaupun pointer GPA aq turun dlm 0.44, tp, CGPA aku naik la jugak... Alhamdulillah... aku leh Grad on time...

Tahniah utk semua rakan-rakan seperjuangan aku. Tahniah atas kejayaan kalian semua !! Jumpe Bulan 5 our convocation Day !!!

Terima Kasih aku ucapkan kpd semua lecturer yg mengajar dan juga yg mmberi kata-kata semangat tuk aku.

Terima kasih juga kpd semua yg pnh menjadi group mmber aku since aku sem 1 - 6... antara mereka Kay, man, Elzo, Yan, Zila, Aida, Lya, Hatta, Ayu, Mel, Emi, Fifah, K.Wani, Aishah, dan sesiapa jua...

Thankz a lot to my prince, Junrizan coz always support aku dlm apa jua.... Ayg sntiasa buat yg terbaik utk abg dan ayg cuba nk jd yg terbaik di mata abg.

Lastly...aku bg 100% full of credit tu Nizam kay coz die terlalu byk ajar aku dan bantu aku dlm assgnment dr sem 1 terutama dlm subjek Web programming, Database...etc.

Alhamdulillah~~ Aku sentiasa bersyukur....
Terima Kasih Ya ALLAH.

Debaran~~

3 comments
Debaran kian terasa...
Hati tak keruan
Otak tertanya2...
"Ya ALLAH, berilah ku kekuatan...
Bantulah aku....
Bantulah aku...
Jauhkan lah aku dr segala kegagalan."
AMIN.

Susah nk Access.... mungkin ramai yg check result....
Semoga berjaya utk aku dan semua kawan-kawan
Amin.

Wednesday, December 9, 2009

Menjadi Wanita Paling Bahagia = Be a happiest woman

3 comments
Wanita adalah asset penting bagi sesebuah Negara. Wanita boleh menjadi penghancur negara dan pembina sesebuah negara. Di belakang kejayaan seorang lelaki tentu ada wanita di belakangnya. Ini lumrah dan memang aturan ALLAH.

Jadi, hari ini aku mahu kongsikan dengan sahabat-sahabat pembaca tentang sebuah buku menarik yang dapat menaikkan semangat seorang wanita. Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia.

Melihat tajuknya, hati berbicara, selama ini wanita tidak bahagiakah? Bukan itu sebabnya. Buku ini memberi ubat pada wanita yang rasa berduka atau rasa gagal atas sesuatu sebab.

Jadi bangkitkan kembali semangat anda dengan menatap buku ini!

"Allah menjadikan isteri Nuh dan isteri Lut sebagai perumpamaan bg org kafir, Allah menjadikan isteri Firaun sebagai perumpamaan bg org beriman".

Lihatlah betapa pengasih Allah melalui kejadian wanita, lihatlah betapa kuatnya Allah melalui kejadian lelaki.

1. Wanita mukmin melawan kezaliman

2. Wanita mukmin berbeza dari wanita kafir

3.Anda lebih hebat berbanding jutaan wanita lain.

4.Jangan biarkanbhatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri.

5. Berkomunikasilah dengan Allah yang maha mengasihani.

6. Buatlah rumahmu sendiri di dalam syurga.

7. Anda paling bertuah dalam setiap keadaan.

8. Alangkah banyaknya nikmat Allah pada dirimu.

9. Biar sedikit asal bahagia dr banyak tetapi menderita.

10. Halakan matamu keatas dan lupakan yg lain.

11. Rumah kecil yg dipenuhi iman lbh baik dr istana yg dipenuhi maksiat.

12. Bijaksanalah membuat jadual harian.

13. Biarlah kita bahagia dgn cara kita sendiri

14. Berkayuhlah menuju kejayaan.

15. Anak kunci kebahagiaan terletak pada sujud.

16. Jadilah wanita paling bertuah di dunia.

17. Rela menerima apa jua nikmat dan tahu mensyukurinya.

18. Menghindar musibah dengan doa.

19. Janganlah mudah berputus asa dan berhenti berjuang.

20. Cinta dan maruah ada didalam rumah anda.

21.Carilah ilmu galilah hikmah

22. Jangan lupa keadaan yang paling menyedihkan.

23. Berpura-pura bahagia dalah penderitaan yg dahsyat.

24. Setiap hari adalah peluang baru untuk direbut.

25. Jadilah wanita bersinar bak bintang di langit.

26. Hari paling indah ialah hari ketika anda mampu mengawal diri anda.

27. Jangan mahu dikuasai oleh perasaan yg tidak berasas.

28. Kepuasan yang sebenar adalah menerima hasil perjuangan yg sukar.

29. Buta yg sbnr bukan buta mata tapi buta hati

30. Lakukan hingga selesai anda akan puas.

.......Bergembiralah WANITA dengan kejadianmu kerana ALLAH......


Korang Pernah Melalui kes ni??

11 comments
Hahaha...
Agak pelik topik aku kali ni...
tp, ni la hakikat dan lumrah hidup di dunia ini dan hidup bermasyarakat.
now aku nk kongsi topik menarik iaitu

"Masalah Mulut Berbau"

Adakah masalah ini berpunca drpd gigi yg tidak di gosok? ataupun Adakah masalah ini dtg nye dr hormon manusia sedangkan dia hari2 gosok gigi... Ish..musykil aku... nape laa kan ade yang bermasalah mulut berbau tapi tidak sedar... yang kesian nye orang disekliling yg terpaksa menghidu haruman2 tu. Hahaha....

Ini aku share Punca-punca mulut berbau yg dpt dikesan:

1) Kekurangan air liur boleh mempercepatkan pembiakan bakteria. Ia akan menyebabkan gigi rosak sekali gus menjadikan mulut berbau.

2) Makanan yang terselit di celah-celah gigi haruslah dibersihkan. Jika tidak makanan itu akan mereput dan menyebabkan gusi berdarah. Situasi ini juga boleh menjadi punca mulut berbau. Selain itu, gigi berlubang juga boleh menimbulkan masalah yang sama.

3) Satu lagi punca mulut berbau ialah jangkitan virus pada kerongkong. Virus ini biasa dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami demam. Ketika itu suhu badan mereka meningkat dan memudahkan virus untuk terus membiak. Setelah itu berlakulah jangkitan yang juga menyebabkan nafas berbau.

4) Gigi perokok biasanya kotordan tidak bersih sepenuhnya. Oleh itu golongan ini akan mengalami nafas berbau bahkan, lebih kuat daripada mereka yang tidak merokok.

5) Jika mengunakan gigi palsu, jaga dan bersihkanlah ia sebaik mungkin. Jika ia tidak
mendapat penjagaan rapi, contohnya tidak dibersihkan semalaman, bau yang kurang menyenagkan akan timbul. baunya juga agak berlainan, tidak sama dengan gigi biasa.

Kpd org yang mulut berbau, amik lah tips2 pencegahan:

1)
Perbanyakkan meminum air putih bagi menghasilkan air liur

2) Gunakan benang prgigian (floss) untuk membuang sisa makanan dicelah-celah gigi.

3) Berapa kali anda memberus gigi bukanlah isunya. Apa yang menjadi persoalan ialah adakah anda memberusnya dengan betul?Dalam memberus gigi, anda juga perlu membersihkan lidah yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu depan, tengah dan belakang.

4) bagi cara yang lebih mudah, anda boleh menguyah gula-gula getah untuk mengatasi masalah ini.Ia akanlebih berkesan jika gula-gula getah itu tidak mengandungi gula kerana gula boleh menyebabkan karies gigi.

5) Gunakan alat khas untuk membersihkan lidah.

6) Kumurlah mulut anda menggunakan bahan kumur yang bersesuaian dengan anda.

7) ika boleh, berhenti;ah merokok dan jangan mengambil minuman yang beralkohol.

8) Jangan lupa untuk membuat temujanji dengan doktor setiap enam bulan.

* p/s : Kepada yang mengalami masalah ini, tolonglah yeee jaga penampilan anda. Kesian pada orang sekeliling anda yg terpaksa menahan bau-bau'an yg x meyenangkan.

Monday, December 7, 2009

Indahnya Percintaan

0 comments
Akhirnya selesai jua tugas aku dan si dia dalam mencari barang-barang hantaran. Semalm ktorg cari cincin. Aku tak lah demand mana sebabnye cian die byk kuar duit tuk aku dari start aku kenal dia sampai lah sekarang. Besar pengorbanan dia.. Aku sgt sayang dia dan cinta kami mmg kuat walau byk dugaan yang datang....

Untuk abg --> Terima kasih utk segalanya dan terima kasih krn mmpercayai dan setia dlm hubungan kte... I love U so Much.


Cinta itu indah... Namun ada suka dan duka...
Setiap yang indah tu akan menjadi kenangan...
dan
Setiap yang duka tu ada hikmahnya...
Hadirmu membawa seribu makna..

Mewarnai kehidupanku...

Indahnya percintaan bersamamu

Terlena dibuai kasih sucimu
Rindu yang ku alami
Dari hati tak ku sangsi
Luka yang semalaman
Ku noktahkan
Indahnya percintaan bersamamu
Bertemu dirimu tikaku perlu
Tak ku mimpikan begini
Dulu tak ku percayai
kasih Pertama kita bertemu
Sememangnya ku meragu
salam perkenalan
Yang dirimu hulurkan
Tak pasti pula ku mengapa

Mungkin kerna ku terasa

Perlu mengenal dulu
Hati budi dirimu
Kesabaran menanti
Terbukalah pintu hati
Menyambut keikhlasan
Kasih seorang insan
Ku terima Dirimu yang istimewa
Yang ku pinta yang ku harapkan

bahagia terus berkekalan

Janjimu kan ku ingat ku pegang
sayang

Friday, December 4, 2009

Selesai Banner dan Screen Saver

4 comments
Salam

Hari ni aku last di Unit IT. Walau apa pun, aku dan ayu msih belum habis blajar di unit IT ni. Mana x nye, staff nye terutama En. Irwan isteri nye plak bersalin, dah ktorg x dpt blajar convert Video/Audio Visual la... then, x dpt blajar ttg server. Neway, aku akn tuntut janji Mr. Suhaimi... bg janji manis nk ajar ktorg jugak ttg Audio Visual ng Server tu kan... nantikan 2 minggu lagi ktorg serang Unit IT. Ahahaha...

Ok.. ni antara hasil keje aku. Tak lah secantik dan sehebat mana...tp, Mr. Suhaimi ade gak memuji dan mengkritik. Thankz to him.

Banner website UTHM design by YAYA Johorean:



Screensaver Online Database UTHM design by YAYA Johorean:



Hahaha... Ok tak hasil kerja aku?? memuaskan tak?? Camni laa...aku pasti leh keje di Unit IT kan... :-)

Bye... nak balik...dah kul 5 ptg.....yahOoo..!!
Related Posts with Thumbnails
 

Yaya Destiny Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template